part 10

849 48 0
                                    


Ttok! ttok! ttok!

"Isya!? bangun syg! dah lewat dah ni!"

"......."

"Isya?? bangunn" kejut mama isya sambil mengetuk pintu dengan kuat.. Tapi isya tidak menyahut.. Mamanya membuka pintu bilik isya yang tak berkunci dan mamanya nampak isya sedang tertidur pulas di dalam selimut..

"Isya bangun sayang.. Sekolah" mamanya mengusap kepala isya pelan dan dapat dia rasa yang badan isya panas.. Mama isya menyentuh dahi isya..

"Panasnya.. Isya demam ni.. Harini tak payah pergi sekolah la ye" mama isya mencium dahi isya sekilas dan turun untuk mengambil tuala dan air suam untuk diletakkn di atas dahi isya..

Selepas mamanya meletakkan tuala tersebut di atas dahi isya, dia bersiap siap untuk ke pejabat.. Sebelum tu mama isya sempat menelefon ibu nana memeberitahu yang isya sakit supaya nana dapat menjenguk isya di rumah keseorangan..

Mesti korang tertanya kan kenapa papa isya tak pernah muncul.. Sebab, papa isya dah tak de.. Papa isya meninggal akibat kemalangan.. Papanya cuba untuk selamatkan seorang remaja yang hampir dilanggar oleh sebuah kereta dan akhirnya budak itu selamat tetapi papanya tidak dapat diselamatkan..

📍📍📍📍📍📍📍📍📍

"Isya demam.." Jiha menyentuh dahi isya.. Dia dapat rasakan yang ianya panas.. Jiha meletakkan tangannya di atas dahi isya lalu dia pun menyanyi.. Beberapa saat kemudia, tangan jiha bercahaya.. Selepas beberapa minit jiha menyanyi, dia mengangkat tangannya dari dahi isya.. Dia menyentuh dahi isya semula dan suhu badan isya kembali normal.. Jiha mengejut isya bangun untuk mandi dan sarapan..

"Isya, bangunlah.. Sarapan"

"Eunghhh~ ha?" tnya isya dalam keadaan mamai

"Bangun, jomlah sarapan.. Pergi mandi"

"Eh sekolah la.. Mna sempat isya nak sarapan dengan jiha.. Kalau hujung minggu takpela"

Jiha hanya tersenyum dan dia menunjukkan jarinya ke arah jam di didinding bilik isya.. Isya terkejut yang jam sudah menunjukkan pukul 9:00 pagi..

"kenapa mama tak kejut isya!!?????"

"Tadi isya demam.."

"Ha?"

"Tadi isya demam.."

"bila masa pulak saya demam.. Kan saya elok ni ha"

"betul, tadi isya demam.."

"Apa jiha merepek ni? dah la.. Isya nak pergi mandi.."

"Isya"

"Hm?"

"Nanti nana datang rumah.. Datang jenguk isya.. Mama mungkin balik lambat sikit.. Jadi nana kena jaga isya sementara waktu"

"Buat apa nak jaga isya? isya bukannya sakit.. Ish pelik2 diorang ni" kata isya lalu dia masuk ke dalam tandas.. Jiha hanya menghela nafasnya dan mula mengemas bilik isya..

📍📍📍📍📍📍📍📍

Ttok! ttok! ttok!

Isya dan jiha yang sedang menonton televisyen itu tersentak terkejut kerana tiba2 ada seseorang mengetuk pintu.. Jiha tau bahawa yang datang tu nana..

isya bangun dari duduknya dan pergi membuka pintu..

"ouh nana.. Masuklaa"

Nana hanya dia dan masuk ke dalam..

"Jiha ada dekat sini ke?"

"Ha?.. aa.. Haah.. Jiha ade teman aku tengok tv"

"Ouhh"
"Kau macam mana isya? dah ok?"

"Aa.. aku ok ja.. "

"Badan kau panas lagi?"

"Sejak bila pulak badan aku panas niiii"

"Aik.. Mama kau kata kau demam.. Mama kau tak dapat balik awal harini sbb kene jumpa client.. so mama kau mintak tolong aku tengok tengokkan kau.. Tu yang aku datang ni.."

"Bila masa pulak aku demam niiii.. Aku sehat je laaaa.. Kau dengan jiha sama je.. Dua2 kata aku demam.. entah2 korang yang demam"

"Aik.. Pelik.." Kata nana perlahan dan semestinya isya tak dengar..









To be continue..

bunianku..Cintaku..Where stories live. Discover now