Tangan Hyungsyik sibuk menyelak laporan kebun yang diberikan perkerjanya sebentar tadi. Sekali-sekala dia menguap. Matanya juga terasa berat."Hyung," Panggil Chanyeol disebalik pintu pejabat Hyungsyik. Pintu pejabat diketuk perlahan.
"Masuklah! tak perlu nak ketuk-ketuk bagai," ujar Hyungsyik.
Chanyeol tersengih. Punggung dilabuhkan disofa."Minghyu mana? Dari pagi tadi aku tak nampak dia," tanya Hyungsyik. Fail berwarna kelabu dihulurkan kepada Chanyeol.
"Ha? Kan kita semua sarapan sama-sama tadi, Tak akan kau tak ingat? Sekarang pun baru pukul 9," Chanyeol mengelengkan kepala. Dah tua, kawan aku seorang ni, baru 2 jam sudah lupa monolognya dalam hati.
"Hyung, Kau okay ke?" sambungnya. Hyungsyik hanya mengangguk. Tangan masih ralit membuat kerja.
Gelagat Hyungsyik diperhatikan dari ekor matanya. Risau Chanyeol melihat tubuh Hyungsyik seperti tidak bermaya.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu.. Eh minta maaf tapi aku ni lelaki dan aku bukan gay," Hyungsyik menjeling tajam. Tidak selesa dipandang sebegitu. Chanyeol mempamerkan senyuman nakal.
"Nanti aku set kan masa berjumpa dengan client ni".
Mata dikenyitkan kearah Hyungsyik. Chanyeol bangun lalu beredar dari bilik pejabat Hyungsyik. Mulut Hyungsyik terlopong besar.Sebaik Chanyeol hilang dari pemandangan, Hyungsyik berpusing kearah tingkap. Menampakkan bangunan-bangunan yang sergam indah berkilau dek cahaya matahari yang memancar. Perlahan-lahan Hyungsyik menarik nafas.
"Mama..Papa... Macam mana kalau benda itu betul," Pilu sungguh hatinya sebagai abang bermimpikan adiknya sedemikian rupa. Hyungsyik meraup mukanya.
Dia memusingkan kerusi yang didudukinya sebaik terdengar pintu pejabat dibuka. Kening diangkat melihat Chanyeol yang membawa secawan air. Dagu bertongkatkan tangan.
Belum sempat Hyungsyik bersuara, Chanyeol bergegas ke arahnya lalu ditolaknya kerusi Hyungsyik kearah sofa.
"Aku nak kau minum air ni tutup mata dan tidur, Faham Hyungsyik." secawan mug air berisikan kopi diberikan kepada Hyungsyik. Hyungsyik memandang Chanyeol pelik, dia seakan tidak percaya bahawa Chanyeol buat air.
"Bukan kau buatkan?" tanya Hyungsyik. Air kopi ditangan dipandang, Hyungsyik memeriksa, warna air ok, bau pun tiada pelik, rasa tidak pasti.
"Aku tak buatlah. Jangan risau ah, itu Minghyu yang buat." ujar Chanyeol mengekek.
"Aku banyak kerjalah..Dah ketepi," Hyungsyik menolak kerusi menggunakan kakinya untuk ke meja kerja. Tetapi tidak kesampaian takkala kaki galah si capang menghalang.
"Aku nak kau tidur Hyungsyik. Maksud aku kau baring dan aku kira sampai 20saat dan kalau kau masih tak tidur, baru sambung kerja kau tu Hyung." Hyungsyik menjeling .. Dah kenapa Chanyeol ni kata Hyungsyik dalam hati.
Nampak gaya Chanyeol tidak akan mengalah, Jadi terpaksalah Hyungsyik menggubah posisi ke sofa.
Chanyeol tersenyum sinis memandang Hyunhsyik."Tak nak tidur la sangat.. Aku baru kira sampai lima sudah berdengkur."
Hyungsyik bangun dari tidurnya. Alhamdulilah tidurnya tidak ada mimpi. Mata dilirikkan ke luar tingkap. Jam dinding menunjukkan sudah jam lima petang. Kemudian dia ternampak sekeping kertas dibawah cawan air kopi tadi.
'Ps: Aku dengan Chanyeol ambil Heun dari sekolah dia. Kau dah bangun terus pergi solat then balik rumah. Aku tahu kau penat.
'Minghyu'
Cawan dicapai dan diletakkan dipantri bersebelahan dengan surau. Selesai dia mengambil sembahyang asar, Hyungsyik bergegas sambil menyapa pekerja dalam perjalanan ke parking kereta.
Cermin belakang diperhatikan untuk menggundur kereta. Secara tidak sengaja, mata Hyungsyik bertembung dengan sesusuk tubuh. Badannya berdarah serta berpakaian lusuh dan koyak rabak. Serta-merta Hyungsyik memejam matanya sambil membaca ayat-ayat.
Matanya dibuka perlahan-lahan. Pandangan dilirikkan ke belakang. Muka berjarak seinici darinya memandang tepat ke mata.
Hyungsyik pitam.
***
By : Me
Bahagian seterusnya : rahsia😉
YOU ARE READING
H1L4NG .
HorrorSiapa sangka daripada mimpi boleh jadi sesuatu.........? Cerita ini dibuat bersama ---> = @gyuzii aka @nazros = @naishayeol