『15』

4.1K 394 104
                                    

Jungkook melangkah perlahan- lahan untuk menuju ke bilik Raon sambil menatang dulang yang berisikan makanan buat wanita itu. Dia tidak mahu kehadirannya di dapur pada waktu malam itu mengejutkan penghuni yang lain.

"Apa yang kamu buat?"teguran seseorang menyentakkan perlakuan Jungkook yang tidak ubah seperti pencuri yang mahu menyeludup masuk ke dalam rumah.

Jungkook terkebil- kebil memandang Encik Hwang yang berada di hadapannya dengan wajah bengis. Entah kenapa, Jungkook seorang yang kejam di dunia kejahatan berasa...

takut melihat wajah garang seorang ayah.

"S– saya nak bawa makanan untuk Raon. D– Dia kena berehat dan m– makan."tergagap- gagap Jungkook berkata- kata.

Encik Hwang merenung Jungkook daripada atas hingga bawah. Wajah menantu barunya kelihatan hampir sama dengan bekas menanntunya.

"Hm, pergilah."

Sebaik sahaja mendengarkan keizinan Encik Hwang, Jungkook apa lagi? Langkah seribu dibuka untuk meninggalkan kawasan itu dek gementar.

•••••

"Dah siap. Kau berehatlah."ujar Jungkook sambil meletakkan kembali mangkuk nasi ke atas dulang. Raon hanya memandang dia daripada sisi.

Ya dia akui, Jungkook kacak tetapi ia tidak mampu untuk menjamin bahawa Jungkook seorang yang baik.

Jungkook mengeluarkan telefon pintarnya lantas hidung mancungnya digesekkan di atas perut Raon. Belum sempat Raon bersuara dek rasa tidak selesa, Jungkook mencium perutnya yang masih lagi berlapik dengan baju.

"Justin, doakan papa ya? Papa nak pergi battle dengan Uncle Jimin. Bye sayang, doakan papa ya?"ujar Jungkook lantas dia merebahkan badannya di sebelah Raon dan permainan di atas talian yang popular iaitu, PUBG dibuka. Targetnya hanya satu, selamat membawa pulang seekor ayam!

Raon ketawa. Ada- ada je Jungkook ni.

"Justin?"

"Ya, Justin sebab aku Jaykook. The sexiest man in the world."

"Oh nak nama ala barat."Raon menggangguk faham.

"Habis nama english saya apa?"

Jungkook tersenyum sinis tetapi pandangannya masih lagi melekat pada telefon pintarnya.

"Mia Khalifa."

"Oh cantik nama itu—"kata- kata Raon terhenti apabila menyedari akan sesuatu.

"JUNGKOOK! KENAPA BAGI NAMA PORNSTAR DEKAT SAYA?!"

•••••

Kim Taehyung meregangkan urat saraf badannya sebelum kepalanya dilentokkan kembali kepada kerusi. Sudah lama dia tidak mendengarkan khabar daripada musuhnya,

Jeon Jungkook.

"Jisung, sudah lama aku tak dengar khabar Jungkook si bangsat itu dalam dunia 'gelap'. Kau ada info baru pasal dia tak?"ujarnya kepada orang kanannya yang dipercayai, Yong Jisung.

Jisung menggangguk perlahan.

"Ya saya ada. Sekarang ini Jeon Jungkook tidak berada di Seoul tetapi di Busan untuk melaksanakan majlis perkahwinannya. Saya dengar, dia sudah lama tidak melibatkan diri dengan dunia 'gelap' kerana syarikatnya disyaki terlibat dengan kes pembunuhan. Mungkin ini strategi mereka untuk mengelakkan diri daripada kegiatan mereka dapat dihidu oleh polis."ujarnya dengan panjang lebar.

Taehyung tersentak. Rambutnya yang diwarnakan dengan warna blonde dikuak ke belakang. Busan. Busan mengingatkan dia kepada seseorang.

"Perkahwinan?"

"Interesting. Aku yakin kita akan dijemput ke sana."dia mengukirkan senyuman sinis.

Dendamnya kepada Jungkook tidak akan pernah padam hatta lelaki itu hilang dari muka bumi ini.

-Gangleader『J.J.K』Where stories live. Discover now