BLM 03

15.5K 834 4
                                        

BUNYI deringan telefon yang nyaring menjerit memecahkan keheningan pagi di dalam bilik tidur mewah Clara. Nada deringan itu menggema dalam ruang yang masih diselimuti cahaya samar-samar matahari yang baru mula terbit di ufuk Arcova Republic.

Keluhan berat keluar dari bibirnya, kasar dan malas. Tubuhnya yang masih tenggelam di bawah selimut satin kelihatan bergelut antara ingin bangun atau terus memeluk bantalnya.

Minggu ini terlalu panjang... mesyuarat, rundingan, dan masalah penghantaran yang menyesakkan kepala.

Tangan kirinya meraba meja sisi katil, mencari-cari telefon yang berbunyi tanpa belas kasihan itu. Mata belum terbuka sepenuhnya, namun refleksnya masih cekap seperti biasa. Dia mengangkat panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.

"Privet," suaranya serak dan dalam, penuh nada malas.

(Hello.)

"Don't tell me you're still in bed, Sokolov!" suara tajam Astra menembusi gegendang telinganya, kuat dan lantang seperti letupan kecil di pagi hari.

Clara mengerutkan dahi, menelan keluhan.

"Why on earth do I owe the honor of having you as my alarm, Petrov?" sindirnya datar sambil kembali memejamkan mata dan memeluk bantal.

Kepalanya masih berat, sisa mabuk ringan dan keletihan kerja seminggu masih terasa di urat sarafnya.

Namun dia tahu... Astra tidak pernah menghubungi tanpa sebab.

"Open your fucking eyes, Clara. Our package that arrived last night..." suara Astra terhenti seketika, seperti cuba menahan marah. Clara tidak menjawab, hanya menghela nafas malas.

"...is not your package. Not what we ordered."

Dalam sekelip mata, mata biru Clara terbuka luas.
Dia terus duduk di atas katil, rambut panjangnya jatuh kusut di bahu, helaian bajunya berkedut akibat tidur yang tidak lena.

"What do you mean it's not our package?" suaranya tajam kini, mengikis sisa kantuknya.

"It's complicated. I think you better come and see for yourself." Nada Astra jelas resah... sesuatu yang jarang berlaku.

"Fuck." Clara memutuskan panggilan itu tanpa ucapan selamat tinggal.

Dia menatap skrin telefon... jam digital menunjukkan 6:42 a.m.

"Fuck, fuck, fuck!" jeritnya apabila menyedari masa.

Dia sepatutnya berada di Varethia Convention Centre jam tujuh tiga puluh untuk tendering mengenai sebuah tender projek yang dia perlu dapatkan, dan kini dia bukan sahaja lewat... tapi juga diserang satu lagi krisis yang berpotensi mencetuskan perang antara organisasi mafia terbesar Arcova.

Barang yang tertukar.

Jika benar kargo itu bukan milik mereka, seseorang sedang bermain dengan api.

Clara menolak selimut, bangun tergesa dengan langkah panjang, helaian satin melurut jatuh dari tubuhnya. Dia menuju terus ke bilik mandi, membuka paip air panas sambil menatap refleksinya di cermin... wajahnya pucat, mata merah sedikit akibat kurang tidur.

Dia menatap dirinya lama, sebelum bergumam perlahan, "You can't afford another mess, Clara. Not this week."

Air suam menyimbah tubuhnya, membasuh sisa malas dan mabuk semalam. Fikirannya mula bekerja... cepat, teratur, dingin.


 ⋅˚₊‧ ୨୧ ‧₊˚ ⋅


Bloody Love, MafiaStories to obsess over. Discover now