Sudah tekad aku ingin lebih mengenali Amry dengan lebih dekat. Waktu itu aku dan harny melangkah menghampiri nya yang sedang duduk di bawah pondok berdekatan blok belakang .
Aku dan harny menghampiri dia.
" Hai Amry boleh kitaorang duduk sini , soal aku kepadanya
" Ha em duduklah ". Senyum sinisnya kepada kami .
Lalu kami pun duduk disitu
" Amry kenapa makin hari kitaorang tengok kau makin banyak masalah ? Aku tanya je . Dengan mimik muka takut sikit mana tahu bila aku tanya dia nak marah .
Dia dia sebentar dan lalu baru dia menjawab .
" Entahlah korang , aku pun taktahu la " mukanya suram .
" Kalau ada apa apa share lah dengan kitaorang ni ". Soal harny pulak kepadanya.
Dia hanya diam dan mengganguk lemah .
" Eh Amry nak join kitaorang tak ? , Soal ku dengan muka tampak ceria
" Join ? Join apa " soalnya dengan muka keliru .
" Macamni kan nanti hari guru , kitaorang nak buat persembahan drama , aku nak kau terlibat sekali , kau boleh jadi cikgu memandangkan kau ni lawak orangnya so nak bagi suasana lagi powww Meletop , kata aku dengan riak muka seakan menunjuk nunjuk gaya .
Mereka ketawa kecil.
" Aku ? Jadi cikgu ? Hahaha . Dia ketawa sakan.
" Asal kau gelak pulak ? Soal aku .
" Aku ni dah lah buat hal selalu kat sekolah pastu aku berlakon pulak pastu semua cikgu yang tak puas hati dengan aku tu dia tengok aku berlakon mesti menyampah kan nanti , kalau jadi benda lain boleh lah kalau jadi cikgu takut cikgu ingat aku sindir dia pulak ". Soalnya
" Alah okay kau amik watak budak nakal sama dengan perangai kau boleh ? ". Kata harny kepadanya.
" Ha boleh ke tak ni ? Aku nak setup awal awal ". Kata aku.
Memandangkan aku menjadi pengarah untuk drama ni , hal hal luar dan dalam persembahan aku yang adjust dan reka.
Semalam pun aku dah tanya dengan Ammi , qierah , ifah dan tasya mereka pun setuju nak join sekali . Dan kami pun meminta bantuan dari akak senior form 2 iaitu fifa untuk membantu kami.
Amry pun memberi jawapan " ha okay lah okaylah ". Sambil mengangguk kepala
" Horay !!! So kita punya practise will be start tomorrow okay ! Sorak ku kegirangan .
Harny dan Amry hanya bertentang mata dan sambil melihat aku kegembiraan .
Keesokannya
Macam yang dirancang semalam
Harini pada awal pagi kami semua sudah menapak di sekolah untuk latihan dan pertemuan pertama untuk menjayakan lakonan ini.Sebagai pengarah aku pun berdiri di hadapan mereka semua dan memberi taklimat ringkas mengenai apa yang hendak di lakukan .
" Ok gais ! Seperti mana kita tahu , kita akan buat persembahan drama untuk hari guru ini. Kita ada tempoh 2 minggu sahaja bagi menjayakan persembahan ni. 2 minggu tak lama ye ! Jadi kita kena fokus dan saling bekerjasama.
" Okay tapi nak buat macam mana ? , Tiba tiba Ammi bersuara.
" Baiklah , ikutkan apa yang dirancang Amry akan menjadi cikgu tetapi memandangkan watak cikgu tak kena dengan dia , kita akan letakkan dia sebagai anak murid yang nakal , akak senior kita ni akan jadi pengetua.
YOU ARE READING
Tuhan Jagakan dia
Romansaberdasarkan kisah benar sebuah persahabatan yang bertukar menjadi pencintaan namun hanya sekadar 3 tahun dan akhirnya berlaku banyak rusuhan dan konflik . Mampukah mereka menunaikan janji dan memperbaiki hubungan atau berserah kepada takdir ?