Tajuk 2

28 1 0
                                    

Terus kaki ini melangkah sambil toleh kiri ke kanan mencari dimana kelibat kawan kawan yang lain . Tiba tiba aku terdengar panggilan suara yang memanggil aku dari belakang seperti aku kenal suara yang nyaring itu sudah tentu harny dan tasya memanggil lantas aku menoleh dengan senyuman terukir dibibir sambil berkata " hai my girl ". Mereka pun melambaikan tangan . Kami sama sama melangkah ke kantin sekolah untuk membeli makanan. Sempat juga kami berbual menanyakan tentang perihal kelas . " Harny , Tasya korang dapat kelas mana ? Soal aku kepada mereka. Mereka lalu menjawab , " aku kelas 2 Cemerlang , tasya kelas 2 falsafah". Nampak gayanya tak sama kelas lah kita kalini kan ujar aku kepada mereka. Mereka pun mengganguk kesedihan . Mana tak nya dari darjah 1 hingga darjah 6 kami tak pernah berpisah dan sama kelas tapi kalini tidak mustahil sekiranya kami tidak bersama.

Tiba di kantin sekolah suasana agak riuh rendah dengan pelajar pelajar yang duduk disitu , berbilang bangsa yang dapat kami lihat berbanding sekolah rendah hanya pelajar melayu sahaja  tetapi kalini dapat kami melihat pelajar India , cina ,Iban dan kadazan . Sekurang kurangnya dapat jugak kami memiliki kawan baru yang lain bangsanya.

Terus kami melangkah ke tempat duduk di kantin , terlihat kelibat Aleeya dan mia disana sedang duduk barangkali menunggu kami tiba. Terus sahaja aku, harny dan tasya melambai kearah mereka dan mereka menoleh melihat kami yang menuju kearah mereka. " Dah lama ke korang berdua sampai kata Tasya kepada mereka. Lantas mereka menjawab " takdelah baru je sampai ni tunggu lonceng bunyi. Lalu aku bertanya kepada mereka , weh korang dah tahu  kelas ? . Diorang pun mengangguk " haah kita orang tahu , aku kelas sama dengan Mia". Kami pun muka suram , untung lah sama kelas kan , kitaorang lain lain . Kata aku kepada Aleeya dan mia.

Kami pun lekas ke tempat membeli makanan ringan dan duduk semula bersama Aleeya dan mia. Sambil kami mengunyah , tiba tiba Mia kata " jangan lupa janji kita tempoh hari ye girl !. Tersedak aku disitu yang sedang makan nugget . Mereka semua terus  melihat aku dengan muka yang pelik.
" Dah nampak tanda tanda akan mungkir janji ni tiba tiba tersedak tak tentu pasal " sindir Tasya kepada aku dengan mata nya menjeling ke arah aku. Lalu aku membalas kembali " ha jangan nak tuduh ye ! Aku takkan ada bf lah , you look lah i not pretty , hodoh pulak tu " dengan muka bengis yang aku tunjuk kepada mereka. Tasya pun bingkas memandang aku dan berkata " Tahu pun hodoh, mesti takde orang nak kau punya . Sambil ketawa berdekak dekak , yang lain pun turut ketawa . Aku hanya dengan muka selamba lembu dengan ketupat bibir sambil memerhati mereka ketawa . Dalam hati sudah mendadak darah ni seakan mahu menepuk sahaja pipi tasya yang gebu tu karang kurus jugak budak tu

Kring ii !!

Bunyi lonceng sudah berbunyi lantas pelajar pelajar memasuki ke dalam dewan untuk memulakan perhimpunan pada tengahari ini.  Guru bertugas pun sudah memegang mikrofon dan mengarahkan pelajar pelajar dengan bantuan pengawas pengawas senior . Kami pun bergerak menuju ke dewan dan duduk dalam barisan kelas yang ditetapkan , ternyata aku yang paling awal sampai ke dalam barisan kelas aku dan duduk di bahagian hadapan bersebelahan kelas harny memandang kelas kami kelas bersebelahan  berbanding Tasya , Mia dan aleeya yang jauh sekali perbezaan kedudukan kelas . Sempat juga aku melihat sekeliling , ternyata ramai juga pelajar dari sekolah aku (SKBM) yang jelas kelihatan dari pelbagai sudut dewan .

Berapa minit kemudian setelah ramai berpusu pusu memasuki dewan . Perhimpunan di mulakan , jelas kelihatan guru guru di atas pentas yang bersemangat dan ceria di wajah mereka melihat reaksi kami sebagai pelajar baru yang bakal mereka layani karenah kami nanti. Aku melihat barisan lelaki kelas aku dari baris hadapan hingga ke belakang . Ternyata muka diorang ni semua blur blur semacam mesti tak nakal kata aku di dalam hati .

