Warning: Kepada readers lama yang mengikuti Fanfic ni sebelum ni, do not give spoiler to new readers! Harap maklum!
⚡⚡⚡⚡⚡
Keesokan harinya bersama Gempa di SMKPR...
No One's POV...
Esoknya, Gempa pergi ke sekolah seperti biasa untuk kertas soalan peperiksaan SPM yang seterusnya iaitu Fizik dan Kimia. Akan tetapi, Gempa pula rasa tak sedap badan sepanjang taklimat daripada guru²nya namun, dia tak mahu orang lain tahu bahawa dia tengah tak sihat. Dia mahu habiskan kertas peperiksaan SPM segera supaya dia dapat berehat di rumah selepas itu. Namun, dia tidak tahu bahawa kawan² nya sedang perhatikan dia sejak dari awal lagi. Mereka tahu Gempa sengaja sorok kenyataan yang dia tengah sakit. Mereka tunggu masa selepas taklimat tersebut tamat. Selepas taklimat, mereka semua mendekati Gempa...
"Gempa, kau nampak tak sihat ni. Kenapa kau datang jugak? Kau boleh je minta pengecualian untuk hari ni dan tangguh kertas ni di hari lain." Ujar Yaya yang risau akan keadaan Gempa saat ini.
"Yalor! Muka lu merah semacam ni. Balik jelah, Gempa." Tambah Ying pula.
"Tak apalah korang. Aku masih mampu nak jawab semua kertas tu hari ni. Lagipun, aku tak nak ketinggalan apa² pun hari ni..." Gempa cuba kuatkan dirinya namun, kakinya kelihatan menggeletar saat ini. Dia hampir jatuh namun, mujur Fang sempat menyambut nya.
"Degil betul lah kau ni, Gempa. Macam mana kau nak jawab kertas hari ni kalau badan kau tak balance macam ni?" Soal Fang yang terus buat Gempa duduk di bangku yang berdekatan.
"Aku oklah. Aku masih mampu lagi..." Gempa cuba bangun namun, tidak berjaya.
"Dey! Baik kau balik je, Gempa. Kau boleh jawab kertas tu lagi di hari lain. Muka kau ni dah pucat sangat. Dah macam hantu aku tengok kau ni." Gopal juga turut melontarkan rasa risaunya.
"Hmmmm... Yelah². Mungkin betul cakap korang tu. Aku patut balik sekarang. Kepala aku ni dah makin sakit pula aku rasa." Kata Gempa sambil memegang kepalanya.
"Baiklah kalau macam tu aku dan Gopal akan jumpa dengan penyelaras Form 5 untuk buat penangguhan kertas Fizik dan Kimia untuk kau. Fang dan Ying, korang teman Gempa kat sini." Jelas Yaya sementara yang lain angguk kepala tanda setuju.
"Tapi, Gempa kan jalan kaki? Macam mana dia nak balik dalam keadaan macam ni?" Tanya Gopal kehairanan.
"Haah, aku tak ada penjaga yang boleh hantar aku balik." Gempa mula terbatuk saat ini.
"Pasal tu kau jangan risaulah, Gempa. Aku dah call abang aku tadi. Dia tengah on the way ke sini untuk ambil kau bawak balik. Yang penting sekarang ni kau jangan fikir banyak sangat. Berehat je di rumah..." Nasihat Fang sambil mengusap bahu Gempa.
"Ye ye... Kau ni sama je macam Hali. Suka membebel..." Gempa hanya mampu memeluk dirinya setiap kali dia teringat pada Hali. Tak lama kemudian, Kaizo pun muncul untuk membawa Gempa balik. Di dalam kereta.....
"Kau ni berani betul jalan kaki ke sekolah dalam keadaan diri kau yang tak sihat ni. Nasib baik tak jadi apa² pada kau..." Kata Kaizo yang sedang memandu saat ini.
YOU ARE READING
The Truth Behind Hali's Death... (REWRITE!)
FanficCOMPLETED ✔️✔️✔️ Started: 16/9/2018 Ended: 13/4/2020 Rewrite Started: 5/9/2021 Rewrite Ended: - Hali mengalami amnesia dan tidak sedar bahawa dirinya telah mati. Demi untuk mencari kebenaran disebalik misteri kematiannya, dia ingin meminta tolong p...