Sedikit cringe ya chapter kali ni wkwkwkw. Btw jemput usha new ff kita yang lain!
•••••
"Ada jumpa dia?"tanya Jungkook menerusi walkie talkie yang dibawanya. Lebih mudah menggunakan walkie talkie, dia tidak akan dijejaki jika menggunakan fon telefon tanpa wayar.
"Tak ada Tuan Muda."serentak pekerjanya menjawab. Hampir 3 jam mereka berpecah di kawasan bandar untuk mencari Raon tetap sahaja dia tidak menjumpai wanita itu.
Keluhan kecil dilepaskan lagi oleh Jungkook lantas lelaki itu bercakap lagi menerusi walkie talkienya.
"Okay, tak apa. Teruskan mencari lagi, tak kira macam mana pun kita kena jumpa juga dia sebelum pagi esok!"
Sebaik sahaja dia menghabiskan katanya, Jungkook melemparkan walkie talkienya ke kerusi penumpang sebelah. Stereng kereta dihentak berapa kali.
"Sial! Sial! Kau ke mana Hwang Raon?! Sial!"
Jungkook menarik nafas lantas memusingkan sterengnya ke kanan untuk memasuki persimpangan jalan raya.
Sedang dia memandu, dia ternampak kelibat seorang wanita yang memang sedang dia mencari. Terus sahaja pedal brek ditarik secara mengejut menyebabkan beberapa buah kereta membunyikan hon mereka.
Terlakar senyuman gembira di bibir Jungkook tetapi senyuman tersebut kembali pudar apabila dia terdengar satu suara daripada walkie talkienya.
"Tuan Muda, saya baru sahaja memeriksa klinik yang Cik Muda pergi. Mereka mengatakan bahawa Cik Muda datang untuk melakukan pemeriksaan kehamilan dan keputusannya positif. Dia sedang mengandung. Bil- bil juga telah dia lunaskan sendiri menggunakan nama dia. Itu sahaja yang saya dapat tahu."
•••••
"I— itu kereta Jungkook."wajah Raon yang sedia pucat lesi itu semakin bertambah kepucatannya apabila ternampak wajah Jungkook dari dalam kereta. Segera Raon menarik bagasinya dengan lebih laju namun tidak sempat apabila Jungkook lebih laju memberhentikan kereta di hadapannya.
"We need to talk, Raon!"Jungkook menghempaskan pintu keretanya lantas cuba menggapai tangan Raon.
"Tak! Kita tak ada apapun untuk dicakapkan! It's over!"Raon memusingkan badannya membelakangi Jungkook dan cepat- cepat mahu pergi dari situ.
Bbukkk. Jungkook memeluk Raon daripada belakang.
"Let me go! Bullshit! Lepaskan aku! Jantan, lepaslah sial!"Raon mula meronta- ronta bagaikan hilang akal. Dia tidak kisah, asalkan dia terlepas daripada Jungkook.
"BERHENTI JADI BODOH! KENAPA KAU NAK LARI DARIPADA AKU?! DENGAR CAKAP AKU DULU!"
"TAK DAN TAKKANLAH SIAL! LEPASKAN AKU! ANJINGGGG!"Raon mula menangis teresak- esak.
Jungkook mengeluh lantas memusingkan badan Raon agar menghadap dirinya. Kedua dua belah tangan Raon dicengkam kuat agar wanita itu berhenti daripada meronta- ronta.
"Kau gila? Kau tahu tak bahaya untuk kau keluar?! Kenapa kau nak lari daripada aku?! Dengan lari, kau dapat jalan penyelesaiannya ke?!"
Raon tertunduk dan melepaskan tangisannya lagi. Dia cuba melepaskan tangannya tetapi Jungkook terlalu kuat mencengkamnya.
"S— saya"
"Sudah mengandungkan anak aku, suka hati je kan kau nak larikan diri kau daripada aku? Nice game, Raon."Jungkook tersenyum tawar. Dia cuba menyentuh wajah Raon tetapi wanita itu cepat- cepat memalingkan wajahnya.
"Dah tahu? Lepaskan saya. Ni anak saya, bukannya anak awak. Lepaskan saya!!!"jerit Raon lagi. Ingin sahaja dia menampar wajah Jungkook.
"Dia anak aku! Aku tahu, dia memang anak aku! Apa?! Dengan lari kau dapat besarkan dia?! Dia perlukan bapa dan aku ayah dia!"tengking Jungkook. Rahangnya bergerak- gerak, cuba menahan rasa marahnya.
"Dia anak luar nikah! Itu fakta! Awak bukan ayah dia! Jangan cuba nak tengking saya! Saya tahu apa yang saya buat! Let me go!!"
"Kaulah wanita yang paling bodoh aku pernah jumpa! Anak luar nikah? Dia anak aku sial! Anak aku! Kenapa kau nak bawa dia lari daripada aku?! Kenapa kau rahsiakannya daripada aku?! Kenapa?! Kenapa?!"Jungkook melepaskan cengkaman pada lengan Raon.
Raon terduduk di atas jalan. Perutnya dipegang.
"Dia anak luar nikah, ianya perkara yang memalukan walaupun awak mengaku yang dia anak awak."
"Awak takkan kena tempias. Saya yang kena. Kita berbeza. Awak lelaki dan saya perempuan."melihatkan wajah Raon, hati Jungkook seakan- akan terpukul dengan kenyataan itu.
"Yang kena caci maki, saya. Sebab apa? Saya telah mengandungkan anak luar nikah. Anak haram. Kalau mak ayah saya tahu macam mana? Kalau diorang tak dapat terima kenyataan macam mana?"
Perlahan- lahan Jungkook duduk mencangkung berhadapan dengan Raon.
"Aku takut kau lari. Aku tak tahu kenapa tapi aku bukannya lelaki yang tak bertanggungjawab. Aku dah fikir masak- masak untuk memperisterikan kau. Mungkin sekelumit cinta pun kita tak ada tapi ini untuk kebaikkan bayi itu. Dia perlukan nama keluarga Jeon. Bukannya Hwang. Fikir, Raon. Fikir."
"Aku cuma harap, kau takkan lari lagi daripada aku. Kita kahwin secepatnya. Aku harap kau pun faham keadaan aku. Banyak perkara lagi kau tak tahu pasal aku."
YOU ARE READING
-Gangleader『J.J.K』
FanfictionDia lelaki yang hebat. Berani. Pandai. Punyai segalanya. Tetapi dia juga makhluk yang ada kelemahannya. "Kau, jangan lari lagi. Aku takut. Aku takut akan kehilangan kau lagi."- JEON JUNGKOOK ©BAEJIHEE STORYLINE ©fererorraraa ARTWORK 2018 WORK start:...