TAJUK 1

40 2 0
                                    

Waktu dan masa yang tak dapat ku duga kerana hari ini merupakan hari pertama persekolahan di Sekolah menengah . Terasa debaran di jantung ini saat ingin berjumpa dengan kenalan baru yang tak sama dengan kawan lama di sekolah rendah. Niat tak mahu berkenalan dengan yang baru kerana terasa selesa dihati bersama kawan tersayang iaitu harny , tysha ,mia dan aleeya . Dikira kami bestfriend forever and ever , sekepala dan sehati sejiwa . Sambil itu aku teringat akan perjanjian kami berlima sewaktu waktu pendaftaran tingkatan 1 akhir bulan 12 tahun lepas di bawah pondok sekolah menengah.
"Gais nanti dah sekolah kita semua jangan berpisah dan no no bercouple okay , geng kita takkan couple okay ". Ujar harny . Dan aku serta yang lain pun mengganguk tanda setuju akan apa yang diperkatakan oleh harny sambil beramai ramai berkata " okayy we did it ". Disamping itu juga harny berkata lagi " ha adyra kau jangan pulak nak adakan hubungan tau , tumbuk kau nanti ", sambil menunjuk buku lima nya kepada aku. Aku hanya mampu ketawa dengan telahan harny sambil berkata " yelah weh yelah ". Terukir senyuman dibibir kami semua waktu itu.
Lamunan aku tadi tiba tiba terhenti sewaktu bas sekolah telah berhenti di depan sekolah Smktufah lantas aku turun dari anak tangga bas dan memandang sekeliling sambil berkata dalam hati ," so inilah waktunya , fuh dedor bai . Terus aku melangkah ke dalam sekolah melalui susur gajah sambil diperiksa oleh pengawas senior sekolah itu. Sekolah ini merupakan sekolah berdisiplin dengan peraturan sekolah . Hari pertama pun pengawas sudah giat bertugas untuk menjalankan tugas mereka. Terasa bangga juga dihati kerana sekolah ini bukan sekolah kawalan tapi mampu mengawal tingkahlaku pelajar dengan cara yang bagus.
Selepas diperiksa kuku dan pakaian baru aku melangkah ke dalam kawasan persekolahan ternyata ramai juga pelajar disini sambil aku mencari bayangan rakan rakan aku. Aku sempat melihat dipapan tanda kelas di ruang kenyataan untuk mengetahui kelas bakal aku duduki. Aku terus mencari dan mencari hingga tepat di senarai kelas 1 Dinamik . Mata aku pantas terpandang akan nama disenarai paling atas carta kelas . Namanya sangat unik pada aku iaitu Amry . Ejaan yang berlainan dengan ejaan Amri kerana kebanyakkan nama akhirnya huruf " I" jarang sekali menemui huruf " Y" pada akhirnya. Lantas aku berkata dalam hati " ni mesti anak orang kaya dan mak ayah nya sangat profesional dalam pemberian nama mungkin ada makna indah disebalik namanya itu. Lalu mata ku turun kebawah dan aku dapat melihat nama aku " Nor adyra di no 19 pada carta kelas yang sama dengan lelaki bernama Amry itu. Tak sabar rasa dihati mahu melihat wajah dia tu terasa ingin berkenalan sebagai kawan rapat .

Tuhan Jagakan dia Where stories live. Discover now