Warning: Kepada readers lama yang mengikuti Fanfic ni sebelum ni, do not give spoiler to new readers! Harap maklum!
⚡⚡⚡⚡⚡
Hali's POV...
Haih... Bosannya! Aku rasa macam tak ada benda lain nak buat selain termenung melihat siling, merayau keluar tanpa arah tujuan dan melihat adik-beradik aku buat hal mereka. Gempa dah keluar dan yang tinggal dalam rumah ni adik-beradik yang lain je. Tak kan aku nak kacau mereka pulak? No, aku tak kan buat benda² macam tu semata-mata untuk hilangkan bosan. Arghhhhhh!!! Apa lagi yang aku boleh buat dalam rumah ni?! Bukannya aku tak nak cakap dengan adik-beradik aku tapi, ianya seolah mereka tak sedar aku ada dalam rumah ni bersama mereka. Aku ni dah mati ke? Tak, tak mungkin aku ni dah mati. Kalau betul aku dah mati, kenapa aku masih berada di sini? Pelbagai soalan bermain di fikiran aku. Ada baiknya aku baca journal lagi bagus...
Entry No. 707
2 Febuary 2018
Hari ni aku betul² rasa tak sedap hati dengan apa yang Ais katakan pada aku masa sarapan tadi. "Hari ni Ais hanya nak luangkan masa bersama Angah sahaja. Ais takut Angah tak kan ingat adik-beradik kita lagi atau lebih teruk lagi tinggalkan kami buat selamanya di dunia ini." Itulah apa yang Ais katakan pada aku pagi ini. Sejak dari semalam lagi Ais berkelakuan pelik. Dia asyik nak berkepit dengan aku malah, malam semalam pun dia mahu tidur bersama aku tanpa sebarang sebab. Perbuatan Ais itu membawa 1001 soalan bermain di fikiran aku saat ini.
Apa agaknya maksud Ais tu? Aku sama sekali tidak faham dengan sikap dia sejak semalam. Untuk itu, aku akan membawa Ais untuk luncur ais di gelanggang ais dalam RintisMall untuk hilangkan keresahan yang di alami oleh adik kesayangan aku yang seorang ni. Ais bersetuju dengan idea aku dan begitu seronok sekali apabila aku mengajak dia. Saat ini Ais sedang bersiap sedia untuk keluar dengan aku hari ini. Aku berharap tiada perkara yang buruk pada aku dan Ais ketika kami hendak keluar nanti...
Sincerely by Hali⚡
Hah?! Tak kanlah sampai sini je journal ni?! Aku terus membelek lagi ke muka surat lain journal ni namun, apa yang aku jumpa hanyalah muka surat yang kosong sahaja. Maknanya journal ni berakhir setakat Entry No. 707 je. Aduh... Macam mana aku nak cari semula identiti aku?! Susah lah mcm ni! Namun, sepanjang aku baca journal ini aku perasan yang Ais dan aku begitu rapat sekali. Kami banyak luangkan masa bersama berbanding dengan adik-beradik yang lain. Kenapa agaknya aku rapat dengan Ais? Isshhh... Aku ni asyik soal diri aku sendiri dah macam orang gila pula aku rasa sekarang ni! Lebih baik aku simpan balik journal ni dan cuba tenangkan fikiran aku. Kepala aku boleh meletup lama² kerana banyak soalan aku yang belum terjawab...
Hali's POV End...
⚡⚡⚡⚡⚡
Bersama adik-beradik Elemental...
No One's POV...
Ketika waktu makan tengah hari, adik-beradik Elemental turun untuk makan. Memandangkan Gempa masih belum pulang daripada keluar, mereka makan tanpa perlu menunggu abang sulung mereka. Taufan telah memanaskan semula makanan yang di masak oleh Gempa pada pagi ini sebelum dia memanggil adik-beradiknya yang lain. Hanya Blaze, Thorn dan Solar sahaja yang turun. Mereka terus membasuh tangan lalu segera makan bersama. Namun begitu, hanya Ais sahaja yang tiada di ruang makan itu. Taufan mula rasa hairan kerana selalunya Ais tak kan buat perangai tidur sampai tengah hari. Paling lewat dia bangun tidur ialah pada pukul 10 pagi. Taufan terus bertanya mengenai Ais pada Blaze memandangkan bilik mereka bersebelahan...
![](https://img.wattpad.com/cover/161819847-288-k712703.jpg)
YOU ARE READING
The Truth Behind Hali's Death... (REWRITE!)
FanfictionCOMPLETED ✔️✔️✔️ Started: 16/9/2018 Ended: 13/4/2020 Rewrite Started: 5/9/2021 Rewrite Ended: - Hali mengalami amnesia dan tidak sedar bahawa dirinya telah mati. Demi untuk mencari kebenaran disebalik misteri kematiannya, dia ingin meminta tolong p...