Chapter 3... (Edited)

1.8K 137 12
                                    

Warning: Kepada readers lama yang mengikuti Fanfic ni sebelum ni, do not give spoiler to new readers! Harap maklum!

⚡⚡⚡⚡⚡

Hali's POV ...

Malam ni aku rasa bosan giler nak mampus weh! Dah macam mayat hidup je aku rasa sekarang ni. Nak keluar dari rumah ni, malas sangatlah pulak aku rasa nak bergerak ke mana². Ahhhhhhhhhhhh!!!!! Apa yang aku nak buat dalam bilik ni?! Tak kan aku nak pergi kacau mereka pulak? Time² macam ni aku gerenti yang mereka tentu dah tidur memandangkan hari dah jauh lewat malam. Oh ye, ada baiknya aku baca je journal aku tu untuk tau lebih mendalam tentang identiti dan masa silam aku. Kenapalah baru sekarang aku terfikir idea ni? Kemudian, aku terus bangun dari katil lalu mengambil journal aku daripada kotak tadi. Dekat mana aku stop, eh? Oh, aku stop baca dekat muka surat ni.

Entry No. 2

20 April 2016

Pagi ni cuaca agak mendung sikit menyebabkan aku dan Gempa lambat ke sekolah kerana kami berdua hanya jalan kaki dari rumah ke sekolah. Hari ni aku ada mesyuarat dengan unit beruniform aku untuk sukan tahunan sekolah yang bakal tiba tak lama lagi. Aku di tugaskan untuk catat segala perancangan untuk unit kami tapi, buku nota untuk unit beruniform aku hilang. Pelik, kat mana aku letak buku nota tu? Fikir aku masa tu. Balik je rumah, aku terus ke dapur untuk minum air and tiba², aku terhidu sesuatu sedang terbakar di belakang rumah. Aku yang panik terus pergi melihat apa yang terjadi. Kelihatan ada Taufan, Blaze dan Thorn sedang membakar sesuatu.

Aku pun apa lagi, aku terus buka paip air yang ada di belakang rumah ni dan terus sembur pada benda yang mereka bakar. Aku perasan yang muka Trio Troublemaker ni dah nampak macam takut. Aku soal mereka apa yang berlaku. Mula² mereka tak nak jawab namun, Thorn menjawab yang mereka bermain dengan buku nota aku dan tak sengaja koyak kan buku tu. Masa tu aku dah start marah. Nak hilangkan bukti punya pasal, si Blaze pergi bakar buku aku tu weh! Aku terus masuk bilik tak berkata apa pada mereka bertiga. Marah lama² pun tak guna, benda nak jadi. Haih, sabar jelah aku dengan Trio Troublemaker tu. Nasib aku sayang mereka...

Sincerely by Hali⚡

Ohhh... Rupanya Taufan, Blaze dan Thorn tu adalah Trio Troublemaker dalam kalangan kami bertujuh. Mesti mereka ni suka sangat prank aku dan adik-beradik lain tentu pasal dalam rumah ni. Bagi akulah elok kalau ada adik-beradik yang nakal dalam satu keluarga sebab bagi aku ianya membuat suasana rumah bertambah riuh rendah dan ceria. Cuma, dari apa yang aku nampak, mereka bertiga tak nampak begitu ceria sekali. Kenapa agaknya ye? Aku teruskan membaca journal tu lagi. Namun, di sebabkan journal ni banyak lagi muka suratnya, aku dah tak larat nak baca lagi dah. Aku menyimpan kembali journal itu dan sambung balik bacanya pada hari esok. Sekurang kurangnya aku dah tau sedikit sebanyak mengenai masa silam aku melalui journal tu...

The Truth Behind Hali's Death... (REWRITE!) Where stories live. Discover now