Bab 17

3 1 0
                                    

Zarol pergi ke restoran tempat Qaisara bekerja dan terus ke kaunter.

"Assalamualaikum,saya nak jumpa Qaisara."ujar Zarol.

"Qaisara cuti hari ni."balas penjaga kaunter.

"Oh,terima kasih."balas Zarol.

"Sama-sama."jawab penjaga kaunter tersebut.

Zarol terus berlari masuk ke dalam keretanya dan bergerak ke rumah Qaisara.Selepas beberapa minit,Zarol tiba di hadapan rumah Qaisara.Zarol menelefon Qaisara.Telefon Qaisara berdering dan Qaisara melihat screen telefonnya.Tertera tertulis di situ "Buaya Darat".Qaisara mengangkat call itu.

"Hello,nak apa?"soal Qaisara.

"Saya nak ajak awak keluar lunch."jawab Zarol.

"Bukan syarat awak keluar dinner ka?"soal Qaisara.

"Ya.Alah,takkan keluar lunch pon tak boleh?"balas Zarol.

"Tak boleh.Harini saya kerja."balas Qaisara.

"Awak jangan nak kencing saya eh.Saya baru pergi tempat kerja awak tadi.Mereka cakap awak cuti harini."balas Zarol.

Qaisara tergamam dan buntu memikirkan cara untuk mengelak daripada ajakan Zarol.

"Sekarang,saya ada depan rumah awak.Saya nak awak pergi siap sekarang and teman saya pergi lunch."perintah Zarol.

"Hmmm.Yalah.Tunggu kejap."balas Qaisara.

Selepas 40 minit,Qaisara keluar dari rumahnya.Zarol terpesona melihat pakaian yang Qaisara kenakan iaitu baju muslimah biru bercorak bunga,seluar palazo hitam dan tudung selendang hitam yang dilabuhkan sehingga paras bawah dada.Sangat sesuai dengan kulit Qaisara yang putih.

"Ha,saya dah siap."ujar Qaisara.

Mata Zarol masih tidak terlepas dari Qaisara.

"Awak...Saya dah siap!"jerit Qaisara.

Terus Zarol tersentak.

"Oh.Ok.Jom."ujar Zarol sambil membukakan pintu kereta untuk Qaisara.

                                                                                                ###

Mereka singgah makan di sebuah restoran berhampiran mall.Mereka duduk di meja yang terletak di tepi tingkap.

"Awak nak makan apa?"soal Zarol.

"Apa-apa pon tak apa."balas Qaisara.

Semasa mereka sedang menikmati makanan mereka,seorang lelaki datang menegur Qaisara.

"Hai,Sara."tegur lelaki itu.

"Firdaus!Kau buat apa kat sini?"balas Qaisara.

"Aku ada lunch dengan client."balas Firdaus.

Zarol menjadi jealous akan kemesraan antara Qaisara dengan Firdaus.Zarol berdiri lalu berkata...

"Woi,kau ni sapa?!Aku ni boyfriend dia!"jerit Zarol.

Bersambung...

Penyatuan CintaWhere stories live. Discover now