26

2.4K 288 7
                                    

Dah lama jimin tak call aku. Even mesej sekali pun tak pernah.

Sejak haritu dia hilang. Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh berada depan rumah. Hari dah pagi waktu aku sedar.

University ? Aku nampak jimin. Tapi setiap kali aku pandang dia, dia alihkan bola mata. Setiap kali aku mendekat, dia menjauh. Setiap kali aku nampak dia, dia mengelak.

Hancur hati aku.

Plus, tadi aku nampak naeun ada dalam kereta dia. Something happen ke malam tu ?

Aku penasaran. Aku buka aplikasi whatsapp dan aku type mesej.

Last chat pun hari aku diikat dengan naeun. Itu last dan sampai sekarang tak pernah. Status dia langsung aku tak tengok, dia delete nombor aku ?

Awak

Dia online. Laju sahaja dia bluetick tapi tak ada tanda-tanda dia typing.

Awak kenapa ?

Bluetick laju. Tapi sama, tiada respon.

Saya rindu mochi saya.

Tiada balasan. Mesej aku betul-betul dia biarkan tergantung sepi. Aku keluar dari perbualan.

Aku mengeluh perlahan.

Sumpah aku rindu lelaki rambut biru tu.

Aku letakkan kepala ke atas meja lantas wajah aku letakkan ke lengan. Tak ada mood,

Ting!

Telefon aku berbunyi. Laju aku angkat kepala dan buka.

Jimin
Jangan kacau aku.

Guardian [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now