『11』

4.7K 463 54
                                    

PREORDER NOVEL BIPOLAR PLAYBOY ADA PROMOTION SEHINGGA 4.12! CEPAT PM 01140254770 KALAU BERMINAT NAK TAHU!

••••••

Ringtone telefon milik Jungkook berdering lima minit sekali tidak diendahkan. Lelaki itu lebih selesa diulit mimpi di atas katil mewah.

Knock knock knock!

"Tuan Muda Jeon!"sembilan orang lelaki yang lengkap bersenjata dan memakai suit yang segak berdiri menghadap Jungkook yang masih lagi tidur terlentang di atas katil.

"Emmm, apa bising- bising ni? Keluarlah. Kau orang tak nampak ke aku tengah tidur?"Jungkook mencebik sambil mengangkat sedikit kepalanya dan matanya masih lagi tertutup sebelum menyembamkan kembali wajahnya ke atas bantal.

"Maaf Tuan Muda Jeon kerana menganggu tidur Tuan Muda pada pagi ini, tetapi markas Tuan Muda telah dipecah masuk dan Tuan Park telah ditembak dan dimasukkan ke dalam hospital."sebaik sahaja mendengar penjelasan pekerjanya, mata kuyu milik Jungkook menjadi segar bugar dan dia menghentak kuat meja yang bersebelahan katilnya.

"SYAITAN ITU! APA MASALAH DIA SIALL! BABI! ANJING PUNYA JANTAN!"dadanya mula berombak menahan geram.

Nampaknya, musuhnya telah melancarkan serangan dan Jimin tercedera. Dia tidak akan berdiam diri lagi.

•••••

"Best game ever! Hahaha!"tidak lepas seorang lelaki ketawa bagaikan orang gila apabila melihat rakaman CCTV yang dicuri daripada markas Jungkook. Rakaman yang memaparkan kelibat Jimin ditembak di kaki membuatkan hatinya berbunga- bunga.

Bagaikan memenangi loteri, lelaki itu mula berdansa keriangan.

"Satu dah kena, dua belum. Hahaha! Kau tunggu Jungkook! Kau fikir aku teruk, tapi kau lagi teruk hahaha!"botol arak dibaling tepat ke arah frame gambar dirinya dan Jungkook yang sedang tersenyum gembira.

Deraian kaca yang pecah, begitu juga dengan hati lelaki itu. Hatinya retak dan hancur melihat wajah gembira Jungkook. Lelaki itu tidak layak untuk mengecapi bahagia!

Dasar lelaki jahanam.

•••••

"Bfruhhh."untuk kali ke lima dalam sehari, Raon tidak lepas memuntahkan isi perut yang bergelodak sejak dari semalam. Violet yang setia mengikutinya daripada belakang turut risau. Sesekali dia mengurut belakang Raon untuk memudahkan wanita itu memuntahkan isi perutnya.

"Kau okay tak? Nak pergi klinik? Muka kau pucat! Kenapa aku rasa nak mencarut tengok kau? Teruknya keadaan kau!"

"Tak apa, its okay."Raon mengelap mulutnya dengan kain lap yang tersedia di dalam bilik itu. Setahu dirinya, dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik ataupun sebarang alahan.

"Kita pergi klinik. Tak kira jugak! Tak kira!"

"Okay fine, aku ke klinik. Aku, bukan kita. Aku tak nak kau ikut. Boleh?"

"T— tapi"

"Kalau tak aku tak nak pergi."

Violet menjulingkan matanya. Menyampah barangkali dengan sikap degil Raon.

"Fine, you better pergi eh? Kalau tak, aku bagitahu dekat Tuan Muda nanti!"

•••••

"Setelah melakukan ujian air kencing dan berdasarkan pemerhatian..."doktor yang bertugas itu menghulurkan tangannya membuatkan Raon terpinga- pinga.

"Tahniah, Puan mengandung."Raon mengetap bibir tetapi dipaksakan juga untuk tersenyum lantas menyambut huluran doktor tersebut.

Dia melangkah longlai ke arah pintu. Tidak sangka, dia mengandungkan anak seorang lelaki yang dia tidak pernah kenal. Dia mengandungkan anak Jeon Jungkook!

Esak tangisnya kedengaran. Dia tidak mahu menyimpan anak ini.

•••••

"APA?! LARI?!"sekali lagi Jungkook diserang amukan. Kali ini kerana Raon.

"Y— ya tuan. Saya tengah on the way nak ambil dia di klinik. Tapi bila saya tanya di kaunter, mereka cakap Cik Muda dah balik. Tapi bila saya balik, semuanya dah tak ada. Pakaian dia pun dah tak ada."

"K— klinik?"

"Cik Muda sakit. Dah dua hari dia asyik muntah- muntah."

"Kau pergi balik dulu ke apartment tu. Tunggu apa- apa berita."Jungkook menyarungkan jaket kulit berwarna hitam pada badannya. Violet menggangguk lantas berlari mencapai kunci kereta dan terus sahaja keluar daripada banglo mewah itu.

"Kau, kau dan kau! Ikut aku! Lengkap bersenjata!"Jungkook menyembunyikan sepucuk pistol dan diselitkan di dalam jaketnya.

Raon ni memang cari pasal betul. Dahlah kes Jimin kena serang tak habis lagi. Tapi,

sedikit sebanyak... hati Jeon Jungkook terluka. Kenapa Raon mahu melarikan diri? Apa salah dirinya?

-Gangleader『J.J.K』Where stories live. Discover now