"Abang!!" budak bertubuh kecil itu merengek memanggil abangnya."Hyung tak jatuh.. Haen drama sangatlah" Hyungsyik meletakkan tangan didahan yang kukuh untuk dia memanjat.
'heh macamlah Heun kisah kalau Hyung jatuh' Heun mencebik dalam hati.
Nak sampai, sikit lagi!! Hyungsyik mendonggak kepala keatas, tangannya hampir mencapai buah rambutan yang pokoknya sedang lebat berbuah. Musim buah. Beberapa rambutan berjaya dicampak ke tanah diikuti rambutan yang lain. Tak boleh pakai kait sebab kait mereka patah.
"Hyung!! Sakitlah. Baling elok-elok boleh tak?" dengus Haen yang mengurut benjolan kecil dikepalanya.
Hyungsyik ketawa. Memberikan Heun pandangan mengejek.
"Siapa suruh Heun berdiri dekat situ. Padan muka," jawab Hyungsik dalam nada sinis. Serta merta sebiji rambutan selamat kena dikepala hyungsyik.
Park Hyungsyik anak pertama dari dua adik beradik dan baru berumur 18. Adiknya Park Haengyin muda 10 tahun dari abangnya.
"Nak lagi? Dah cukuplah. Hyung sudah berbau tak selesa." Hyungsyik mengatur pergerakan turun dari pokok.
Heun mengganguk. Selesai mengutip semua buah yang elok dia membawa bakul masuk kedalam rumah.
Hyungsyik sudah ke bilik untuk mandi, dia jenis yang suka sentiasa bersih. Jadi segala bab kemas rumah Hyungsyik yang akan kemas dan bersihkan seorang diri. Heun hanya goyang kaki melihat. Bukan malas cuma Hyungsyik tak jadi kemas bila ada orang membantu.
Rumah banglo itu sunyi apabila salah seorang tiada di rumah. Kedudukan ditepi tasik yang dikelilingi kebun sayur dan buah-buahan. Keluarga Hyungsyik antara pembekal terbesar disini. Tetapi mereka berdua adalah anak yatim piatu tanpa saudara mara maka semua itu Hyungsyik yang uruskan dibantu Heun yang masih kecil pula, hanya tolong perhatikan kebun mereka.
Tidak mengambil pembantu rumah kerana lebih selesa begitu.
Hyungsyik mahu menjaga Heun sepenuhnya supaya Heun tidak merasa kesepian tanpa ibubapa mereka.
"Heun. Nak kek? " Hyungsyik bersuara dari pintu dapur melihat Heun sibuk makan rambutan.
"Nak!!" jawab Heun ceria. Memandang Hyungsyik menunjukkan gigi atas ronggak satu.
"Pergi ambil blueberri" arah Hyungsyik kepada adiknya.
Hyungsyik menyukat semua bahan yang diperlukan. Heun menjadi tukang membancuh bahan, kemudian adunan kek dituang ke dalam loyang.
"Heun..jangan masukkan dalam ketuhar tu. Biar Hyung buat. Panas melecur tangan masuk hospital," loyang bulat itu bertukar tangan.
Heun mengambil perkakas kotor yang telah digunakan kedalam singki. Langkah perlahan diatur berdiri dibelakang Hyungsyik yang sedang membuat hiasan untuk kek.
Pekk! Tangan Hyungsyik sepantas kilat menyentuh dahi Heun.
Cecair merah mengalir didahi.
"Eeeii" Heun terduduk dilantai.
Niat nak terkejutkan abangnya terbantut, dah dia sendiri pulak yang terkejut.Hyunsyik memegang perutnya. Sakit dek ketawa tak boleh berhenti.
Mulalah peperangan.
"Dah pergi tidur Heun." Selimut Heun dibetulkan.
"Selamat malam Hyung," Heun memeluk erat abangnya seperti bantal peluk. Heun tidak berani tidur seorang diri semenjak peristiwa ibubapa mereka.
Hyunhsyik memadam lampu meja. Mata ditutup. Kegelapan menyelubungi diri.
******
Selamat Membaca.
By: TheMusic18
Bahagian seterusnya: gyuzii

YOU ARE READING
H1L4NG .
HorrorSiapa sangka daripada mimpi boleh jadi sesuatu.........? Cerita ini dibuat bersama ---> = @gyuzii aka @nazros = @naishayeol