Setelah itu kami diarahkan berdiri menyanyikan lagu sekolah setelah  diedarkan kertas lirik lagu sekolah , kami semua menyanyi dengan penuh semangat . Selepas itu , ucapan dari pengetua sekolah iaitu Pn. Mahidah nama nya. Mukanya yang bengis membuatkan aku takut .
"Weh muka pengetua cam singa , aku takut weh ". Sambil aku berbisik kepada harny yang sedang menulis nota yang sedang pengetua beritahu. Memandangkan minggu pertama persekolahan , muka semua baik baik belaka , diam macam takde orang dalam dewan tapi tunggu jelah sebulan akan datang perangai hantu masing masing bakal menjelma. Harny pun menoleh ke arah aku sambil berkata " haah weh sekali kita buat salah habis dingap nya nanti seram doo jadi kita mesti  kena jadi budak baik ye ". Aku ketawa tunduk apabila harnya berkata bergitu lalu memandang kembali ke hadapan melihat pengetua berucap.

" Bulan ni kamu semua akan menjalankan orientasi untuk kenal latar belakang sekolah dan mengenali peraturan sekolah , dan kamu semua perlu menjaga adab dan disiplin sewaktu berada dalam sekolah " .

Kami semua leka mencatat dan mendengar .

Tepat pukul 1.20 perhimpunan tamat , kami semua diarahkan masuk kelas , sempat juga tadi aku salam persahabatan dengan harny . Sedih menyelubungi jiwa kerana tak dapat satu kelas dengan yang lain dan dapat berkenalan dengan kawan baharu hari ini. Terus sahaja kami melangkah naik ke kelas , kelas aku di tingkat 2 blok B kelas di tengah tengah blok itu.
Sampai sahaja di kelas aku duduk di bahagian hujung kiri , baru saja aku duduk ada orang menyapa aku

" Awak kat sini ada orang tak " .

" Em takde

" Boleh duduk tak sini ?

" Boleh silakan lah ". Jemput aku kepada budak itu dan beberapa pelajar perempuan lain.

Aku terus menghulurkan tangan tanda perkenalan

" Hai nama saya Adyra " senyum aku kepada mereka .

Mereka pun menghulurkan tangan dan sebutan satu satu nama dimulut mereka untuk berkenalan .

" Nama saya Ammi"

" Nama saya pula ifah"

"Nama saya Qierah"

Tunduk aku kepada mereka , salam perkenalan ye semua ". Mereka pun senyum dan berkata " salam perkenalan juga.  Sambil menunggu cikgu masuk aku sempat  menanyakan latar belakang mereka semua .

Lama juga kami berborak tiba tiba cikgu masuk , semua melihat dengan penuh terpegun . Sangat anggun wajah cikgu ini , kata aku dalam hati " lawanyaaaa cikgu ni amaigadd ni mesti guru kelas aku , terasa girang di hati kerana dapat memiliki guru kelas yang cantik .

Kami semua berdiri dan mengucapkan salam dan duduk setelah diberi arahan oleh cikgu

"Hai kamu semua , nama cikgu ialah cikgu Siti Aisyah , saya merupakan guru kelas kamu semua pada tahun ini dan cikgu mengajar kamu subjek sains

" Antara kamu mesti yang dapat score subjek sains kan ?

Ramai mengganguk.

" Baiklah bagus mudah kerja cikgu kerana kamu semua mesti pandai orangnya.

Senyum senyum kesemuannya

Tiba tiba salah seorang pelajar lelaki   menanyakan kepada cikgu sambil mengangkat tangan , " cikgu cikgu ".

" Ya kamu nak tanya apa

' cikgu ada bf tak ? Sebab cikgu cantik .

Kami semua ketawa terbahak-bahak kerana soalan yang ditanyakan agak lucu. Cikgu Aisyah pun turut ketawa.

" Cikgu muda lagi lah awak , bf pun takde ni , amboi amboi kecik kecik dah tanya soal jodoh eh . Ujar cikgu  sambil ketawa

" Takdelah cikgu ,saja je saya tanya kot kot cikgu single saya leh usik cikgu , kata lelaki itu

Ketawa sekali lagi kami dibuatnya. Gelagat lelaki itu amat membuatkan kami semua tergeli diperut . Sempat juga aku melihat name tag namanya yang bertulis , " irhan". Enak nama tu dan orangnya kelakar juga.

Cikgu hanya ketawa dan memerhati gelagat si irhan tu yang sangat mencuit hati . Selepas habis sesi perbualan dan menemui ramah  kami membuat undian ketua kelas dan penolong kelas .

Setelah diundi , maka yang menjadi ketua kelas dan penolong kelas ialah fikry kawan kepada irhan dan Syera yang merupakan pelajar sekolah aku dahulu.

Tuhan Jagakan dia Where stories live. Discover now