『5』

5.9K 532 1
                                    

"Cari dia."

"Siapa?"

"Aku tak kenal tetapi dia bekerja di sebuah kafeteria di hujung jalan Gyeongdi, Seoul. Aku nampak dia keluar daripada kafeteria itu pada malam itu. Kau.. cari perempuan itu."

"Baiklah Tuan Muda Jeon."

•••••

dbukkk!

"Makcik, bagilah saya sekali lagi peluang. S— saya janji saya akan lunaskan sewa rumah ini hujung bulan ini!"kaki seorang wanita tua aku peluk erat. Merayu dan menangis.

Itu sahaja yang aku mampu lakukan.

"Puih! Kau fikir aku akan percayakan kau? Sudah berambus daripada sini! Pergi! Rumah ini akan aku jual! Pergi sekarang juga!"beg pakaian aku dicampakkan betul- betul di hadapan aku.

Aku mencapai beg tersebut lantas berjalan pergi daripada situ. Aku tak tahu ke mana lagi yang harus aku tuju. Tak mungkin aku nak tinggal di kafeteria, pasti majikanku tidak akan membenarkan aku berada di situ.

pon pon!

Sebuah kereta berjenama yang tidak aku tahu namanya berhenti di hadapan aku. Yang pasti, kereta ini pasti mewah dan mencecah ratusan ribu.

"Cik, cik ini Hwang Raon kan?"namaku disebut oleh seorang lelaki yang baru sahaja keluar daripada perut kereta itu. Aku memandangnya daripada atas ke bawah.

"Ya saya, ada apa encik?"

"Ikut saya, majikan saya ingin berjumpa dengan cik. Ada sesuatu yang perlu dia bincangkan dengan cik."

"Saya kenal dia ke?"dahiku mula berkerut.

"Ya, cik kenal dia."

Bodoh, malam itu sekali lagi aku diperbodohkan.

-Gangleader『J.J.K』Where stories live. Discover now