Semasa dalam kereta...
Keadaan menjadi sangat awkward dan sunyi sepi. Kedua-duanya tidak berkata apa-apa disebabkan kejadian pagi tadi.
"Kau--"Lana dan Afgan tercakap serentak.
"Aduh~malunya aku...Aku langsung tak boleh nak tengok muka dia atau cakap ngan dia."bisik Lana di dalam hati.
"Weh,awkward gila situasi ni...Macam mana aku nak cakap ngan dia."bisik Afgan pula di dalam hatinya.
"K--kau nak cakap apa tadi?"ujar Lana.
"Ka-kau pon nak cakap apa tadi?Kau cakap la dulu..."balas Afgan.
"Aku nak tanya kau nak bawak aku pergi mana?"soal Lana.
"Rahsia.Mana boleh bagitau~"usik Afgan.
"Kau jangan kata nak bawak aku pergi tempat kita pernah pergi masa kecil dulu..."balas Lana.
"Eh,taklah.Kau ingat tu semua ja ka tempat yang aku tau?Serious ni nak tau?"soal Afgan.
"Nak,nak"jawab Lana.
"Pergi ke hati aku~Cia~cia~cia~"usik Afgan sambil tersenyum pada Lana.
"Ceh!"balas Lana yang tersenyum sambil menoleh ke arah tingkap.
Selepas sejam mereka sampai di tempat yang dituju.
"Lana,bangun.Kita dah sampai."ujar Afgan.
Lana tidak memberi response apa-apa pon.Afgan mendekatkan mukanya pada telinga Lana dan membisik sesuatu.
"Kalau kau tak bangun...aku cium kau~"bisik Afgan.
Tidak sempat Afgan mengundurkan mukanya,Lana terus mengangkat kepalanya.
"Aduh!"jerit Lana dan Afgan sambil memegang dahi masing-masing.
Selepas itu mereka melihat muka satu sama lain dan tergelak.
###
"Cantik jugak tempat ni...Pandai kau pilih."ujar Lana sambil melihat bunga di sekelilingnya.
"Thank you"balas Afgan.
"Kau ni...kenapa bisik macam tu kat telinga aku?"soal Lana.
"Dah aku panggil kau,kau tak bangun.Nak aku main kompang dulu baru kau nak bangun?"sindir Afgan.
"Hissh!"kau ni!"marah Lana.
Afgan hanya tersenyum melihat muka marah Lana.
"Ni,aku nak tanya sikit."ujar Lana.
"Apa?"balas Afgan.
"Kau ingat tak yang abang cakap suruh aku panggil kau abang tu,kau...nak ka aku panggil kau macam tu ka?"soal Lana.
Afgan hanya tergamam sambil melihat muka Lana.
"Kau janganlah tengok muka aku macam tu...Kalau kau tak nak tak pa aku--"ayat Lana dipotong.
"Kau serious ka?Nak tu memanglah nak tapi kalau kau rasa tak boleh aku tak paksa.."balas Afgan sambil tersenyum.
Lana tersentuh dengan sikap bertolak ansur dan baik hati Afgan yang telah banyak kali dia lihat.Hari tu dia tolong seorang perempuan tua lintas jalan,dia tolong bawa orang sarat mengandung pergi hospital.Dah terlalu banyak benda baik yang dia buat.Lana merasakan bahawa dia dah jatuh cinta dengan diri Afgan.
"A..abang"panggil Lana.
Afgan terkejut.
"Ya,sayang~"balas Afgan sambil tersenyum melihat Lana.
Mereka berdua hanya tersipu malu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Penyatuan Cinta
RomanceMengisahkan tentang Nur Amira Elana binti Haji Rosdi yang terpisah dengan kekasih hatinya iaitu Tgku Afgan bin Tgku Hasbullah.Selepas berpisah selama 10 tahun,dapatkah Lana mencapai impiannya untuk berkahwin dengan Tgku Afgan. Tolong vote and follow...