Tuk! Tuk! Tuk!
Terbuka luas mata Hyungsik. Mengucap panjang dia apabila melihat orang yang berada di luar keretanya. Tingkap kereta diturunkan.
"Encik okey ke?" soal seorang lelaki yang mengetuk cermin keretanya.
Hyungsik tersenyum nipis kemudian mengangguk. "Saya okey." Kata Hyungsik.
"Kalau betul encik nak tidur dalam kereta, lain kali buka tingkap. Oksigen tak masuk kalau kereta kedap. Kalau takut kena rompak, encik boleh rasa tidur dekat mana-mana yang sesuai." Lelaki itu memberi nasihat.
Sekali lagi Hyungsik mengangguk.
"Saya minta diri dulu," pinta lelaki itu.
Hyungsik tersenyum nipis. "Terima kasih."
Hyungsik mengambil nafas dalam-dalam. Enjin kereta dihidupkan. Kereta terus dipandu laju membelah jalan supaya cepat sampai ke rumah.
**********
"Heun! Oppa dah balik!" Hyungsik menjerit. Pintu rumah ditutup. Mata sudah meliar ke sekeliling rumah. Mahu mencari kelibat Heungin.
"Hyung!" sapa seseorang menyebabkan Hyungsik terkejut. Hyungsik memejam mata cuba menahan sabar. Ya Allah... Bilalah perangai budak ni nak hilang?
"Mana Heungin?" soal Hyungsik pada Mingyu.
"Ada dekat atas. Tidur. Penat sangat agaknya sampai makan pun tak nak." Kata Mingyu dengan mimik muka yang risau.
Terangkat kening Hyungsik. "Tak nak makan?" dia menyoal pelik. Setahu dia Heungin akan mendahului makanan walaupun dia terlampau penat. Tapi hari ni?
Mingyu menggeleng.
"Sikit pun dia tak jamah?" Hyungsik tidak yakin.
"Sikit pun dia tak jamah." Kata Chanyeol pula yang sedari asyik mendiamkan diri.
Hyungsik menghela nafas berat.
"Tak apalah. Kau orang baliklah. Terima kasih sebab ambil Heun tadi."
Mingyu tersengih tayang gigi. "Tak ada apalah. Hal kecik jer. Dia pun kita orang dah anggap macam adik." Kata Mingyu. Chanyeol mengangguk.
"Kita orang balik dululah." Chanyeol bersuara.
"Hmmm..." balas Hyungsik.
Dia terus naik ke tingkat atas untuk melihat Heungin. Dibuka pintu bilik. Heungin tidur. Dia tersenyum nipis melihat muka penat Heungin.
Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Heungin. Wajah bersih adiknya itu dicium. Tak tahu kenapa, dia berasa seakan tidak boleh berjauhan dengan Heungin. Bila berjauhan, perasaan risau yang melampau pasti akan muncul. Sungguh dia takut jika ada apa-apa terjadi pada Heungin. Sungguh!
Jari mengesat air mata yang mengalir di pipi yang entah bila turunnya, Hyungsik sendiri tidak sedar. Dia bangun dan duduk di birai katil. Perlahan-lahan bahu adiknya digoyangkan.
"Heun... Bangun makan. Oppa Gyu kata Heun belum makan. Sikit pun tak jamah. Bangun makan." Hyungsik mengejut. Lembut sahaja suaranya. Tidak mahu Heungin bangun secara mengejut. Tapi Heungin tidak bergerak. Seperti tiada tanda-tanda dia mahu bangun. Hyungsik mengeluh. Penat sangat agaknya.
Dia bangun dan menuju ke almari pakaiannya untuk menukar baju yang tersarung di badan. Setelah siap menukar, dia turun ke dapur untuk menyediakan makanan buat Heungin.
Hampir satu jam dia berada di dapir. Setelah siap memasak, dia kembali ke biliknya. Apron yang tersangkut di leher dibiarkan sahaja.
Dibuka pintu bilik. Bibir mengukir senyuman tatkala melihat Heungin sudah bangun. Baru sahaja. Dia tahu itu kerana Heungin sedang menggosok matanya dengan keadaan mata separuh terbuka.
"Heun dah bangun? Jom makan, nak? Oppa ada buat spaghetti bolognese yang Heun suka. Jom makan." Hyungsik mengajak. Yakin yang adiknya itu tidak akan menolak.
Heun diam tidak membalas. Sebaliknya kembali baring di atas tilam.
Hyungsik tersenyum nipis melihat adiknya itu. Terus kaki berjalan ke arah Heungin. Heungin memandang ke arah Hyungsik.
"Kenapa?" dia sudah duduk di sebelah Heungin. Heungin diam tidak membalas. Hyungsik risau. Terus tangan di angkat dan diletakkan di atas dahi dan...
"Patutlah lemau semacam je. Demam." Kata Hyungsik dengan senyuman nipis.
Heungin hanya tersenyum tawar.
"Bila kena?"
"Tadi. Masa sekat sekolah. Lepas waktu PJ, Heun terus tak larat." Kata Heungin dengan suara serak.
Hyungsik menggeleng kepala. "Dah tau tak boleh main panas, main jugak kenapa? Oppa dah pesan banyak kali kan?" Hyungsik sudah mula ingin marah.
Heungin mencebik. Terus dia bangun lalu memeluk Hyungsik. Rasa serba salah apabila Hyungsik memarahinya kerana tidak mendengar nasihat oppanya itu.
"Mianhae oppa. Heun janji lepas ni Heun dengar cakap oppa. Heun tak main lama-lama dekat tengah panas." Dia mengangkat tangan separas bahu.
Hyungsik menjongketkan kening. "Betul?"
Dengan pantas Heungin mengangguk.
"Kalau macam tu, bangun mandi. Biar kurang panas tu. Lepas tu turun makan, okey?" Tangan Hyungsik sudah menggosok-gosok kepala Heungin. Heungin tersengih suka.
"Okey oppa." Balas Heungin.
Hyungsik tersenyum. "Dah bangun. Oppa tunggu dekat bawah." Kata Hyungsik sudah mula bangun dari duduknya untuk turun ke bawah. Sementara Heungin pula menghampiri bilik mandi untuk mandi.
****
By: gyuzii
(pandai gyuzi buat)Next part adalah member lain..(baru join)

YOU ARE READING
H1L4NG .
HorrorSiapa sangka daripada mimpi boleh jadi sesuatu.........? Cerita ini dibuat bersama ---> = @gyuzii aka @nazros = @naishayeol