20

2.7K 348 2
                                        

Aku makan dengan berselera di rumah omma jimin. Macam mana aku boleh sampai sini ? Jimin yang paksa. Mulanya aku takut, takut gila tapi lepas berkenalan dengan omma dia, aku lega.

Omma dia baik!

"Sedap ?" Jimin pandang aku, aku anggukkan kepala.

"Lain kali kita datang sini lagi. Makan puas-puas." Sambungnya. Aku diam sekejap, rasa macam tak malu pula datang sebab nak makan je.

"Areum sayang.." bahu aku disentuh dari belakang, omma jimin.

"Nae ahjumma ?" Aku tolak kerusi di sebelah aku membantu dia untuk duduk.

"Jangan ahjumma. Panggil omma." Senyuman tua itu tiba-tiba mengingatkan aku pada arwah mama.

Mama meninggal 10 tahun lepas. Sewaktu aku berumur 9 tahun. Sejak dari itu papa tinggalkan busan dan terus membuka syarikat di seoul. Sampai sekarang papa belum kawin, tak nak abaikan aku katanya.

"Nae omma." Jawab aku sambil tunduk sedikit. Aku kerling jimin, dia tongkat dagu memandang kami berdua.

"Macam mana hidup sayang ? Okay ?" Soal omma. Berkerut dahi aku. Maksudnya ?

"Kamu tak cerita kat dia lagi ke jimin ?" Aku pandang jimin bila soalan itu terpacul dari mulut omma.

Jimin geleng. Omma nampak tak puas hati. Aku ada ketinggalan apa-apa ke ?

"Kamu tak ingat omma ke ? Jimin pun ?" Semakin berkerut dahi aku.

"Sekejap." Omma bangun dan mendekati satu meja berdekatan. Laci dibuka lantas satu album dikeluarkan. Dia berjalan ke arah aku.

"Nah tengok la."

Aku sambut album itu dan aku buka.

Satu persatu aku selak sampai la terhenti di satu gambar.

"Yes itu kamu." Omma bersuara.

Aku agak terkedu bila lihat ada gambar aku semasa zaman kanak-kanak bermain bersama seorang lelaki.

"Ini jimin." Omma tunjuk budak lelaki itu.

Aku pandang jimin lagi, dia jongket sebelah kening.

"Kamu dengan jimin dulu best friend kat busan. Tak ingat ?" Aku geleng.

Aku betul-betul terkelu. Otak aku seolah-olah berpusing, rasa macam tak percaya.

"Kamu cinta pertama jimin. Dan sampai sekarang dia dah jumpa kamu pun, dia masih cintakan kamu. An gurae jiminie ?" Jimin angguk.

Ya tuhan. Kecilnya dunia. Aku jalin hubungan dengan kawan zaman kecil aku ?

Guardian [ COMPLETED ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang