Jujur aku tidak menyangka bahawa Darwisy mampu memahamiku lebih daripada adik-ii ku sedangkan usia perkenalanku dan dia masih awal. Namun, aku masih tiada pengetahuan mengenai dirinya sedangkan dia adalah suamiku.
Dia juga lebih mengenali adik-ii ku berbanding aku kakak kandung mereka sendiri. Adakah aku terlalu kejam sehingga tidak mengambil tahu latar belakang dirinya sebelum ini.
Dirinya ku curi pandang dari jauh yang sedang duduk di meja kerjanya namun masih di dalam bilik tidur mereka. Wajah tenangnya ku amati setiap inci. Aku benar-ii tidak mengetahui rahsia di dalam hidupnya.
Bagaimana Darwisy mampu memujukku dengan kata-ii yang kedengaran ikhlas di mataku sebentar tadi. Wajahnya ku pandang lagi yang kacak tanpa cacat cela namun apa yang di simpan di dalam hatinya tidak mampu kuselami sehingga dia memutuskan pertunangannya dengan Eshal Shakeela yang rupawannya usah disangkal.
Dahinya yang dikerutkan sekejap-ii menimbulkan persoalan dibenakku. Apa yang difikirkan sehingga wajahnya yang kacak itu perlu dikerutkan sebegitu sekali.
Jam sudah menunjukkan 12.30 pagi mulutku juga sudah menguap entah ke berapa kali. Namun, satu benda yang membuatkan aku masih belum ingin tidur. Apa yang dilakukan suamiku pada saat-ii begini?
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Jam sudah menunjukkan 10 malam. Sengaja aku meninggalkan isteriku dan adik-ii nya di ruang tamu bawah menonton cerita kanak-ii iaitu Frozen 2. Mama dan papa pula asyik menonton drama keluarga 69 yang dilakonkan oleh arwah P-Ramlee.
Meja kerjaku menjadi tujuan utama aku meninggalkan mereka. Komputer riba dibuka. Sudah sekian lama aku tidak mencoret kata-ii hatiku. Banyak perkara yang sudah berlaku dari awal perkahwinanku sehingga sekarang.
Lagu stay with me yang dinyanyikan oleh Chanyeol & Punch menjadi pilihan laguku. Earphone dicucuk pada laptop mengelakkan isteriku terdengar the other side my life.
~2 Disember2020~
JAM2230
Maaf diari kerana sudah agak lama aku mengabaikan kau. Sebelum aku memulakan coretan hatiku harini aku terdetik untuk membaca kembali coretan terakhirku iaitu pada 27 September yang lalu .
Alhamdulillah perkahwinan ku masih utuh. Aku masih bersama dengan isteriku. Nama isteriku juga masih sama iaitu Aisyah Dahlia. Isteriku juga masih satu dan juga masih belum ada keinginan untuk tambah seorang. Hahaha gurau. Cintaku terhadap dirinya juga semakin bercambah. Namun tidak ku ketahui cintanya terhadap diriku.
Perbezaannya ialah sekarang usia perkahwinanku sudah menginjak 3bulan usianya. Coretanku sebelum ni usia perkahwinanku masih awal malahan belum genap sebulan lagi. Jika tidak salah usia perkahwinanku pada coretan yang lepas ialah seminggu tempohnya.
Sepanjang 3bulan lamanya itu pelbagai rahsia mengenai dirinya terbongkar satu persatu. Rahsia mengenai ketabahan dirinya menghadapi ketiadaan ibu dan ayahnya. Rahsia mengenai kepayahan yang perlu dilaluinya untuk membesarkan adik-iinya sehingga perlu berhenti belajar. Rahsia mengenai setiap penipuan demi penipuan yang dilakukan bagi menyelamatkan hubungan antara kedua-ii adik lelakinya.
YOU ARE READING
AWAK ISTERI SAYA..
Short StoryFLASHBACK DAHLIA: Ibu,, nanti kakak nak kahwin nanti ibu jangan pergi mana-ii tau. Ibu tak boleh duduk dengan orang lain. Berbual dengan orang lain pun takboleh. PUAN MARDHIAH: Kenapa pulak?? Ibu nak berbual dengan besan ibu nanti. Apa pulak kata be...