"Oppa, oppa. Bangunlah." Heungin mengejut Hyungsik dengan suara separuh berbisik.
Hyungsik membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa tangan Heungin berada di bahunya.
"Waeyo, Heungin ah? Hmmm?" tangan sudah mendarat di atas kepala Heungin. Kepala kecil itu digosok beberapa kali.
Heungin tersengih dengan suka. Dia memang suka apabila Hyungsik menggosok-gosok kepalanya. Terasa disayangi.
"Oppa. Jom main sorok-sorok." Heungin mengajak. Tangan Hyungsik ditarik supaya bangun.
Hyungsik memandang Heungin lama. Malam-malam macam ni, main sorok-sorok? Biar betul?
"Sekarang dah malam. Kenapa siang tadi tak nak ajak?" tangan sudah mencubit pipi gebu Heungin.
Heungin tersengih tayang gigi. "Sebab main malam-malam best. Susah nak cari." dia beralasan.
"Bolehlah oppa," Heungin menarik tangan Hyungsik berkali-kali supaya lelaki itu setuju dengan kehendaknya.
Hyunsik menggeleng. "Andwae. Esok je,"
"Alaaa. Bolehlah oppa," Heungin merengek.
Hyungsik bangun lalu duduk menghadap Haengin. Air mata Heungin yang sudah menuruni pipi dikesat dengan ibu jari kanan.
"Okey, kita main tapi sekli je. Boleh?"
Heungin tersenyum lebar. Gembira kerana abangnya bersetuju juga akhirnya. Dia mengangguk lalu membuat pinky promise.
"Heun janji sekali jer," kata Haengin lalu berdiri.
Hyungsik ketawa melihat Heungin yang sudah terlompat-lompat itu.
Dia bangun untuk turun dari katil. Semua lampu yang berada di dalam rumah tersebut dibuka kerana Hyungsik tidak mahu Heungin bermain dalam gelap memandangkan Heungin mahu bermain hide and seek.
Hyungsik berlutut di hadapan Heungin. Bahu budak kecil itu dipegang. "Oppa atau Heugin yang nak menyorok?"
Heungin meletakkan ibu jarinya dan jari telunjuk pada dagunya. Seperti sedang berfikir. Hyungsik tergelak dengan telatah Heungin.
"Heun menyorok, oppa cari. Okey?" soal Heungin lalu membuat tanda 'OK'.
Hyungsik turut membuat perkara yang sama. Membuat tanda 'OK'. Heungin sudah terlompat-lompat sambil bertepuk tangan. Suka.
"Sekarang ni, Heungin pergi menyorok. Oppa tutup mata," arah Hyungsik. Heungin mengangguk kemudian berlari meninggalkan Hyungsik untuk menyorok.
Hyungsik yang hanya menutup mata di hadapan adiknya. Dia mula membuka matanya semula. Tiba-tiba hatinya berasa tidak tenang.
Tanpa diketahui Heungin, Hyungsik mengikutinya daripada belakang secara senyap-senyap. Tidak mahu Heugin perasaan akan tindak tanduknya itu.
Heungin berjalan sehingga ketingkat paling atas rumah tiga tingkat itu. Hyungsik jadi pelik. Tak pernah-pernah adiknya naik ke tingkat itu, tiba-tiba hari ini, adiknya naik.
Hyungsik hanya diam. Kakinya masih mengikuti langkah Heungin. Hatinya benar-benar ingin tahu mengapa adiknya bergerak ke situ.
Dia terus mengikuti langkah Heungin sehinggalah mereka tiba di hadapan satu bilik. Hyungsik sekali lagi hairan. Kenapa dia tidak tahu akan kewujudan bilik tersebut.
Heungin masuk ke dalam bilik tersebut diikuti Hyungsik dari belakangnya secara perlahan-lahan.
Lampu bilik tersebut dibuka sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Terkejut dia melihat keluasan bilik tersebut. Luasnya seperti luas ruang tamu di rumahnya. Boleh menempatkan beberapa biji katil bersaiz besar.
Dia terkaku seketika dengan keadaan bilik tersebut yang luas itu. Sungguh dia terkejut.
Sedang dia asyik dengan keluasan bilik tersebut, tiba-tiba dia terdengar ada suara ketawa. Betul-betul berada dekat dengan telinganya. Dia terus menoleh ke kiri dan ke kanan apabila terkejut dengan gelak seorang budak perempuan.
Kini baru dia perasan, Heungin tiada di depan matanya. Dia terus memajukan langkahnya memasuki bilik tersebut. Matanya meliar mencari kelibat Heungin.
"Heungin ah. Neo eodiga? Eo?" dia menjerit memanggil nama Haegin. Entah kenapa, tiba-tiba hatinya berasa tidak sedap.
Langkah digerakkan perlahan-lahan bersama mata masih mencari-cari kelibat Heungin. Namun hampa. Batang hidung Heungin pun langsung dia tak nampak.
"Heun ah..." sekali lagi dia memanggil tapi tiada sahutan daripada Heungin. Jantungnya semakin berdegup laju apabila kakinya melangkah masuk betul-betul di dalam bilik tersebut. Badannya juga terasa seram sejuk waktu itu. Bulu romanya juga sudah menegak seolah-olah ada yang memerhatinya dari jarak yang dekat.
Tanpa dipinta, sekali lagi dia terdengar suara budak perempuan ketawa di belakangnya. Dan suara itu benar-benar kedengaran seperti suara Heungin.
Hyungsik menoleh ke belakang dengan degupan yang sangat laju. Peluh di dahi sudah semakin banyak apabila otak mentafsirkan benda yang menakutkan.
Dia menarik nafas lega apabila tiada apa dibelakangnya. Dia kembali pusing ke hadapan dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan Heungin yang penuh dengan darah di kepala.
Setapak demi setapak dia berundur. Mahu menjauhkan diri daripada Heungin yang baginya amat menyeramkan.
"Oppa... Tolong..." kata Heungin sayup-sayup di telinga Hyungsik.
Hyungsik menggeleng. Dia masih berundur ke belakang. Entah macam mana, tiba-tiba dia terjatuh akibat tersalah langkah.
Heungin semakin mendekat. Hyungsik memejamkan matanya.
Tiba-tiba...
"Oppa. Oppa, ireona..."
Mata Hyungsik terbuka luas. Nafasnya tercungap-cungap seperti baru lepas berlari marathon. Dia memandang ke sebelah kanan. Dia bangun dan terus memeluk Heungin yang memandangnya pelik.
"Oppa waeyo?" soal Heungin dengan suara budak-budaknya itu.
Hyungsik memandang Heungin. Wajah Heungin dipegang dan diteliti. Setelah selesai meneliti, dia memeluk erat Heungin. Lega hatinya apabila melihat Heungin baik-baik sahaja.
"Oppa kenapa oppa menjerit?"
Hyungsik memandang Heungin. Dia tersenyum sebelum menggeleng.
"Oppa okey?" dia menyoal risau. Hyungsik mengangguk.
"Jom sambung tidur." ajak Hyungsik lalu membaringkan Heungin semula. Bahu budak perempuan itu ditepuk lembut mahu Heungin tidur.
Hyungsik pula termenung. Fikirannya terfikir akan mimpi yang dialaminya tadi.
Nafas dihela berat. Mainan tidur aje. Kata hatinya sebelum menyambung tidurnya semula.
****
by gyuziibahagian seterusnya will b her to
YOU ARE READING
H1L4NG .
TerrorSiapa sangka daripada mimpi boleh jadi sesuatu.........? Cerita ini dibuat bersama ---> = @gyuzii aka @nazros = @naishayeol