Keluarga Lana dan keluarga Afgan makan malam bersama-sama.
"Pejam celik-pejam celik dah tinggal lagi seminggu ja Lana ngan Afgan nak kahwin."ujar Hj Rosdi.
"Haah la,Di.Dapat jugak kita tengok perkahwinan anak kita."sokong Tgku Hasbullah.
"Ha,Afgan.Kamu dah bawak Lana pergi beli baju kahwin ka belum?"soal Tgku Huzaida.
"Kohok-kohok!Aaaaa...belum."jawab Lana dan Afgan serentak.
"Tengok tu cakap pon serentak.Habistu bila nak pergi?"soal Puan Ziana pula.
"Ingat nak pergi esok."balas Afgan.
"Ha,oklah tu..."balas Tgku Hasbullah.
###
Keesokannya....
Lana dan Afgan memasuki Butik Pengantin Asra.Lana dan Afgan mencuba baju yang telah dipilih.Afgan sudah siap menyalin baju dan menunggu untuk melihat Lana.Apabila Lana menyelak langsir....
"Mashallah!Bakal bini sapa ni?Lawa gila!"ujar Afgan sambil tidak melepaskan pandangan dari Lana.
"Ai!Apa usha-usha?Nak kena korek mata tu?"soal Lana.
"Ai!Haritu panggil abang.Ni tiba-tiba tukar pulak?"usik Afgan.
Muka Lana menjadi kemerahan dan dia tertunduk malu.
"Ala..biarlah.Nanti sayang nak kahwin dengan abang jugak."usik Afgan lagi.
Pekerja butik itu hanya tersenyum melihat adegan romantik mereka.
###
Selepas membeli baju kahwin mereka bertolak ke pusat beli-belah untuk mencari cincin kahwin.Semasa berjalan-jalan mencari kedai cincin mereka terserempak dengan kawan Afgan,Zarol.
"Woi!Zarol!Wei,Afgan!"tegur mereka serentak.
"Kau buat apa kat sini?"soal Afgan.
"Aku..."Zarol ternampak Lana dan terus menarik lengan Afgan lalu berjalan jauh sedikit dari Lana dan Qaisara.
"Wei,ni bukan perempuan yang serang kau masa kat kedai aiskrim tu ka?Kenapa dia ada ngan kau?Dia ada suruh kau buat apa-apa ka?"soal Zarol panjang lebar.
"Ishh,tak lah.Dia tu sebenarnya tunang aku.Kami ni kawan dari kecil."balas Afgan.
"Ooo..."ujar Zarol.
"Dah jom satgi tunang aku marah."ajak Afgan.
Lalu mereka berjalan semula ke arah Lana dan Qaisara.
"Sayang,ni kawan abang,Zarol and ni?"ujar Afgan.
"Qaisara,bakal tunang aku."sambung Zarol.
"Ha,Qaisara ni,Afgan kawan aku and ni tunang dia,"ujar Zarol.
"Lana."sambung Afgan.
Lana dan Qaisara bersalaman.
"Ni korang nak pi mana ni?"soal Zarol.
"Kami nak pi cari cincin kahwin.Minggu depan kami nak kahwin dah."
"Ooo..nak kahwin...Nak kahwin dah??!Kenapa kau tak bagitau aku?Dasar lupa kawan."bentak Zarol.
"Sory la.Aku nak bagitau kau tapi aku sibuk gila.Ni nak kena pi cari barang hantaran pulak ni."balas Afgan.
"Hump!Nasib baik kami pon nak pi cari cincin tunang."balas Zarol.
"Ha?Cincin tunang?Kau pon tak bagitau aku kau nak bertunang!"balas Afgan sambil menumbuk perlahan bahu Zarol.
Mereka berjalan bersama ke kedai cincin.
Bersambung...
YOU ARE READING
Penyatuan Cinta
RomanceMengisahkan tentang Nur Amira Elana binti Haji Rosdi yang terpisah dengan kekasih hatinya iaitu Tgku Afgan bin Tgku Hasbullah.Selepas berpisah selama 10 tahun,dapatkah Lana mencapai impiannya untuk berkahwin dengan Tgku Afgan. Tolong vote and follow...