BLM 09

14.4K 737 6
                                        

SUASANA di bilik tidur serba hitam itu sunyi... hanya kedengaran nafas berat Hans dan denyutan perlahan yang mengakibatkan dadanya turun naik. Lampu malap memberikan bayang pada dinding, seolah-olah bilik itu sendiri sedang memerhati.

Di tepi katil, Niel tertidur dalam keadaan duduk di kerusi kulit. Tangan lelaki itu bersilang di dada, kepala terhoyong-hayang, jelas tidak lena tetapi menolak dirinya untuk tetap berjaga malam tadi... namun akhirnya rebah juga.

Selepas beberapa saat, kelopak mata Hans perlahan-lahan terbuka. Pandangannya kabur, fokusnya jatuh pada siling kelabu pekat penthouse itu. Tangan naik menyentuh pelipisnya.

Kepala berdenyut. Mulut kering. Badan terasa berat seolah-olah ada batu disumbat ke dalam tulangnya.

Dia menghela nafas kasar.

"Ugh..." rungut Hans perlahan, cuba duduk. Tubuh tegapnya bersandar pada kepala katil, pergerakan itu pun terasa menyakitkan.

Tangannya mencapai botol mineral di meja sebelah. Penutup dibuka dan beberapa teguk masuk ke kerongkongnya, meredakan sedikit rasa berat di kepala.

Apabila dia berpaling, pandangan jatuh pada Niel... yang sedang tidur tegak seperti mayat duduk.

Hans hanya menghembus nafas panjang. Dia meletakkan semula botol air.

Pintu bilik tiba-tiba terbuka.

"Hans," suara Karl bergema perlahan.

Mata hazel lelaki itu memerhati Hans tajam, menganalisis keadaan kawannya dari hujung rambut ke hujung kaki.

"You're awake."

Hans mengangkat wajah sedikit, tubuhnya masih letih.

"How did I pass out last night?" suaranya serak, lemah.

Karl melangkah menghampiri katil.

"Two bottles of vodka," jawab Karl tanpa simpati. "Thank God he still wants you alive."

Hans tidak membalas. Dia cuma menutup mata seketika... seolah-olah malu dengan kelemahannya sendiri.

Karl menoleh ke arah Niel yang sedang berdengkur halus.

"DeLuca," Karl mengocang bahu Niel. "Wake up."

"Hnngh..." Niel tersentak, mulutnya separuh terbuka. Dia hampir melelehkan air liur sebelum sempat menyedutnya masuk semula.

Karl mencebik, jijik.

"Go sleep at the guest room if you still need sleep. You look like shit," kata Karl.

Niel mengeliat kecil lalu bangkit, separuh sedar.

"Oh... aa... Hans," dia menepuk bahu Hans lembut. "Still alive. Good for you."

Lelaki itu berjalan keluar dengan mata separuh terbuka, seperti zombie.

Karl menggeleng sambil membetulkan lengan bajunya.

"Okay, listen," katanya kini serius. "I got news from my intel... Alexei was shot. At a church."

Hans membuka mata penuh. Dahi berkerut.

"Alexei was shot? By whom?"

Karl mengangkat bahu.

"No details yet. Everyone keeps their mouth shut."

Hans kembali bersandar perlahan... kepalanya penuh persoalan.

"Find out if there's internal conflict inside Sokolov," arah Hans datar tetapi tegas.

Bloody Love, MafiaStories to obsess over. Discover now