BLM 07

13.8K 780 13
                                        

TOK! Tok! Tok!

Bunyi ketukan itu memotong fokus Clara. Dia menghentikan kerja di hadapannya, mengangkat wajah dan memandang ke arah pintu kaca pejabatnya. Pintu dibuka perlahan, dan masuklah Mila... setiausahanya... dengan iPad di tangan.

Clara meletakkan pen, bersandar ke kerusi kulit hitamnya. Ekspresi wajahnya kekal dingin. Mila sudah lali... Clara tidak pernah menunjukkan kehangatan di pejabat.

"Sorry for disturbing you, Miss... but the results for the Elarion Project bidding just came out." Nada Mila stabil, seolah-olah sudah berlatih ratusan kali.

Clara mengalihkan tumpuan ke skrin iMac 32 inci di hadapannya. Jari-jemarinya mencapai tetikus sebelum menggerakkan kursor ke arah e-mel yang baharu muncul.

Dia klik.

Matanya mula membaca setiap baris. Setiap ayat menambahkan kerutan di dahinya.

Sebelah keningnya terangkat tinggi... reaksi spontan bila sesuatu tampak mustahil. Tubuhnya mengeras seketika, seperti disambar arus elektrik.

"What the fuck is this?" Clara bertanya tanpa emosi, tetapi nadanya berat.

Mila sudah menjangka. "Do you want me to contact the management for clarification, Miss?"

Clara tidak menjawab. Dia kembali menatap e-mel itu.

Valdez Group — Awarded Primary Contractor

Sokolov Corporation — Awarded Joint Execution Partner

Sokolov dan Valdez.

Dalam satu projek mega antarabangsa.

Di bawah satu bumbung.

Dalam satu bilik mesyuarat.

Clara menghembus nafas, sebelum ketawa perlahan... ketawa yang tiada humor langsung.

Takdir... sedang bermain dengannya?

Mengapa sekarang?

Mengapa Valdez lagi?

"You may leave, Mila," arah Clara akhirnya.

Mila mengangguk pantas dan segera beredar... dia tahu bila suara Clara mula berubah, lebih baik dia keluar sebelum badai berlaku.

Ting!

Telefon Clara berbunyi.

Dia mengambilnya, menguak rambutnya ke belakang dan membuka mesej Pavel.

Pavel: We got intel about our shipments lost in Scotland and Moscow.

Pavel: And... Hans Valdez still insists on seeing you. If we want our crate back, he will only negotiate with the second-in-command. Otherwise, goodbye to our crate.

Pavel: What is your answer?

Clara menutup mata seketika. Seperti kepala dipukul ribuan kali.

Kenapa semuanya mesti terkait dengan Valdez minggu ini?

Projek.

Shipment.

Meeting.

Nama Hans Valdez mengekori setiap langkahnya seperti bayang-bayang yang enggan hilang.

Gila.

Dan gila begini selalu berakhir dengan pertumpahan darah.

Clara mula menaip.

Clara: Arrange the meeting then. If he wants to see me... he should be ready to pay the price as well.

Balasan Pavel muncul sepantas kilat.

Bloody Love, MafiaStories to obsess over. Discover now