BLM 08

13.7K 736 11
                                        

KEADAAN di sebuah gereja usang yang sudah lama ditinggalkan itu hening, sepi bagaikan roh-roh masa lalu masih berkeliaran di setiap sudut runtuhannya.

Cuaca yang tadinya panas tiba-tiba bertukar mendung, langit kelabu memberati seluruh kawasan itu dengan suasana suram seolah-olah alam sendiri tahu akan berlakunya pertumpahan darah.

Di luar gereja, dua SUV hitam terparkir rapat. Beberapa lelaki berpakaian hitam lengkap bersenjata berdiri dalam formasi, berjaga-jaga seakan menanti serangan tiba. Desiran angin membawa bau debu, karat besi, dan sisa-sisa kematian.

Kereta Maybach milik Clara memasuki kawasan itu perlahan... berhenti tepat di hadapan pintu gereja yang berat dan reput. Semua anak buah Alexei mengetatkan pegangan mereka pada pistol di pinggang, namun ketika menyedari siapa yang tiba, mereka segera menurunkan senjata dan berdiri tegak.

Pavel keluar serta-merta dan membuka pintu kereta di sebelah Clara.

Clara melangkah keluar.

Tanpa menunggu sesaat pun, dia menanggalkan sut Tom Ford hitam yang dipakainya, mencampakkan jaket itu kembali ke dalam kereta. Tubuhnya hanya dilitupi kemeja putih yang kini diketatkan hanya dengan beberapa butang... cukup untuk menunjukkan dia datang bukan untuk berunding, tapi membunuh.

Matanya tajam, membunuh.

Dingin bagaikan ais Siberia.

"Miss Sokolov," tegur Igor... orang kanan Alexei... segera melangkah menghampiri dan menunduk hormat.

Clara menaikkan kening sedikit.

"Any problem with me coming here, Igor?" soalnya sambil membuka butang kemejanya di bahagian lengan, bersedia seolah mahu masuk gelanggang.

"Alexei is praying inside," jawab Igor hati-hati. "It will be better if you wait for a while."

Clara tersenyum sinis... senyuman yang tidak membawa apa-apa selain ancaman maut.

Dalam sekelip mata, dia menarik kolar Igor dan hampir mengangkat lelaki yang berbadan dua kali ganda besarnya itu dengan satu tangan.

"Stop me," bisik Clara perlahan tapi tajam, "if you want your head on my gun today. I'm already in a fucking bad mood. You wanna offer yourself as the first sacrifice, Igor?"

Igor terdiam. Tidak sempat menarik nafas pun.

Clara merampas Glock yang terselit di pinggang Igor dan menolak lelaki itu ke belakang hingga hampir jatuh.

Anak buah Alexei cuba mendekati... namun Clara mengangkat pistol itu dan menekan muncung besinya ke kepalanya sendiri sambil memandang mereka, tajam bagaikan maut di hadapan mereka.

"Take. One. More. Step," gertak Clara, suaranya rendah dan memecah udara kaku gereja itu. "And I will blow each one of your fucking heads off. I don't care if you served this bratva twenty years... your life ends if you ignore the second-in-command."

Kesemua mereka kaku.

Kaku kerana takut...

Kaku kerana tahu betapa benarnya kata-kata itu.

Jika Aleksandr Sokolov ialah raja mereka...

Clara ialah senjata yang diciptanya sendiri.

"Be a good soldier," Clara menyambung sambil meletakkan Glock itu ke sisi, "if you want to live longer than you should."

Dengan itu dia menolak pintu gereja dan melangkah masuk.

Bunyi hentakan kasut tumit Louboutin-nya bergema dalam ruang gereja yang kosong dan gelap. Angin menerbangkan habuk-habuk halus yang menari dalam cahaya dari tingkap-tingkap pecah.

Bloody Love, MafiaStories to obsess over. Discover now