Makin hari makin aku mula rapatkan diri dengan kenalan baru dan merapatkan diri dengan sekolah , sejak menjadi pengawas ni asyik sibuk dengan tugasan yang diberi hingga tiada masa untuk berbual panjang dengan kawan kawan berbanding awal tahun masatu .
Untuk berkenalan dengan Amry pun ditangguhkan serta merta kerana hal kesibukan yang tidak dapat dijangka.Sejak kesibukan ni , Amry jarang aku nampak seperti sebelum ini , waktu kelas aku asyik sibuk dengan tugasan dan sebagainya hinggakan melihat wajah nya jarang sekali .
Tuptup aku dapat tahu Amry sudah bercouple dengan Ammi , aku pun tidak tahu pengenalan mereka macam mana mungkin kerana aku selalu sibuk dan tidak sempat memerhati seperti spy .
Bunga yang tadi mahu tumbuh dihati sudah layu kembali .
Tuptup juga Amry sudah mula tegur aku dan kami saling bertanya khabar .
" Amry dengar citer kau dah couple dengan Ammi betul ke ? Kata aku kepadanya .
( Ceh awal tahun panggil awak saya , bila dia dah berpunya terus bertukar panggilan pula , jeles agaknya tu )
" Haah baru couple masuk 2 hari dah ni '. Kata nya sambil tersenyum
" Wah longlast moga kekal ". Sengih aku .
" Terima kasih ". Ujar dia .
" Amry jum kita jadi kawan baik memandangkan kita dah kenal ni ". Kata aku dengan muka tak malu . Ada hati nak mempelawa orang yang dah berpunya menjadi kawan baik nasib si Ammi ni jenis tak kuat jeles.
" Ha boleh boleh ! Angguknya tanda setuju .
Namun Amry dah couple dengan Ammi , dia lebih rapat dengan Ammi serta shafiqah kawan kepada Ammi , selalu mereka balik bersama .
Malas aku kacau orang yang tengah bahagia ni . Kata aku dalam hati , "mungkin satu hari nanti aku pun memperolehi kebahagiaan yang sama , just wait adyra , your happiness gonna come ! ". Sambil aku melihat kearah susur gajah yang menampakkan susuk susuk bayangan Amry dan Ammi jalan bersama dan diikuti Shafiqah kawan Ammi dari belakang .
Tersenyum dibibir aku , " my new friend get happiness . Alhamdulillah .
Terkesima di dalam hati ini. Terus aku melangkah keluar ke pagar sekolah dan pulang .Waktu malam di depan rumah .
" Cantiknya bulan malam ni ". Sambil tangan menunjuk langit dan menutup sebelah mata bagai aku bisa menyentuh bulan yang cantik itu.
Terlamun aku seketika teringat bulan , teringat pulak pada Amry yang bulat macam bulan ni.
Bulan ni takde lah cantik pun kalau orang lain pandang , dia akan katakan bintang lagi menyinar dan cantik berbanding bulan tapi tidak bagi aku , aku hanya memandang kecantikkan bulan dimata aku kerana bagi aku walau ia tak menyinar tapi tanpa bulan tiada malam . Dan tiada bulam tiada juga pasangannya iaitu matahari. Bulan boleh jadi lebih indah bila ada pasangan nya iaitu matahari.
Sangat perfect ! Ada gelap ada terang ! Macam Amry dan Ammi. Amry bulan dan Ammi bintang , dua dua saling melengkapi . Tersenyum aku dilamunan lalu disapa mama aku." Adyra kenapa mengelamun ni teringat pakwe ke ". Soal mama sambil mencuit bahu lengan aku .
" Adeh eh mana ada mama , saje mengelamun tengok bulan , teringin nak kesana . Kata aku kepada mama sambil menggosok lengan yang dicubit mama tadi dan tersengih
" Takdelah mama tengok anak mama ni asyik mengelamun je kerjanya ingat ada pakwe tadi". Soal mama lagi .
" Mama ni orang ni mana ada pakwe lagi pun baru masuk sekolah takkan tiba tiba dah ada pakwe pulak ". Ujar aku sambil ketawa .
" Yelah anak mama ni kan cantik ". Sambil mama memegang dagu aku .
" Cantik ke anak mama ni ". Kembang aku tak pernah mama memuji tiba tiba pulak adeh .
" Mestilah cantik tapi cantik lagi mama dari adyra ". Mama sambil menunjukkan mimik mukanya yang menggoda .
" Ciss mama ni ! ". Sambil Tergelak perut ni apabila melihat gelagat mama yang mencuit hati itu .
YOU ARE READING
Tuhan Jagakan dia
Romanceberdasarkan kisah benar sebuah persahabatan yang bertukar menjadi pencintaan namun hanya sekadar 3 tahun dan akhirnya berlaku banyak rusuhan dan konflik . Mampukah mereka menunaikan janji dan memperbaiki hubungan atau berserah kepada takdir ?