Aku duduk di sudut cafe yang berada strategik di tengah bandar. Tunggu jimin.
Aku pun tak tahu kenapa hati aku berkeras nak jumpa dia. Aku nak cakap apa ? Aku tak tahu. Yang aku fikirkan tadi, aku just nak jumpa dia. That's it.
Kerusi di hadapan aku ditarik.
Dup dap dup dap jantung aku. Setelah sekian lama dia mengelak, akhirnya dia ada depan aku. Dekat.
"Hai." Kekok. Kekok suara aku mulakan perbualan.
"Nak apa ?" Tanyanya straight. Aku agak terkejut dengan respon dia. Aku salah, aku fikir sejak dia nak kawin ni dia dah layan aku elok sikit.
Rupanya tak.
"Congratulations. Awak dah nak kawin dengan naeun." Aku fake smile. Ya tuhan, kenapa aku bertindak begini ?
"Thank you."
Diam. Tiada siapa bersuara. Dia kekal dengan mulut bisu dia dengan tangan yang disilangkan ke dada.
"Saya hargai keputusan awak. Walaupun sejujurnya saya sakit dengan perlakuan awak, tapi saya boleh buat apa kan ?" Aku senyum paksa, mata aku dah memanas. Entah kenapa hati aku kuat paksa aku untuk meluahkan segalanya hari ini.
Air green tea aku selamba dia hirup.
Aku tak kesah. Benda tu bukan yang pertama buat masa ni.
"Kalau tau tak boleh buat apa, kenapa nak jumpa ? Nak aku simpati dengan kau ?"
Dug!
Kepala aku seolah-olah dipukul. Ayat dia buat aku nak nangis.
"Sampai hati awak kan ? Game saya macam saya ni murah."
Dia senyum senget.
"Naeun tengah tunggu aku. Kau ada apa-apa lagi nak cakap ? Kalau tak ada aku kena pergi."
Aku geleng.
Dia berdiri, "jangan lupa datang majlis aku esok. Kau tetap ex aku, naeun tetap best friend kau. Tak elok kalau kau tak tunjuk muka."
Dia berlalu tinggalkan aku. Air mata aku jatuh di situ.
Salah sendiri areum. Ini yang kau nak sangat kan ? Jumpa dia dengan motif nak dimalukan ? Kan ?
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kalau sis rasa cerita ni makin merepek, sis delete ya ;) sebelum ni fikir nak bagi plot biasa dan logik tapi entah kenapa plot dia boleh terpesong jauh.