Chapter 14... (Edited)

1K 106 13
                                    

Warning: Kepada readers lama yang mengikuti Fanfic ni sebelum ni, do not give spoiler to new readers! Harap maklum!

⚡⚡⚡⚡⚡

Hali's POV...

Erghhh... Kat mana aku sekarang ni? Kenapa semuanya nampak kabur je pada pandangan mata aku? Oh ye, aku tak sedarkan diri setelah merasai aura kejahatan yang aku rasai sebelum ini. Aku cuba membuka mata namun, ianya dihalang oleh suatu sinar cahaya yang sangat terang. Aku cuba membuka mata aku lagi dan apa yang membuat aku hairan ialah pandangan mata aku semuanya berwarna merah. Apa yang dah jadi pada aku masa tu? Mungkin aku patut tanya Ais dan Solar memandangkan mereka je yang ada bersama aku pada masa itu. Akhirnya, pandangan aku kembali normal.

Sedang aku memicit kepala aku yang sakit, aku perasan terdapat luka yang amat dalam sekali. Aku tak merasa sakit dengan luka itu. Sebaliknya, kepala aku yang sakit. Adakah ini tanda ingatan aku perlahan-lahan kembali pada aku? Kalau betul ianya benar berlaku, ini merupakan satu petanda yang baik untuk aku. Tapi yang peliknya, aku masih tak dapat nak cam wajah pembunuh aku dari sebalik bayangan yang aku dapat sebelum ini. Kenapa agaknya ya? Tiba², aku perasan ada seseorang memasuki khemah ini. Oh, nasib baiklah itu hanyalah Ais sahaja. Kalau orang lain memang aku perlu sentiasa berjaga-jaga. Ceh, macamlah orang lain boleh nampak aku.

"Oh, Angah dah sedar! Syukurlah Angah tak apa²..." Ujar Ais yang terus peluk aku sebaik sahaja dia masuk khemah.

"Ais, dah berapa lama aku tak sedarkan diri? Dan kenapa ada luka yang dalam di sini?" Soal aku sambil menunjukkan luka tersebut pada Ais.

"Sebenarnya Angah tak sedarkan diri selama 2 hari. Luka tu pula merupakan bekas daripada benaman kuku Angah yang tiba² muncul kerana masa tu Angah cuba nak memegang kepala Angah yang sakit dengan kuku yang tajam dan akhirnya Angah jatuh tak sedarkan diri." Jelas Ais pada aku dengan riak wajah sedihnya.

"Oh ye, baru aku teringat perkara tu. Habis tu, kenapa korang tak balik lagi ke rumah?" Soal aku lagi.

"Macam ni, esoknya selepas Angah jatuh tak sedarkan diri, Along ajak kami semua termasuklah Kapten Kaizo dan Fang mendaki bukit tu. Kami baru je balik tadi. Maafkan Ais, Angah. Ais kalau ikutkan nak tunggu sampai Angah sedar tapi, kalau Ais tolak ajakan Along untuk mendaki bukit tu, tentu dia akan marah dan tetap akan paksa Ais untuk ikut sekali." Kata Ais masih lagi dengan riak muka sedihnya.

"Shhh.... Jangan cakap macam tu, Ais. Kalau aku berada di tempat kau dan kau pula berada di tempat aku, tentu sahaja aku akan buat perkara yang sama. Yelah, kau tak nak buat Gempa curiga dengan kelakuan kau untuk tidak sertai mereka. Tak apa, aku tak kisah langsung pun pasal hal tu. Aku ni roh, pandai²lah aku jaga diri aku. Apa yang aku perlu utamakan adalah keselamatan korang semua. Biarlah aku seorang je melindungi korang sampailah masa aku dapat pergi dengan tenang." Terang aku pada Ais. Kenapa dengan mood aku hari ni?

"Tak! Angah tak boleh pergi! Cukuplah Ais menderita kehilangan Angah sampai Ais kemurungan teruk di buatnya! Dapat tengok Angah depan mata Ais sekarang ni pun dah cukup buat Ais gembira walaupun Angah ni roh! Kalau Angah pergi, hidup Ais tak kan gembira macam dulu lagi! " Ujar Ais yang tiba² sahaja menangis dan terus peluk aku seerat yang mungkin.

"Ais, dengar sini baik² apa yang aku nak cakap. Ye, memang betul aku pun tak nak pergi dari sini dan dari hidup korang semua tapi, itu dah bertentangan dengan hukum alam. Selepas aku berjaya capai matlamat aku dan lindungi korang dari pembunuh aku tu, aku tetap perlu pergi. Kau kena belajar hidup tanpa aku. Jangan risau, kalau aku dah pergi nanti aku tetap akan hidup dalam diri kau asalkan kau tak lupakan aku. Dan aku akan perhatikan kau bersama-sama mak dan abah..." Sejujurnya aku terkesan dengan kata² aku sendiri.

The Truth Behind Hali's Death... (REWRITE!) Where stories live. Discover now