Jemput baca FF baru aye tittle Lil' Touch K.T.H
•••••
"Macam mana weh? Aku bukannya apa, risau jugak bila dah keluar gossip macam itu, Kook."Jimin berkata- kata sambil memeluk tubuhnya. Kemudian, dia bergerak ke arah sofa lantas menghenyakkan punggung beserta keluhan.
Rahang Jungkook bergerak- gerak. Ya, kedudukannya mungkin akan terjejas dengan gossip yang tak masuk akal ini. Kenapalah perlu ada wartawan ketika dia menyamar pada malam itu?
"Aku tak tahu, Jimin. Kalau aku biarkan Raon pergi, mungkin dia akan jadi sasaran musuh kita. Tapi kalau aku jaga dia..."
"...musuh ada 'tebusan' untuk ugut kau?"teka Jimin. Sememangnya, dia mengetahui bahawa Jungkook tidak mempunyai teman wanita ataupun keluarga di bandar Seoul ini.
Alasan dia? Dia tak mahu keselamatan orang yang dia sayang terjejas. Malahan, lelaki itu bukannya seorang kaki perempuan, berfoya- foya ataupun bersikap idiot.
"Ya, Jimin. Raon bukan sesiapa untuk aku. Kita orang cuma terlanjur disebabkan kau!"perli Jungkook sedas membuatkan Jimin tersengih- sengih.
"Sorry."Jimin membuat muka comel.
"Tapi kiranya itu first time kau dengan perempuan... ehemlah ya?"Jimin tersenyum nakal.
Muka menyampah ditayangkan oleh Jungkook. Ada member otak rainbow bawa bala sungguh!
"Aku peninglah Jimin, mesti ada syak wasangka di kalangan orang ramai nanti. Macam mana kalau sebenarnya aku tak ada wife dan pihak polis mula curiga dengan aku?"
"Simple, kahwin dengan Raon."
"Nonsense."
"Nonsense? Okey, kita tengok apa jadi kalau kau tak kahwin dengan Raon. Syarikat dan kumpulan mafia..."gertak Jimin membuatkan Jungkook mengusutkan rambutnya.
"Aku pening lagi... Jimin, please?"
"Okay."Jimin mengangkat bahu lantas berlalu pergi meninggalkan Jungkook seorang diri.
•••••
"Errr awak, tempat apa ni?"Raon berpusing ke kiri dan ke kanan apabila melihat persekitaran apartment mewah sambil menarik bagasi berodanya mengikuti Jungkook.
"Apartment aku. Masuk."Jungkook membukakan luas pintu untuk Raon lantas bagasi milik wanita itu dirampas daripada tangannya.
Gerun dengan pandangan Jungkook punya pasal, terus sahaja Raon memasuki ruang apartment yang mewah itu. Lengkap dengan set perabot dan TV plasma 42 inci.
Tidak cukup dengan itu, komputer riba yang terletak kemas di atas meja bulatan yang berkaca serta dihiasi dengan berlian dipandang.
Berjenama Sony VAIO dan berwarna biru muda. Cantik! Buat seketika Raon tertelan air liur melihat kemewahan yang Jungkook miliki.
"Raon, sini."sayup- sayup kedengaran namanya dipanggil oleh Jungkook lantas wanita itu mengorak langkah ke dalam sebuah bilik.
Ternganga luas mulut Raon melihat bilik tidur di dalam apartment itu. Dilengkapi dengan perabot moden bercita rasa tinggi malah turut disediakan set permainan kawalan jauh yang terkenal; PS4.
"Wah."dalam diam, Jungkook menguntumkan senyuman kecil.
Haih, jakun betul nampak perempuan ni bila masuk apartment aku, desis Jungkook.
"Mulai hari ini, kau tinggal kat sini buat sementara. Lagipun, ada banyak perkara yang belum selesai."
"Awak?"
Kening Jungkook terangkat. "Kenapa? Nak aku tidur sekali kat sini?"dia mengukirkan senyuman sinis.
"B— bukan maksud saya..."
Jungkook menghempaskan badannya ke atas katil.
"Nak sambung scene semalam ke?"
Raon tertunduk malu. Bukannya malu dengan Jungkook, malu untuk berhadapan dengan orang lain jika mereka mendapati bahawa Raon seorang yang menjijikkan.
"Okay, so aku rasa dah tak ada apa- apa lagi untuk dibualkan. Nanti aku akan suruh Violet datang untuk temankan kau. In which, dia akan tinggal dengan kau."Jungkook melangkah laju keluar daripada bilik apabila merasakan kata- katanya tadi agak melampau.
"Em, thanks."
"Welcome tetapi ada bayarannya."kata- kata itu hanya mampu bersarang di dalam hatinya.
YOU ARE READING
-Gangleader『J.J.K』
FanficDia lelaki yang hebat. Berani. Pandai. Punyai segalanya. Tetapi dia juga makhluk yang ada kelemahannya. "Kau, jangan lari lagi. Aku takut. Aku takut akan kehilangan kau lagi."- JEON JUNGKOOK ©BAEJIHEE STORYLINE ©fererorraraa ARTWORK 2018 WORK start:...