HANS melangkah masuk ke dalam kereta sebaik sahaja pembantunya membukakan pintu. Gerak tubuhnya tenang, namun wajahnya jelas menunjukkan kepenatan selepas hari yang panjang.
Jari-jarinya naik melonggarkan tali leher yang masih ketat melilit kolar bajunya... satu-satunya sisa formaliti yang masih tersisa selepas sesi penyerahan proposal yang memakan masa hampir tiga jam.
Deruman enjin mula kedengaran sebaik pintu ditutup rapat. Kereta itu perlahan-lahan meninggalkan Varethia Convention Centre, meluncur keluar ke jalan utama Arcova yang masih dipenuhi deretan kenderaan yang tidak pernah berhenti.
Telefon di dalam poket seluarnya bergetar. Hans menariknya keluar, menatap nama yang tertera di skrin...
Niel DeLuca is calling...
Tanpa menunggu lama, dia menekan butang hijau dan menyandarkan tubuh ke tempat duduk belakang.
"Your secretary told me you need the information about Sokolov Corporation's representative that attended the Elarion Project bidding?" suara Niel kedengaran dari seberang, sedikit terburu-buru, mungkin baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat.
"Clara Evans," sebut Hans dengan nada rendah tapi tegas.
Langkah Niel yang sedang melangkah ke pejabatnya terhenti serta-merta. Keningnya berkerut.
Hans menyebut nama wanita?
Itu jarang sekali berlaku.
"A woman? Wait... are you telling me Aleks sent a woman to represent Sokolov for that project?" soal Niel, suaranya bercampur antara tidak percaya dan keliru.
Hans menyandarkan kepala, matanya memerhati ke luar tingkap. Lampu-lampu kota Arcova berkelip bagaikan denyutan nadi dunia yang tidak pernah tidur.
"I heard she's the Managing Director of Sokolov," balasnya datar. "Heard from those old men at the bidding... and I confirmed it myself. She's the same woman with Sokolov's contract killer at the club last night. The woman with the Glock."
"The brunette?" Niel cuba mengingat kembali insiden di kelab malam itu... bayangan samar seorang wanita yang berdiri membelakanginya, dengan rambut perang gelap jatuh menutupi bahu.
Dia tidak sempat melihat wajahnya, tapi dia masih ingat satu perkara... pistol hitam yang terselit di belakang pinggang wanita itu.
Glock 17.
Siapa yang membawa pistol itu ke kelab malam?
Tempat orang mabuk dan menari, bukan medan untuk berperang. Tapi di Arcova, batas antara hiburan dan bahaya memang tipis.
Kerajaan, korporat, dan dunia gelap... semua bergerak di bawah bayang yang sama. Dan malam di Arcova bukan malam yang tenang.
Ia malam milik mereka yang berani bertaruh nyawa untuk kuasa.
"Reach Aleks," arah Hans dingin, memecahkan keheningan. "I want to meet his second-in-command to negotiate about the crate issue. Without our shipment, the buyers will start asking questions. And I'm not in the mood to deal with unnecessary delays."
"Got it. I'll make the call," balas Niel cepat sebelum menamatkan talian.
Hans menurunkan telefon ke sisi dan menarik nafas perlahan. Tangannya mencapai iPad di sebelah, membuka e-mel terbaru daripada Karl. Skrin menayangkan beberapa laporan transaksi yang disahkan lelaki itu mengakhiri tugasannya di New York.
⋅˚₊‧ ୨୧ ‧₊˚ ⋅
YOU ARE READING
Bloody Love, Mafia
ActionWhen two giants of the underworld collide, the world trembles. A single mistake could ignite a war. Or maybe... it wasn't a mistake at all. Maybe someone wanted this. Maybe someone wanted her. Her. Clara Agnia Sokolov. In the bloodstained empire of...
