SEBULAN BERSEKOLAH .
Aku dan harny memasuki perkarangan sekolah memandangkan kami naik bas sekolah yang sama jadi kami sentiasa bersama berbanding Tasya yang selalu datang lambat ke sekolah .
Budak bertuah tu memang macamtu hari hari tak pernah lah nak awal datang sekolah , memandang kan dia pun ada member baru macam Mia langsung lupa kawan kat sini , aku dan harny ni pun ada member baru tapi setia sehati sejiwa kaww. Mana taknya dulu masuk sekolah pun masa darjah 6 ,aku bertemu harny dulu selepas itu baru berkenalan dengan Tasya yang baru masuk ke sekolah pada pertengahan tahun.Aku dan harny minggu lepas baru sahaja interview nak jadi pengawas sekolah harap harap dapat la sebab itu merupakan hajat kami dari sekolah rendah tetapi Tasya tidak join sekali sebab katanya malas dan takut ditolak pulak tawarannya. Penakut orangnya tu.
Lantas kami terus memasuki dewan terlebih awal niat kami nak acah acah budak baik dan berdisiplin gamaknya , duduk je di barisan kelas terus bukak buku acah membaca pula , itulah kami bila part berlakon memang no 1 in Asia.
Leka kami membaca , tiba tiba kelihatan Amry budak kelas aku memasuki dewan dan duduk di depan aku .
Bisik aku kepada harny " weh awal pulak budak gemuk ni datang sekolah ".
Harny terus memandang depan dan melihat Amry yang sedang duduk menghadap pentas.
"Weh harny alang alang ni jum kacau dia , kita baling kertas kat dia . Kata aku kepada harny
" Eh ha jum jum , ha cepat koyak kertas kau " kata harny sambil berdekek .
Lalu aku memfokuskan sasaran untuk membaling kertas , target acah acah sniper gitu . Lalu piwee terus kertas yang diremukkan aku dengan harny terkena badan dia .
Lalu dia menoleh ke belakang dengan mukanya yang bengis .
Bisik aku kepada harny setelah melihat matanya yang tajam melihat kami
" Weh orang gemuk dah naik hangin aduh mampus kita kena belasah dengan dia ni dah lah rupa hulk pun ada naya kita ni ". Kata aku kepada harny sambil aku mengetap bibir dengan mimik muka cuak . Harny pun turut terkejut melihat reaksi muka Amry yang sebegitu rupa.
Terus kami meminta maaf kepadanya , " eh sory sory tak sengaja (padahal sengaja ) dengan tangan meminta maaf .
Dia hanya memerhati dan terus pandang ke depan semula tanpa sebarang perkataan pun yang keluar dari mulutnya itu mungkin geram agaknya .
" Sombongnya dia ni ". Ujar aku
" Entah orang mintak maaf bukan nak balas balik ". Kata Harny sambil jeling kearahnya.
"Aku ingat dia ni okay dan tengok macam sporting huh hampeh ! Harap muka je comel ," ngomel aku di depan harny .
Harny lalu berkata " eh kau kata dia comel ? Ey tak berselera seh ! Dah sombong , gemuk pulak tu ". Dengan muka nya seakan geli dengan apa aku katakan
"Takdelah gurau je ". Ujar aku sambil Aku ketawa tetapi dalam hati berkata (" Amry ni marah pun nampak comel gak ")
Didalam kelas aku hanya memerhati gerak geri Amry dari jauh memandangkan dia duduk di barisan tengah ,memudahkan aku melihat wajah nya yang comel tu .
Aku curi curi melihat wajah nya tetapi setelah dia menoleh ke arah aku lantas aku terus berpaling melihat buku . Kata aku dalam hati " alamak dia tengok pulak adeh "
Lalu aku memandang nya semula setelah dia memandang ke tempat lain
" Amry awak ni baik orangnya tapi awak ni mesti baran jugak orangnya dan dalam masa yang sama awak pun boleh happykan orang lain. Soal hati ku .
Waktu rehat ..
Sebelum keluar kelas aku pergi ke tempat duduknya kelihatan dia sedang sibuk mengemas begnya dan bersedia untuk keluar kelas tetapi sempat aku menghalang .
" Amry ! Em nak mintak maaf sebab tadi terbaling kertas kat awak em tadi tak sengaja. Sengih aku dengan mimik muka acah acah nak mintak simpati .
Kami saling memandang mata ke mata tetapi Amry masih mendiamkan diri .
Sekali lagi aku meminta maaf kepadanya
" Okay ". Perkataan yang keluar dari mulutnya itu terasa lega dihati aku .
" Btw nama saya Adyra , selamat berkenalan ". Senyum kambing terukir dibibir aku kepadanya .
" Nama saya pula Amry selamat berkenalan juga ". Senyum nya kembali kepada aku .
Alamak dia senyum , cair siaaa bisik hati aku sambil memandang bibirnya yang tersenyum manis .
Okaylah saya gi kantin dulu bye ! Aku melambai dia dan berlalu dari situ .
Dia pun melambai .
Taman dihatiku mahu tumbuh bunga gamaknya . Bau bau cinta sudah terlintas di hidung ni ( ayat acah je ni )
Setiba di kantin aku melihat harny lalu aku memanggilnya dan dia menoleh ke arah aku.
" Weh tadi aku jumpa Amry mintak maaf , dia kata okey ". Kata aku .
" Ha okaylah tu " kata harny sambil menuju jari good kepada aku
Tetiba ada orang menyapa .
Rupa rupanya Nazry yang merupakan ketua pengawas sesi petang ."Hai korang " kata Nazry kepada kami
Kami pun hai semula kepadanya
" Nazry nak apa ni ? Kata aku kepadanya
" Pasal perlantikan korang sebagai pengawas diluluskan , cikgu zax terima korang sebagai pengawas so congratulations okay dan berkhidmat dengan betul . Next week korang akan diberi tugas dan segera tukar baju pakai baju pengawas.
Terloncat-loncat aku dan harny macam orang gilaa bila Nazry memberitahu kami dilantik sebagai pengawas sekolah
Yahooo jadi pengawas ! Berpelukan antara kami. Nazry hanya memerhati dan gelak .
Niat kami nak jadi pengawas bukan nak tunjuk kuasa yang lebih besar berbanding pelajar biasa tetapi nak membantu sekolah mengurangkan bilangan pelajar nakal dan jahat serta nak cuba untuk berkhidmat dengan sekolah bagi membendung gejala gejala yang mampu mencemarkan nama sekolah . Walaupun kadang kadang aku dan harny ni jenis acah acah orangnya tapi kami masih ada akal untuk fikir mana baik dan mana buruk .
YOU ARE READING
Tuhan Jagakan dia
Romansaberdasarkan kisah benar sebuah persahabatan yang bertukar menjadi pencintaan namun hanya sekadar 3 tahun dan akhirnya berlaku banyak rusuhan dan konflik . Mampukah mereka menunaikan janji dan memperbaiki hubungan atau berserah kepada takdir ?