Warning: Kepada readers lama yang mengikuti Fanfic ni sebelum ni, do not give spoiler to new readers! Harap maklum!
⚡⚡⚡⚡⚡
Hali's POV ...
Hmmm... Aku masih terfikirkan apa yang berlaku antara aku dan Ais tadi. Aku masih lagi tak boleh percaya yang aku ni dah mati dan sekarang ni aku adalah roh. Haha... No wonder everyone in this house can't see me. Selama hari ni aku cuba buat mereka nampak aku tapi, tak ada hasilnya. Aku ni hantu weh! H A N T U! Yang merayau di muka bumi tanpa arah tujuan. Aku cukup bernasib baik yang Ais boleh bercakap dengan aku. Kalau tak, tentu aku masih tak tau yang diri aku ni memang dah jadi hantu. Cuma aku hairan, kenapa aku sedar hari tu dalam bilik aku hari tu, aku langsung tak ingat apa² mengenai masa silam aku sebelum ni. Macam yang Ais cakap sebelum ni, dia tak boleh nak ceritakan mengenai apa yang berlaku pada aku sebelum kematian aku.
Well, wajarlah dia tak nak ceritakan. Pada aku Ais nampak begitu trauma sekali. Aku macam dapat rasa kematian aku ni meninggalkan kesan yang mendalam pada adik-beradik aku yang lain. Apa agaknya yang buat hati aku tak tenang? Adakah aku mati kerana penyakit? Accident? Atau ada orang yang dengki dengan aku lalu terus bunuh aku?! Pelbagai soalan bermain-main di fikiran aku saat ini. Kalau aku tau punca kematian aku, mungkin nanti roh aku akan tenang dan tak kan terus berada di muka bumi ini. Ye, aku kena cari tau jugak punca kematian aku! Arggghhhhh!!!!! Lebih baik aku stop fikir pasal ni! Daripada aku dok fikir macam ni dan tak buat apa², tengok TV lagi bagus.
Aku pun terus pergi ke ruang tamu lalu duduk di sofa hadapan TV. Hmmm... Citer apa yang best agaknya ye? Tak apa, kita tukar je channel dulu. Boring. Boring. Boring. Boring! BORING! Haih, kenapa setiap kali aku tukar channel Media Prima, balik² yang keluar Wow Shop je ni woi?! Aku boring ni, tau tak?! Kau ingat aku ni hadap sangat nak beli barang² yang kau jual tu?! Aku ni hantu! Tak ada masa nak guna benda² yang kau jual! Tengok, kan aku dah marah. Aku sendiri tak faham apa function Wow Shop tu pada kita. Yang aku tau kalau kita membeli, mereka yang untung, kita yang rugi kerana berhabis duit. Betul tak cakap aku ni? Aku sambung menukar channel lagi sehinggalah aku terjumpa rancangan reality yang di gelar RunningMan. Aha, ni baru betul hiburan yang sesuai di waktu petang macam ni!
Sambil aku menonton, aku terlihat adik-beradik aku yang lain sedang tertidur lena di atas sofa yang lain. Agaknya Gempa keluar kot kerana ada hal. Bila di fikirkan balik, muka mereka semua memang sama. Cuma, adalah kelainan dari segi mata, warna mata dan hidung. Apalah agaknya yang berlaku semasa aku masih hidup bersama mereka? Sejujurnya aku ingin mengembalikan ingatan aku semula. Dari pandangan mata Ais pun aku dapat tahu bahawa bukan dia sahaja malah, mereka semua rindukan aku. Sedang aku menonton TV, tiba² sahaja loceng rumah ini berbunyi. Haih, siapalah tu agaknya?! Kacau waktu aku nak tengok TV jelah! Taufan yang tertidur lena akhirnya terbangun. Mungkin sebab dia dengar bunyi loceng tu kot. Aku terus bangun dan menyorok. Siapalah agaknya orang yang datang tu?
Hali's POV End...
⚡⚡⚡⚡⚡
No One's POV...
"Oh, Abang Kaizo dan Fang rupanya! Jemputlah masuk!" Taufan membenarkan dua orang (Alien) yang bernama Kaizo dan Fang masuk ke dalam rumah itu.
"Haha... Lama betul kami tak berjumpa dengan korang. Macam mana keadaan korang sekarang ni?" Soal Kaizo pada Taufan sebaik sahaja dia dan adiknya Fang masuk ke dalam rumah mereka.
"Syukurlah kami semua sihat. Abang Kaizo dan Abang Fang bila balik ke Bumi ni?" Taufan bertanya lagi.
"Baru je lagi kami balik ke sini. Saja je nak lawat korang sebelum balik ke rumah kami. Lagi pun aku ada exam penting di sekolah. Tu salah satu sebab aku kena balik ke sini..." Jawab Fang sebaik sahaja mereka duduk di sofa.
YOU ARE READING
The Truth Behind Hali's Death... (REWRITE!)
FanficCOMPLETED ✔️✔️✔️ Started: 16/9/2018 Ended: 13/4/2020 Rewrite Started: 5/9/2021 Rewrite Ended: - Hali mengalami amnesia dan tidak sedar bahawa dirinya telah mati. Demi untuk mencari kebenaran disebalik misteri kematiannya, dia ingin meminta tolong p...