36

2.9K 283 13
                                        

"Awak nak pergi mana lepas ni ?" Aku sisip green tea milik aku. Wajah jimin di depan aku pandang.

"What do you mean ?"

"Tahun ni awak dah graduate kan, takkan tak ada plan nak kerja ke apa ?"

Dia buat muka.

"Omma suruh handle syarikat appa tapi macam malas pula. Ikutkan hati, aku nak buat sekolah tarian. Mungkin la.." balasnya tanpa kepastian. Geram pula aku.

"Kalau tak sure nak buat apa, awak buat je dedua."

"kau fikir boyfriend kau ni robot ?" Dia cuit hidung aku. Panjang betul tangan dia. Jari pendek je.

"Habis ? Macam mana awak nak sara saya kalau awak open sekolah menari je ? Tak cukup." Entah kenapa aku mula mengada-ngada.

Dia tergelak.

Ye aku tahu benda ni kelakar.

"Amboi sayang, belum apa-apa dah fikir kawin ? Gatal eh ?" Dia pindah tempat. Duduk sebelah aku.

"Biarlah. Daripada saya gatal dengan lelaki lain, awak nak ?"

"Berani ?" Dia kecilkan mata. Aku angguk.

Tak semena-mena pipi aku dia cium.

"Ey!" Aku lap sekuat hati.

"Okay kalau macam tu aku handle dua-dua. Nanti aku upah orang jadi cikgu kat sekolah. Okay tak plan ?" Aku agak terkejut.

"Alah saya main-main jela. Saya tak kesah pun awak nak buat apa." Rambut dia aku serabutkan. Oh rambut dia dah tukar blonde, tukar mood katanya.

"tapi aku tak pernah main-main dengan baby aku. Once i said i want to marry you, i will do it. By hook or by crook."  Aku terdiam.

Ini lah dia park jimin. Jarang tak serius bila aku keluarkan topik tentang hubungan.

"Ee kenapa serius sangat ni ?" Aku ketawa, dia hanya pandang. Okay areum stop it. Dia tengah serius sekarang, nanti dia cium kau lagi ha padan muka.

Kenapa dia pandang aku lain macam ni ?!

"Sayang kenapa ha ? Nak kena pukul ?" Aku dekatkan muka dengan dia lantas tangan kiri aku naik ke atas. Ajuk nak pukul.

Dia jongket kening.

"Yela yela macam tahu-tahu je kita tak sampai hati nak pukul dia." Aku mencebik. Tangan aku jatuh.

"Ey kenapa comel sangat ni ha ?!" Dia cubit pipi aku. Aik ? Tadi muka serius kenapa tiba-tiba comel-comel ni ?

"Siapa comel ? Saya ?" Aku tunjuk muka aku sendiri.

"Yeeeee sayang.." suara dia meleret.

Alahai kalau macam ni la hari-hari, boleh mati cair aku.

Alahai kalau macam ni la hari-hari, boleh mati cair aku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Description yang sangat cliche. Tunggu.

Guardian [ COMPLETED ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang