Special Chapter 13! (Edited)

1.2K 106 25
                                    

Macam yang aku cakap sebelum ni, chapter ni merupakan special chapter. Aku ingat lagi tahun aku buat Fanfic ni, aku terkejut giler bila tengok views Fanfic ni dah capai 10k. Sebab tu aku buat special chapter ni. Bagi aku masa tu, that was my biggest archievement I ever got. Chapter ni special bukan apa. Jalan ceritanya je yang panjang. Itu sahaja.

Apapun, terima kasih kerana dah baca Fanfic ni. Aku harap korang kekal terhibur dengan karya aku yang tak seberapa ni. Ok, sambil² baca chapter ni, korang boleh dengar sekali lagu BSD tu kalau korang nak. Sekarang aku tengah obses balik dengan BSD and dalam banyak² opening, yang ni fav aku dengan opening season 5. Terasa nostalgic di situ ye bila dengar opening ni. Alright, let's start the story, shall we~?

Warning: Kepada readers lama yang mengikuti Fanfic ni sebelum ni, do not give spoiler to new readers! Harap maklum!

⚡⚡⚡⚡⚡

-Sambungan dari chapter lepas-

Solar's POV...

Malang betul hari aku! Dahlah hantu kacau aku, lepas tu bila aku mengadu pada Along pasal ni, sikit pun dia tak nak percayakan aku! Nampak sangat dia memang tak percaya pada hantu. Terima kasih banyak² pada Abang Blaze. Aku kalau boleh tak nak ikut mendaki bukit tu besok! Hantu tu pasti akan kacau aku lagi punya! Arrrggghhhh..... Stress lah aku macam ni! Apa yang patut aku buat?! Sedang aku terbangun daripada tidur, aku terdengar suara seseorang tengah bercakap. Dengar macam suara Abang Ais je tu? Tapi dia bercakap dengan siapa agaknya ehh? Aku buat keputusan untuk bangun lalu bertanya...

"Errrggghhhh... Apa yang bising² ni? Abang Ais pun janganlah tinggalkan Solar sorang² kat sini-! Hah?! Apakah??!" Aku terkejut kerana melihat Abang Ais memeluk sesuatu yang tiada di sini.

"Err... Abang Ais peluk apa tu? Kat sini tak ada apa² pun?" Soal aku sambil menggaru kepala aku tanda kehairanan.

"Adalah orang kat sini. Kau tu je yang tak nampak dia. Kejap ye..." Apa maksud kata² Abang Ais tu?

Aku melihat dia membuka begnya lalu mengeluarkan buku dan sebatang pen. Untuk apa tu? Abang Ais pun kemudian meletakkan buku dan pen tersebut berhadapan aku. Kemudian aku nampak Abang Ais seolah-olah bagi signal pada sesuatu. Aku hanya menyengetkan kepala aku tanda kekeliruan. Abang Ais aku ni dah gila kot agaknya! Sejak Angah meninggal, tak pernah pun aku tengok dia macam ni! Tiba², aku nampak pen yang Abang Ais letak tadi terapung dan buku tadi dibuka. Arrrgggghhhhh!!! Kan betul aku cakap tadi?! Ada hantu kat tapak perkhemahan ni! Aku terus memeluk Abang Ais. Sedangkan dia hanya mengeluh besar dengan perangai aku. Aku pun melihat ke arah pen yang sedang bergerak seolah-olah ianya sedang menulis sesuatu. Pen itu akhirnya berhenti bergerak lalu aku membaca apa yang ada dalam buku tu. Macam tulisan Angah je ni?

"Solar, kau kena percaya kata² Ais. Aku ada kat sini dan kau tak boleh nampak aku. Ais seorang je yang boleh nampak aku pada awalnya tapi setakat ini aku dah buat Thorn boleh nampak aku. Ini aku, Solar! Halilintar..." Hah?! Apakah, Angah??!

"Tapi, Angah aku dah meninggal! Kau jangan cuba nak tipu aku dengan hanya meniru tulisan dia! Dasar hantu tak guna!" Kata aku sedikit marah cuba nak elakkan daripada membuat bising. Pen itu bergerak lagi lalu menulis...

"Terserah pada kaulah nak percayakan aku atau tak. Tapi, yang aku tahu Ais tak kan pernah menipu. Dia nampak aku dan kau tak boleh. Kalau masih nak kan jawapan, tanya jelah pada dia..." Aku terus renung ke arah Abang Ais yang sedang mengetap giginya lalu dia berkata...

"Hmm... Solar, sebenarnya Angah memang ada di sini. Awalnya Thorn memang tak boleh nampak dan tak percaya juga sama macam kau. Betul ni, kau kena percayakan aku dan Angah..." Jelas Abang Ais dengan riak matanya yang sedikit sedih.

The Truth Behind Hali's Death... (REWRITE!) Where stories live. Discover now