Warning: Kepada readers lama yang mengikuti Fanfic ni sebelum ni, do not give spo to new readers! Harap maklum!
⚡⚡⚡⚡⚡
Blaze's POV...
(A/n: Why not? Memandangkan dia mangsa Hali yg seterusnya 😂😂)Seriously aku masih tertanya-tanya kenapa Taufan ajak aku pergi tengok Frozen 2? Well, aku mengaku yang movie tu best tapi, orang semua tengok aku dengan Achik dengan pandangan yang lain macam. Yelah, orang lelaki tengok movie keperempuanan, kan? Tapi, aku tak boleh nak buat apa² sebab kebanyakan movie yang ada semuanya untuk orang dewasa dan ada juga movie yang tak best di mata kami tadi. Akhirnya, sampai juga kat rumah! Apa aku nak buat, eh? Oh ye, aku tahu! Makan, bagi ayam² aku makan, main game online dan lepas tu masuk tidur. Yes! Satu idea yang paling bagus dan bijak sekali! Ceh, puji diri sendirilah pulak.
(A/n lagi: Masa aku buat chapter ni dulu tengah musim Frozen 2 so, faham² jelah ye 😂😂)
Aku mula rasa rindulah nak buat aktiviti paranormal tu. Ahad ni aku nak ajak si landak ungu tu dan Abang Gopal pergi sama ada Sabtu atau Ahad ni. Sampai je di rumah, aku terus ke dapur. Along pun tak balik lagi jadi, mungkin aku kena masak maggi jawabnya. Tapi, aku perasan yang ada makanan di atas meja. Eh?! Siapa pula yang masak? Aku mula rasa pelik sebab tiada orang lain lagi yang pandai memasak dalam rumah ni melainkan Along, Achik masih tengah belajar memasak dan.... Angah. Kadang² aku rindu sangat pada Angah. Sebab aku buat aktiviti paranormal ni ialah kerana nak cari kat mana Angah sebenarnya tapi, itu semua mustahil. So, aktiviti ni dah jadi hobi aku. Di atas meja makan, aku terlihat ada nota. Aku terus ambil lalu membacanya...
"Blaze, kalau kau baca ni aku tahu yang kau dah balik daripada pergi tengok wayang dengan Achik. Ni ada makanan untuk kau yang aku beli tadi untuk kau dan Achik. Jangan lupa makan ehhh! ^_^ -Ais-"
Hmmmm... Achik keluar balik sebab nak bincang dengan kawan sekelas dia tentang projek sains sekolah dia. Nampaknya, aku makan seorang dirilah sebab yang lain² mungkin dah makan. Aku membuka tudung saji dan terlihat Nasi Goreng Ayam Merah??! Why ayam, Ais???!! Eh, tunggu sekejap! Setahu aku yang tahu rahsia kelemahan aku cuma Angah je! Along tahu tapi, dia jarang sangat masak ayam. Aku bukannya ada alahan terhadap ayam ke apa cuma, aku tak sanggup melihat kekejaman yang diperlakukan terhadap ayam² di seluruh dunia! Aku kalau boleh nak boikot KFC, McD, Texas Chicken dan mana² restoran makanan segera yang menyajikan ayam sebagai menu utama!
Aku tak ada pilihan selain terpaksa letak ayam pada pinggan aku kepada pinggan Achik. Selepas itu, aku terus duduk, baca doa dan terus makan. Nyum²... Sedapnya nasi goreng ni. Tapi, aku pelik dengan sesuatu. Aku rasa macam pernah rasa nasi goreng ni. Memang familiar sangat² rasanya. Hah?! I-ini macam rasa nasi goreng yang Angah buat! Hari tu pun Ais dan Thorn pun ada beli nasi goreng yang rasanya sama tapi, takkanlah kedai makan yang mereka beli tu masak style ni? Mustahil! Masakkan Along dan Angah pun tak sama so, aku tahu nak bezakan. Ahhh!!! Lepas makan nantilah aku fikir. Aku nak makan dulu nasi goreng ni tanpa sebarang gangguan dan memikirkan sesuatu...
Time Skip selepas makan...
Fuhh... Kenyang akhirnya. Aku terus masuk ke bilik dan buka komputer aku untuk bermain game online fav aku, Naruto: Ultimate Ninja Storm 4. Sebenarnya, asalnya game ni fav Angah memandangkan dia memang minat manga/anime Naruto. Aku tak boleh nak nafikan yang game ni memang best dan mencabar. Watak yang dia selalu gunakan ialah Namikaze Minato sebab Angah selalu rasa yang dia laju dengan kekuatan Hiraishin daripada Kunai istimewa Minato. Aku pula suka guna Team 7 (Naruto, Sasuke, Sakura dan Kakashi) cuma, aku tak berapa suka dengan Sakura. Mungkin sebab cara dia layan Naruto masa Perang Dunia Shinobi ke-4 punca aku tak suka dia. Yelah, Naruto dah selamatkan Sakura tapi, dia tetap fikirkan 'Sasuke-kun' dia tu. Menyampah pula aku dengan dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/161819847-288-k712703.jpg)
YOU ARE READING
The Truth Behind Hali's Death... (REWRITE!)
FanficCOMPLETED ✔️✔️✔️ Started: 16/9/2018 Ended: 13/4/2020 Rewrite Started: 5/9/2021 Rewrite Ended: - Hali mengalami amnesia dan tidak sedar bahawa dirinya telah mati. Demi untuk mencari kebenaran disebalik misteri kematiannya, dia ingin meminta tolong p...