"Baby, I'm hungry."
"Sayang, lapar."
"Areum, aku lapar."
Macam-macam keluhan aku dengar keluar dari dia.
"Siapa yang berkeras nak teman saya ? Awak pergi lah makan sana, saya nak buat kerja ni." Mata aku fokus pada laptop tapi mulut tak habis-habis suruh dia gerak dulu.
Mengada sangat.
"Aku nak dengan kau." Jawabnya. Tambah menyampah aku.
"Awak pergi dulu. Bagi saya kemas barang, nanti saya datang." Arah aku. Dia nampak tersenyum, heh.
Lantas kerusi tertolak ke belakang, "aku tunggu dalam kereta."
Aku diam sahaja. Dah pukul 8 malam, aku berkeras nak siapkan kerja di sini sebab buku rujukan yang aku perlu semuanya ada di sini.
Jimin ? Volunteer nak teman aku. Takut sangat padahal aku dah biasa buat kerja dengan naeun waktu-waktu macam ni.
Hidup je aku sampai sekarang.
Usai copy apa yang patut, aku kemaskan segalanya. Laptop aku matikan, buku aku pulangkan ke tempat asal serta kertas berselerak aku masukkan ke dalam fail.
Tek! Lampu terpadam.
Terhinjut bahu aku. Blackout ka ?
Aku hidupkan lampu suluh dari telefon. Kemas laju-laju.
Baru aku nak melangkah, tangan aku disentuh.
"Jimin ?" Soal aku. Tapi tangan ini bukan tangan jimin, aku tahu.
"Nope."
"Naeun ?"
YOU ARE READING
Guardian [ COMPLETED ]
Roman d'amourDia langgar aku tanpa sengaja dan sejak itu hari-hari aku dipenuhi dengan wajah dia. Cover credit to @KittyAleeya05