1 minggu kemudian...
"Assalamualaikum,Kak Za"ujar Lana sebaik melihat Zarina di mejanya.
"Waalaikumusalam.Amboi,berserinya muka..."balas Zarina.
"Alah,biasalah.Pengantin baru lah katakan~"ujar Sharifah pula.
Zarina dan Sharifah merupakan rakan sekerja Lana.Zarina tua 2 tahun daripada Lana manakala Sharifah sama umur dengan Lana sebab tu dia macam ramah lebih ngan Lana.
"Dah dua minggu baru ingat nak masuk kerja?"soal Zarina.
"Ibu yang tak bagi masuk awal.Kenalah ikut cakap ibu kalau tak nanti berdosa."jawab Lana.
"Aduh!Deepnya..."balas Sharifah sambil buat-buat kena panah.
"Habis tu?Laki kau macam mana orangnya?"soal Zarina.
"Macam mana apa?"balas Lana.
"Ya la...Hensem ka,tinggi ka,putih ka?"balas Sharifah pula.
Lana tiba-tiba terbayang wajah suaminya yang putih,badan yang agak sado and yang paling penting six pack!!!Muka Lana terus menjadi merah hanya dengan memikirkan bentuk fizikal suaminya.
"Lana,kenapa muka kau merah?"soal Zarina.
"Kau tak sihat ka?"soal Sharifah pula.
"Hah?Tak ada apalah.."jawab Lana.Lana terus berjalan masuk ke officenya sambil tertunduk.
"Kenapa dengan Lana tu?Merah semacam ja muka dia.."soal Zarina.
"Entah"balas Sharifah sambil mengangkat bahunya.
###
"Aduh...Apa yang aku fikir ni..."ujar Lana perlahan sambil menutup mukanya.
"Alah,Biarlah.Laki kau jugak.Dah sah kan..."bisik Lana di dalam hati.
Tiba-tiba telefon pejabat di atas meja Lana berbunyi.Lana terus terjaga dari banyangannya dan mengangkat gagang telefon.
"Hello?"ujar Lana.
"Ha,Lana.Masuk office abah."balas suatu suara.
"Ok"balas Lana.
Lana meletakkan beg sandangnya di atas meja lalu melangkah masuk ke dalam office Hj Rosdi.
"Ya,nak apa abah?"soal Lana sambil duduk di kerusi depan meja ayahnya.
"Ha,tengok tu."jawab Hj Rosdi sambil menunding jari ke arah sebuah kotak.
"Apa dia dalam kotak tu,abah?"soal Lana yang dalam kebingungan.
"Tu lah.Cuti punya lama sampai tak tahu apa jadi kat office ni."sindir Hj Rosdi.
Lana menarik muka muncung 14 nya.
"Company kita ada buat satu projek dekat Pahang.Abah nak Lana ambik alih projek ni."
"Hah?Tapi--"ayat Lana dipotong.
"Tak ada tapi-tapi.Abah dah ambik Zarina to help you with this project.Apa-apa Lana boleh rujuk dekat Zarina.Ok?"potong ayahnya.
"Ok."balas Lana.Lana tidak dapat melawan kata-kata ayahnya.
"Ok.Lana boleh balik ke bilik Lana."arah Hj Rosdi.
Lana terus mengangkat kotak tadi dan keluar dari office ayahnya.Lana masuk ke biliknya dan terus menghempaskan kotak tersebut.Lana terus terduduk sambil mengeluh.
"Hissh!Abah ni!Dah la aku baru kahwin.Dia bagi projek baru pulak kat aku.Aku tak sanggup lagi nak berpisah dengan dia..."bebel Lana.
Bersambung...
YOU ARE READING
Penyatuan Cinta
RomanceMengisahkan tentang Nur Amira Elana binti Haji Rosdi yang terpisah dengan kekasih hatinya iaitu Tgku Afgan bin Tgku Hasbullah.Selepas berpisah selama 10 tahun,dapatkah Lana mencapai impiannya untuk berkahwin dengan Tgku Afgan. Tolong vote and follow...