Warning: Kepada readers lama yang mengikuti Fanfic ni sebelum ni, do not give spoiler to new readers! Harap maklum!
⚡⚡⚡⚡⚡
Sementara itu bersama Hali...
Hali's POV...
Adoi... Pagi² lagi dah bising mereka ni. Siapalah agaknya yang jerit macam perempuan tu? Mengganggu ketenteraman aku jelah waktu pagi macam ni. Hmmmm... Dengar dari suara jeritan tu, aku rasa dia adalah Blaze yang menjerit panggil nama Taufan. Ais dan Thorn dah bangun dan balik ke bilik mereka masing². Solar pulak time² macam ni mungkin dah bangun jugak. Sah Blaze mengamuk tu sebab Taufan prank dia. Haih, nampak betul lah si Taufan tu Troublemaker dengan Blaze dan Thorn? Macam manalah Gempa boleh tahan dengan perangai tak matang mereka tu? Aku tabik dengan Gempa kerana sentiasa tenang dalam segala situasi.
Aku rasa mereka time macam ni pasti tengah sarapan pagi. Haih, kalaulah aku ada keinginan untuk makan, aku teringin nak join mereka sekali makan sekali. Tapi, aku ni roh. Hanya makhluk yang tersesat di dunia serta yang diberi peluang untuk mencari kebenaran disebalik kematian aku yang masih tak terungkap sampai sekarang. Cuma, sejak kebelakangan ni ada beberapa bayangan pelik yang sering kali muncul dalam fikiran aku. Dan aku langsung tak faham maksud di sebalik bayangan tu semua. Oh ye, aku baru teringat yang Ais ada cakap pada aku ada satu album gambar dalam bilik almari baju aku tu. Mungkin aku boleh ingat sesuatu dengan mengecam orang² yang ada dalam album tu yang mungkin ada kena mengena dengan aku sebelum aku mati. Aku pun pergi ke bilik baju tu dan mencari di setiap sudut bilik itu. Akhirnya, aku dah jumpa album yang Ais sebut tu. Aku kembali ke katil aku lalu membuka album tu.
Hmmm... Gambar keluarga, gambar aku dengan Ais, gambar aku dengan Gempa masa kecil. Banyak betul gambar dalam ni tapi, yang buat aku tertarik ialah gambar aku dengan seorang yang bernama Kaizo. Yang datang hari tu dengan budak berambut landak tu ke? Apa ke namanya? Frengki? Ah Meng? Pang? Fang? Ahhh!!! Tak ingatlah aku tapi yang pasti nama dia dah dekat lah dengan yang aku sebut tadi. Nampaknya gambar ni di ambil pada tarikh 28/2/2016. Ini gambar sukan tahunan sekolah ke ni? Di bawah gambar ni ada tertulis 'Senior terbaik sepanjang zaman, Kapten Kaizo...' Wait, betul dia ni lah yang datang hari tu dengan landak ungu tu. Maknanya Kaizo tu adalah senior aku masa aku hidup.
Tapi, apa yang menyebabkan akuanggap dia sebagai senior idola aku? Bila tengok dalam gmbar ni, aku nampak macam terlalu rapat dengan si Kaizo ni. Maksud aku rapat tu maknanya sebagai kawan jelah. Jgn pulak fikir korang fikir benda yang bukan²! Sekali aku bagi pedang nanti baru korang tau! Aku teliti lagi album tu dan terjumpa gambar aku bersama adik-beradik aku berserta dengan beberapa lagi orang yang aku tak kenal. Dalam gambar ni aku hanya cam landak ungu dan Kaizo je. Yang lagi tiga orang ni aku tak cam langsung.Seorang perempuan bertudung pink, seorang lagi perempuan Cina yang pendek dan last sekali budak lelaki India yang berbadan besar. Siapa agaknya mereka ni? Hmmmmm... Tak apalah, aku tanya Ais jelah sekejap lagi. Tengah² aku belek album tu, Ais masuk ke dalam bilik aku. Panjang umur dia...
"Yow! Angah tengah buat apa tu?" Tanya Ais pada aku.
"Ni aku tengah belek album gambar yang kau suruh aku cari tadi. Ais, aku nak tnya kau ni. Siapa 3 orang yang ada dalam gambar ni? Kalau landak ungu dan Kaizo ni aku taulah..." Soal aku sambil menunjukkan gambar itu pada Ais.
YOU ARE READING
The Truth Behind Hali's Death... (REWRITE!)
FanficCOMPLETED ✔️✔️✔️ Started: 16/9/2018 Ended: 13/4/2020 Rewrite Started: 5/9/2021 Rewrite Ended: - Hali mengalami amnesia dan tidak sedar bahawa dirinya telah mati. Demi untuk mencari kebenaran disebalik misteri kematiannya, dia ingin meminta tolong p...