16

2.7K 345 6
                                        

Ting tong!

Ada orang menekan loceng rumah aku. Yes naeun dah tak ada dengan aku, dia keluar semalam.

Ini rumah aku. Rumah persendirian yang papa bagi supaya aku tak susah payah nak sewa apartment.

Naeun pula tinggal dengan aku memandangkan kami berkawan rapat. Tapi tak sangka dia pilih untuk keluar. Puas aku merayu sambil menangis tapi dia tak kesah.

Aku berjalan malas ke arah pintu. Buka sahaja, wajah jimin terpacul.

Cepat-cepat aku nak tutup tapi tangan dia lebih cekap. Ditahan pintu itu dengan tenaga lelaki dia.

Tanpa dipelawa, dia masuk. Pintu ditutup menggunakan kaki. Pakaian dia pula nampak calm.

"Berani awak masuk rumah saya ? Keluar sebelum saya jerit." Aku cuba ugut tapi sia-sia sebab dia tak makan saman.

"Kenapa kau asik mengelak je ? Dah berapa hari aku tahan. But not today."

Aku larikan anak mata aku bila perasan dia terus-terus merenung aku.

"Sebab saya tak suka awak."

"Oh really ?" Dia datang mendekat, mendekat dan mendekat sehingga kedudukan kami rapat. Hampir bersentuhan.

"Then how about your confession last week ? And also my confession ? Nak biar basi gitu je ?" Suara dia sedikit rendah sebab kedudukan aku dengan dia dekat. Dia tunduk pandang aku yang lagi pendek dari dia.

Aku takut nak dongak.

"Then how about your confession to naeun ? Awak tahu tak sebab awak saya hilang kawan baik saya ?" Aku pulangkan paku buah keras. Tapi masih tak berani dongak.

Tanpa amaran dagu aku dipegang dan dipaksa untuk dongak.

God. Ini terlalu dekat.

Gerak sikit habis, memang dia cium aku lagi jawapannya.

"Kau salah faham."

"Tch, salah faham apa ? Salah faham sebab fikir awak ni baik tapi rupanya buaya ?"

"You want me to kiss you ?"

Aku terdiam. Dia ni kenapa ?!

"Jauh sikit." Aku tolak dia dan dia terkebelakang. Fuh lega.

"Keluar la jimin. Balik dengan naeun, jangan macam ni." Sakit. Sakit dada aku bila lepaskan ayat tu.

"Kau jangan merepek boleh tak ?"

"Saya tak merepek."

"Apa maksud kau balik dengan dia sedangkan aku tak ada hubungan apa-apa dengan dia ? Apa maksud kau aku confess dengan dia sedangkan aku cinta mati dengan kau ?"

Guardian [ COMPLETED ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang