"Assalamualaikum"Lana memberi salam dengan suara yang lesu.
"Waalaikumusalam"sahut Puan Ziana.
"Lana,kenapa nampak macam letih ja?Takkan hari first dah banyak kerja?Demam ka?"tanya ibu Lana bertubi-tubi.
"Ibu,satu-satu la..Lana nak jawab macam mana kalau ibu tanya banyak-banyak macam ni?"balas Lana.
"Ouh,Sorry."ujar ibunya.
"Dahlah nanti lah Lana cerita.Lana nak naik nak rehat..."balas Lana dengan suara kesayuan.
Fakhriz yang baru turun dari biliknya melihat Lana dengan pelik ketika lalu di sebelahnya.
"Ibu,kenapa dengan Lana tu?Putus cinta ka?"tanya Fakhriz.
"Tak tahulah..."balas Puan Ziana dengan suara kerisauan.
###
Selepas selesai solat,Afgan melabuhkan punggung di atas tilamnya yang empuk.Dia teringatkan kejadian yang berlaku di antara dia dan Lana pagi tadi.
"Lana...Lana..kau masih cantik macam dulu..."bisik Afgan sambil melihat telefon Lana yang dikutipnya tadi.
Sedang asyik Afgan memikirkan rupa Lana yang cantik itu,uminya mengetuk pintu.
"Astagfirullahalazim"latah Afgan sambil menyorokkan telefon Lana tersebut di bawah selimutnya.
"Ya?"ujar Afgan.
"Along dah solat Maghrib?"tanya umminya.
"Dah."jawan Afgan.
"Mai turun makan."ajak umminya.
"Ok.Satgi along turun."balas Afgan.
Tgku Huzaida menutup pintu bilik Afgan lalu terus ke dapur.
"Fuhh.Nasib baik ummi tak nampak.Kalau tak, habis aku."keluh Afgan sendirian.
Afgan terus bangun dan turun ke dapur untuk makan malam bersama keluarganya.
###
"Lana!Lana!Mai turun makan!"jerit Puan Ziana.
"Kenapa dengan anak dara kita seorang tu?"soal Hj Rosdi.
"Entah lah abah.Selalu bab makan dia nombor satu."balas Fakhriz.
"Biar ibu pergi panggil."ujar Puan Ziana.
"Eh,takpa biar abang pergi panggil."balas Fakhriz.
Fakhriz terus bangun dari meja makan dan melangkah ke bilik Lana.Sebaik sampai di hadapan pintu bilik Lana,Fakhriz terus memulas tombol pintu bilik Lana tanpa bertanya dahulu.Lana yang sedang berbaring di atas tilamnya terus terkejut.
"Abang ni!Ketuklah dulu!Ni bilik pompuan.Mana boleh main terjah ja.."
YOU ARE READING
Penyatuan Cinta
RomanceMengisahkan tentang Nur Amira Elana binti Haji Rosdi yang terpisah dengan kekasih hatinya iaitu Tgku Afgan bin Tgku Hasbullah.Selepas berpisah selama 10 tahun,dapatkah Lana mencapai impiannya untuk berkahwin dengan Tgku Afgan. Tolong vote and follow...