"Ala...Dah lambat ni!Nanti ayah marah!bebel Lana sambil berlari ke pintu masuk utama Anthem Holdings.
Ketika kalut membetulkan tudungnya sambil berjalan cepat ke arah syarikat ayahnya itu,Lana terbelaga bahu seorang lelaki lalu Lana terus terjatuh.
"Adoi!"jerit Lana.
"Cik tak apa-apa?"soal lelaki itu sambil menghulurkan tangan.
"Saya tak apa-apa.Saya dah lambat ni.Maaf ya."balas Lana sambil bangun tanpa menyahut tangan lelaki itu.
Lana terus berlari masuk ke dalam syarikat.Lana tidak perasan bahawa dia terjatuhkan telefonnya.Lelaki itu mengutip telefon Lana yang terjatuh di lantai.
###
"Abah!"jerit Lana sambil menerjah bilik mesyuarat.
Lana tergamam kerana banyak mata yang memandangnya dengan pelik.
"Lana,mai duduk sini."perintah haji Rosdi dengan muka marahnya.
Lana terus berlari dan duduk di kerusi sebelah ayahnya dan fokus kepada mesyuarat.
Selepas mesyuarat,Lana dipanggil masuk ke office ayahnya.
"Kenapa lambat?Kalau lambat 5 minit tak apa,ni lambat sampai 15 minit!"tengking Haji Rosdi.
"Sorry la..,ayah.Lana lupa nak set jam.Lagipon tadi ada laki mana entah terlanggar bahu Lana sampai Lana terjatuh."jelas Lana.
"Dah!Ayah tak nak dengar lepasni Lana masuk office lewat lagi!Faham?!"tengking Haji Rosdi lagi.
Selepas itu,Lana keluar dari office ayahnya dan kembali ke mejanya.Lana teringat bahawa kawannya,Aina ada menghantar mesej kepadanya.Lana terus menyelongkar beg sandangnya untuk mencari telefonnya tetapi malangnya telefonnya tidak dijumpai.
"Mana beg aku ni?Aku tertinggal kat rumah ka?"bebel Lana sendiri.
Seketika kemudian Lana teringatkan kejadian pagi ini yang menyebabkan dia terjatuh.Dia fikir mungkin telefonnya terjatuh semasa kejadian itu.
"Aduh...Apa aku nak buat ni?!"keluh Lana sambil memegang kepalanya.
###
"Assalamualaikum"Afgan memberi salam sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Waalaikumusalam"jawab Tgku Hasbullah dan Tgku Huzaida serentak.
"Amboi...Sweetnya ummi ngan walid ni.Jawab salam serentak~"usik Afgan.
"Aihh?Tak dan apa-apa lagi dah usik umi ngan walid?"balas Tgku Huzaida.
"Alaa...Bukan selalu usik walid ngan ummi..."ujar Afgan.
"Ni dok usik walid ngan ummi ni dah solat Zuhur ka belum?"tanya Tgku Hasbullah.
"Aaaa..Belum."balas Afgan.
"Lepastu tunggu apa lagi?"ujar Tgku Hasbullah.
Tanpa membalas pertanyaan walidnya,Afgan terus berlari ke biliknya.Walid dan umminya hanya tersenyum melihat perangai anak tunggal mereka itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Penyatuan Cinta
RomanceMengisahkan tentang Nur Amira Elana binti Haji Rosdi yang terpisah dengan kekasih hatinya iaitu Tgku Afgan bin Tgku Hasbullah.Selepas berpisah selama 10 tahun,dapatkah Lana mencapai impiannya untuk berkahwin dengan Tgku Afgan. Tolong vote and follow...