『9』

5K 458 19
                                    

Tuala yang dililitkan pada badannya, Raon perketatkan lilitannya. Risau terlucut. Kemudian, dia menapak ke arah almari dan sehelai blouse kembang berwarna biru dan skirt paras lutut menjadi pilihannya pada hari itu.

Buat seketika dia terfikir sewaktu membutangkan blousenya di bahagian tengkuk. Jungkook marah ke tak ni kalau dia keluar?

Dia melepaskan ikatan rambutnya. Dia bercadang ingin pergi ke kafeteria untuk melakukan rutin hariannya. Tetapi bayangan Jungkook terus menghantuinya.

Agak- agak lelaki itu marah tak dia nak keluar? Bibirnya dioleskan dengan calitan lipstick dan sedikit solekan yang menyerikan wajahnya. Its simple but beautiful.

Tas tangan dicapai sebelum menapak keluar, Raon sempat mencoretkan ucapan dan pesanan buat Violet, pembantu Jungkook.

Dia tersenyum kecil mengingati bagaimana gelabahnya Violet sewaktu tiba di apartment mewah ini semalam.

"S— saya minta maaf cik sebab terkasar panggil cik dengan nama cik tanpa panggilan. T— tolong jangan bagitahu Tuan Muda Jeon. Saya janji takkan ulangi perangai bangang abadi saya ni! Babaplah bontot saya kalau cik nak janji jangan report dekat Tuan Muda Jeon! Dia akan bunuh saya kalau dia tahu saya panggil cik dengan nama cik! "Violet memegang tangan Raon, dia hampir sahaja ingin melutut di hadapan wanita itu tetapi Raon lebih pantas menahan dirinya.

"Jangan risaulah, buat apa saya nak bagitahu dia? Kita jadi kawan okay? Panggil je Raon. Nak bahasakan diri 'aku' dan 'kau' pun boleh. Boleh kan?"Raon tersenyum sambil menepuk bahu Violet. Perlahan- lahan Violet tersenyum.

Nampaknya, Violet ini seorang yang peramah. Baik dan amatlah jujur serta comel!

"B— betul ni?"

"Ya. Dah, pergilah tidur. Kau mesti penat bukan?"Raon mengenyitkan mata.

"Tidur dengan kau? Okay, set nak tukar mood lesbian."giliran Violet pula mengusik.

"Mengada kau! Sana tidur!"

Tuan Muda Jeon. Bunyinya agak comel. Raon menampalkan sticky notes pada pintu bilik Violet.

Selamat pagi Violet yang comel!

Jangan risaukan aku, aku nak pergi kerja sekejap. Sarapan aku dah sediakan, makanlah.

xoxo, Hwang Raon. ;)
P/s: nama keluarga kita samalah hehe! Hwang Violet dan Hwang Raon.

•••••

"BODOH!"pipi Violet ditampar kuat oleh Jungkook.

Violet menundukkan wajahnya. Pipinya yang terasa perit dipegang. Sungguh, dia tidak berani untuk bertatapan dengan wajah bengis Jungkook. Ya, dia yang bersalah. Sepatutnya dia menghalang Raon.

"M— maafkan saya, Tuan Muda Jeon. S— saya tak tahu Cik Muda Raon akan keluar hari ini."tersekat- sekat Violet berkata- kata kerana ingin menangis. Dia sudah lama bekerja dengan Jungkook tetapi baru pada hari ini,

Jungkook naik hantu dan menampar wajahnya.

"FUCK OFF! Kalau maaf kau tu boleh undurkan masa aku terima! Tapi tak!!!"tengking Jungkook lagi lantas mencapai kunci keretanya. Seluruh pembantunya memandang ke arahnya dengan wajah terpinga- pinga termasuk Violet.

"Aku nak pergi cari Raon, jangan sesiapa berani ikut aku."

"Violet!"

"Calar sikit je badan Raon, kau memang aku siat- siat kulit hidup- hidup!"

Bbbammm! Pintu dihempas kuat oleh Jungkook.

Violet jatuh terduduk di atas lantai. Ya, sememangnya dia tahu siapa Jungkook. Ahli mafia bertopengkan wajah ahli korporat.

"Tsk, tsk."esak tangisnya mula kedengaran. Mereka yang berada di situ hanya mampu memandang kasihan terhadap Violet.

Secara tiba- tiba, bahunya ditepuk perlahan daripada belakang. Perlahan- lahan Violet berpusing sambil mengelap air matanya yang bercucuran jatuh di pipi.

"T— tuan Muda Park."Jimin tersenyum hingga menampakkan eye smilesnya.

"Bangun cepat, kalau nak menangis pun. Tak bagus duduk di sini, orang tengok. Jangan risau, Jungkook takkan buat macam tu. Saya kawan dia dan saya kenal dia."Jimin tersenyum pahit. Belakang Violet diusap perlahan.

Jungkook? Tak akan buat macam dia kata? Dusta semata— mata. Buktinya, dia sendiri sedang bermusuhan dengan hyungnya gara- gara tender yang diberikan kepada kumpulannya jatuh kepada orang lain beberapa tahun lepas.

Dan sehingga kini, mereka masih lagi tidak bersua muka dan berperang sesama sendiri.

Violet menundukkan wajahnya. Malu.

•••••

"Okaylah, aku balik dulu."Raon melambaikan tangannya ke arah kawan- kawan sekerjanya yang masih lagi sedang mengemaskan barang- barang kafeteria.

Sedang dia berjalan mencari teksi, tiba- tiba sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya.

"A— awak"tersembul wajah bengis Jungkook dari perut kereta. Lelaki itu menapak laju ke arah Raon lantas direntap kasar lengan Raon sehingga lengan blouse Raon terkoyak sedikit.

"S... sakit!"Raon cuba melepaskan lengannya yang terasa perit namun Jungkook masih lagi memandang tajam ke arahnya. Badan Raon ditolak sehingga ke dinding lantas Jungkook mencengkam pergelangan tangan Raon.

"Kau nak larikan diri daripada aku ke betina sial?"Raon yang diselubungi perasaan takut mula menangis. Dia teringat kepada malam yang meragut maruahnya.

Adakah lelaki ini cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya lagi?

"T— tolong lepaskan tangan saya. S... saya takut. S— saya, argh!"Raon menjerit apabila Jungkook menampar pipinya.

"Kau tahu tak diri kau dalam bahaya sekarang?! Kau ada otak ke tak?! Kau ni memang menjengkelkan! Bodoh!"Jungkook mendekatkan wajahnya dengan Raon.

"Tolong jangan dekat dengan saya! Saya merayu— Jungkook."cengkaman pada lengan Jungkook mulai longgar. Jungkook menjadi cuak dan panik apabila melihatkan urat- urat mula timbul pada dahi Raon.

"Hey, hey!"pipi Raon ditepuk beberapa kali tetapi wanita itu tidak memberikan sebarang respon. Raon pengsan.

Esak tangis daripada Jungkook mula kelihatan. "Kenapa kau muncul dalam hidup dan menyusahkan aku?"

-Gangleader『J.J.K』Where stories live. Discover now