"awak dah gila ke park jimin?! " aku tengking dia lepas berjaya meleraikan ciuman. Sumpah aku geram.
Dia fikir aku apa?
"tak. " dia jawab selamba. Makin naik darah aku bila dia layan aku macam perempuan murah.
"saya bukan perempuan murah yang awak boleh suka-suka cium, peluk, panggil sayang. Sedar sikit awak dah ada naeun." aku pandang dia tajam. Dia pula membalas pandangan aku dengan renungan tajam dia.
Belum apa-apa tangan aku diraih dan ditarik keluar dari library.
"park jimin, sakit. " aku keraskan badan tapi apakan daya kudrat aku tak sekuat kudrat seorang lelaki. Senang je dia tarik aku.
"awak nak bawa saya pergi mana ?! Lepas la! " aku menjerit di situ.
Dia berhenti sekejap, "kalau taknak bibir tu aku gomol baik diam." ugutnya. Aku terus diam.
Seram.
Aku ikut rentak kaki dia yang menuju ke dewan besar universiti. Dia suruh aku duduk di kerusi atas pentas dan dia buka lagu.
"jangan cuba nak lari. Aku dapat kau siap. " sekali lagi dia ugut aku. Macam tahu-tahu je aku nak lari.
Aku jeling dia.
Dia berjalan ke tengah pentas dan lagu tiba-tiba terpasang. Lagu yang aku biasa dengar apabila datang ke bilik latihan.
Dan dia mula menari. Kening aku bertaut. Dah kenapa dia ni? Sakit otak?
Tak lama lepastu ruang dewan penuh dengan pelajar. Aku dengar suara berbisik pasal aku tapi aku tak hairan sebab siapa pun mesti akan hairan apabila melihat aku di sini.
Jimin berhenti menari dan semua pelajar berikan tepukan.
Aku berdiri. Nak beredar tapi tak jadi bila nama aku tiba-tiba disebut.
"Kang areum..." aku kaku pandang jimin.
"I love you. "
Cepat betul 10 komen eeee
Okay la nah dah update,
Btw beautiful cover by KittyAleeya05

ANDA SEDANG MEMBACA
Guardian [ COMPLETED ]
RomanceDia langgar aku tanpa sengaja dan sejak itu hari-hari aku dipenuhi dengan wajah dia. Cover credit to @KittyAleeya05