BLM 02

15.8K 825 5
                                        

HANS menggerakkan gelas berisi vodka di tangannya, memutar cairan jernih itu perlahan sebelum meneguknya sedikit. Dua wanita di kiri dan kanannya sudah larut dalam dunia mereka sendiri... ketawa manja, bersandar pada tubuhnya seolah-olah dia milik mereka malam itu.

Namun wajah Hans tetap kosong.

Tiada riak, tiada senyuman.

Hanya renungan dingin yang tidak menceritakan apa-apa.

Sesekali, dia menolak lembut tubuh wanita itu menjauh... bosan dengan kehadiran mereka.

Semua ini bukan keinginannya.

Ini semua kerja Niel lelaki yang memang gemar berpesta dengan escort, alkohol dan muzik, seolah-olah dunia tiada esok.

Bagi Hans, hiburan tidak pernah memberi ketenangan.

Pintu bilik VIP terbuka, dan suara tawa kasar bergema. Niel muncul dari luar, masih dengan baju yang sedikit terburai, wajahnya merah padam selepas menari bersama wanita di tingkat bawah.

"Hans, come on, man! We're here to have some fun. What's with that tight face?" tegurnya sambil menjatuhkan diri ke atas sofa, menarik seorang wanita ke pangkuannya.

"You've had enough fun, DeLuca. I'm out," ujar Hans dingin. Dia meletakkan gelasnya di atas meja marmar dan bangun, gerak langkahnya tenang tapi tegas.

"Wait... come on, Valdez. It's still early!" Niel mengekori dari belakang, masih dengan nada separuh mabuk, namun Hans tidak peduli.

"I'm going to the port. Need to inspect the package," katanya tanpa memandang ke belakang. Suaranya rendah dan berat, menggambarkan seseorang yang tidak terbiasa membuang masa.

"Oh, come on, man! I already sent our men to look over the package. Nothing to worry about," pujuk Niel lagi, cuba mengimbangi langkah bosnya itu.

Hans tidak menjawab. Dia hanya menekan butang lif, dan pintu logam berkilat itu terbuka. Dia masuk ke dalam, diikuti Niel yang masih merungut perlahan.

Namun sebelum pintu itu tertutup rapat, sesuatu menghalang. Sebuah combat boot menahan pintu dari tertutup.

"Blyat... it hurts!" Suara wanita itu kedengaran, diikuti keluhan marah.

Pintu lif terbuka semula, memperlihatkan wajah Astra yang sedang mengusap pergelangan kakinya.

"Petrov?" tegur Niel sebaik sahaja melihat sosok wanita berambut perang keemasan yang muncul di depan lif.

Astra hanya menjeling sekilas, wajahnya tidak menunjukkan sebarang minat.

"Oh, shit... what a bad luck I have tonight," gumamnya perlahan, matanya beralih dari Niel ke arah Hans.

Namun sebaik sahaja pandangan mereka bertemu, langkahnya sedikit terhenti. Pandangan dingin Hans benar-benar membuatkan bulu romanya meremang. Tatapan hijau zamrud itu kosong, tapi keras... seolah-olah mampu menembus jiwanya tanpa belas.

Semua orang dalam dunia bawah tanah Arcova tahu siapa lelaki itu. Hans Romeo Valdez, Don muda El Clan Valdez. Lelaki yang menjadi tulang belakang empayar mafia terbesar di republik itu... lelaki yang tidak disentuh sesiapa.

Untouchable.

"Wait... you said I'm bringing you bad luck?" soal Niel dengan nada tidak puas hati.

"Obviously." Astra membalas selamba lalu melangkah masuk ke dalam lif. Tangannya menekan butang untuk menahan pintu daripada tertutup, tanpa menoleh.

Niel mendengus.

"Do you have eye problems, Petrov? You can't see that my handsome fucking face makes every woman's heart flutter? You've got serious vision issues."

Bloody Love, MafiaStories to obsess over. Discover now