Sudah masuk awal bulan 4 . Aku baru selesai dari kesibukkan sukan dan olahraga , mana taknya orang aktif macam aku ni selalu busy . Bermacam macam perlawanan aku sertai , bab kata orang jangan sia siakan peluang yang ada , karang dah melepas baru nak mengenang .
Dah lama juga aku tak dengar cerita mengenai Amry , nak dekat sebulan jarang masuk kelas , jadi pada hari ini waktu aku free mudah lah nak bergosip dengan member member kelas.
Masuk sahaja aku ke dalam kelas terus aku ternampak kelibat Ammi , ifah dan Qierah yang sebok berbual sakan . Aku pun datang lalu memberi salam , " Assalamualaikum ".
Mereka pun menjawab " waalaikummusalam . Sambil senyum .
" Apa cerita dan gosip baru sepanjang aku takde ni ". Sambil aku letakkan beg di dibawah meja .
" Aku dengar citer Amry suka dengan aisha ".kata Qierah kepada aku.
" Eh Aishah mana ni ". Sambil tangan ku menggaru kepala tanda keliru
" Aisha koperasi sekolah yang jual air selalu tu ". Sampuk ifah kepada aku.
Aku teringat ! Banyak kali aku membeli air mineral di koperasi dengan Aisha tu ternyata Aisha tu sememangnya gadis yang ayu dan sopan santun orangnya.
Taste amry kali ni padu habis la " soal hati ".
Dah 3 kali bertukar orang ni fuh dahsyat si gemuk montel tu .
" Asal dia boleh putus dengan Shafiqah pulak " . Kata aku seakan seakan mahu mengetahuinya .
" Entah lah adyra ! Yang tu taktahu cerita pulak tapi yang aku tahu Shafiqah tu kawan dengan Aisha jugak kawan baik katanya " . Kata Qierah sambil mengangkat bahu.
Asalkan dia bahagia " kata Ammi sambil menunjukkan reaksi selamba. Ex sendiri je kot perasaan sedih pun takde. Rock heart Ammi yea!
Pada waktu rehat seperti biasa , aku bertugas sorang sahaja kerana harny tidak menghadirkan diri kerana demam . So i alone for One day huhu.
Aku pun berjalan untuk menuju ke tempat bertugas namun langkah ku terhenti apabila mendengar seseorang memanggil nama aku. Lantas aku menoleh ke arah suara itu.
" Lah Amry rupanya " . Lalu aku pergi ke arahnya .
Kau nak apa senget ? Soal aku sambil melihat kiri kanan .
" Lah kau dah kenapa duk pandang kiri kanan ni cari apa ? ". Soal amry.
" takdelah saje ! ". Sambil kelip sebelah mata dan tersengih.
" Lama tak nampak ! Kau kemana je ? Soal dia lagi kepada aku .
" Aku ni busy women , biasalah sebok sukan dan activities padang , aku ni kan aktif orangnya " sambil menunjukkan muka riak tak tentu pasal .
" Asal rindu aku ke ? ". Sambil aku mengangkat kening .
" Eish ! Mestilah member kan ! , Ujar dia .
Mata aku terperhati pada kertas yang tertampal pada papan kenyataan berdekatan koperasi .
Lawatan ke Mersing .
Koperasi SMKTuFah .Wah ada lawatan lah kata aku kepada Amry.
" Haah ada lawatan , aku pergi , ha Jum lah ikut sekali " ajak Amry kepada aku.
" Em takut busy pulak ! Mengeluh aku .
" Wah rajin ek kau nak gi lawatan ? Kenapa ada bunga dihati ke ? Perli aku kepada Amry sambil tangan aku bercekak pada pinggang
" Hehehe ada ". Tersipu sipu Amry menjawab .
"Macam mana boleh tersangkut dengan akak koperasi ni " ujar aku kepadanya .
" Entahlah dia baik sangat ! , Cantik , dan peramah orangnya , aku follow dia nak dengan dia , mana tahu tersangkut nanti kat sana ,katanya dengan penuh semangat.
" Ha baguslah tu nanti boleh tulis judul ' cintaku di Mersing ". Ketawa aku bahak bahak , Amry hanya memerhati dan berdekek.
" Moga dapat pikat gadis pujaan hati tu ye ".
" In Sha Allah ". Sambil senyum
Andai kata aku mencintai dia , sanggup kah aku terima , cara dia yang suka memilih dan menerima serta membuang orang dengan mudah. Dah putus dengan seseorang terus pasang baru , pasang baru pula bukan dengan orang luar , dengan member perempuan tu jugak seakan bersambung macam air , walau air dicincang takkan putus . Andai kata aku mencintai dia , adakah nasib aku sama dengan yang lain . Argh aku buntu !
Keesokannya .
Aku dan harny datang awal ke sekolah dan kami terserempak dengan Amry di dalam dewan . Terus aku dan harny menuju ke tempatnya .
" Hai Amry ". Panggil aku langsung dia menoleh ." Hai adyra , awal datang harini ". Katanya .
" Haah bas awal pulak Harini lagipun jadi pengawas so kena bertugas la mesti lah mahu awal haha ".
Sambil itu aku memperkenalkan harny kepadanya.
" Amry ni harny namanya , dia member baik aku dari sekolah rendah and always with me . Sambil aku menunjuk kearah harny.
" Hai harny nice to meet you ". Sambil lambai ke arah harny .
" Nice to meet you too ' balas harny kepadanya.
"Aku ada seorang lagi member tapi dah hanyut dek badai , kitaorang panggil dia ketot . Entah lah dah leka dengan member baru terus ghaib dah dia" . Bebel aku
Harny dan Amry ketawa melihat telatah aku.
YOU ARE READING
Tuhan Jagakan dia
Romansaberdasarkan kisah benar sebuah persahabatan yang bertukar menjadi pencintaan namun hanya sekadar 3 tahun dan akhirnya berlaku banyak rusuhan dan konflik . Mampukah mereka menunaikan janji dan memperbaiki hubungan atau berserah kepada takdir ?