Enjoy!!
Tangannya meraba-raba mencari jam loceng yang asyik berbunyi daripada tadi. Ditekan punat
jam loceng tersebut supaya diam.Untuk seketika dia diam di atas katil sebelum bangun. Mata terpejam rapat. Kain selimut diselak untuk bangung menuju ke tandas, ingin mandi.
Setelah 15 minit berada di dalam bilik mandi, dia keluar. Heungin yang masih nyenyak tidur dikejut. Dengan sekelip mata Heungin bangun. Bukan susah pun nak kejutkan Heungin bangun.
Setelah dirinya siap berkemas, dia menyediakan pakaian Heungin lalu diletakkan di atas katil. Heungin sibuk mengemas buku mengikut jadual kelas nya.
Setelah yakin semuanya sudah terurus, dia terus ke tingkat bawah untuk menyediakan sarapan untuk Heungin dan dirinya.
Inilah rutinnya setiap hari sebagai Park Hyungsik sejak beberapa tahun yang lalu. Dialah orang yang selalu menyediakan pakaian sekolah, membuatkan sarapan dan menghantar Heungin ke sekolah. Tanggungjawabnya sebagai abang Heungin
Sebungkus roti berjenama Gardenia diambil. Dua keping roti dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tempat pembakar. Beberapa minit berlalu, akhirnya roti tersebut siap. Hyungsik kemudiannya membuat lagi dua keping roti bakar.
Setelah siap, tangannya mula membancuh air milo.
Dua buah pinggan diletak di atas meja makan. Empat keping roti yang dibakar tadi diletakkan di atas pinggan tadi dengan kuantitinya dua untuk setiap pinggan. Hyungsik duduk dan menanti adiknya setelah siap semuanya.
"Oppa!" Heungin menerjah. Hyungsik yang termenung mula mengurut dadanya akibat terkejut.
"Heun, berapa kali oppa nak pesan? Oppa tak suka Heun terjah oppa macam tu. Terkejut tahu tak?" Hyungsik memarahi Heungin. Heungin hanya tersenyum tayang gigi lalu duduk berhadapan dengan Hyungsik.
"Mianghae oppa," pinta Heungin. Tangan Hyungsik yang berada di atas meja dicapai.
Hyungsik tersenyum. Tangannya ditarik lalu mengusap kepala Heungin.
"Makan cepat. Dah lambat," kata Hyungsik.
"Oppa pun makan,"
"Ya, oppa makan!"
**********
"Peluk oppa," Hyungsik mendepakan tangan.
Heungin tersengih lalu memeluk Hyungsik. Hyungsik yang sudah menyamakan ketinggiannya dengan Heungin sudah memeluk adiknya dengan erat.
Pelukan dileraikan. Dahi Heungin terus dicium. Lama.
"Pergi sekolah belajar rajin-rajin. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap cikgu. Okey?"
"Okey oppa," Heungin membalas lalu mencium pipi Hyungsik.
"Sayang oppa tak?"
Heungin mengangguk.
"Kalau sayang dengar cakap oppa,"
Sekali lagi Heungin mengangguk.
"Dah. Masuk dalam. Annyeong," Hyungsik melambaikan tangannya pada Heungin semasa kanak-kanak yang berumur lapan tahun itu sudah berdiri di pintu pagar sekolah.
Hyungsik masuk ke dalam keretanya semula setelah dia yakin Heungin sudah masuk ke dalam kawasan sekolah. Dengan hati yang tenang, dia memandu ke tempat kerjanya.
Keretanya berhenti apabila tatkala lampu isyarat bertukar ke merah. Dia bersandar pada kerusi kereta tersebut. Matanya memerhati ke luar kereta. Kelihatan matahari baru sahaja ingin menampakkan cahayanya.

YOU ARE READING
H1L4NG .
HorrorSiapa sangka daripada mimpi boleh jadi sesuatu.........? Cerita ini dibuat bersama ---> = @gyuzii aka @nazros = @naishayeol