15

2.6K 315 0
                                    

Aku lari keluar. Tak kesah pasal jimin. Yang aku kesahkan sekarang ialah naeun.

Aku nampak dia tadi.

Aku dengar suara orang menangis di sebalik tembok, laju aku berjalan ke arah itu.

Naeun.

"Eun.." panggil aku. Panggilan yang dah biasa untuk dia.

"Kau buat apa kat sini ?" Laju dia seka air mata. Berlagak tenang,

"Aku dah tau semuanya." Cakap aku pula. Dia nampak terkejut namun sekejap sahaja kemudian dia senyum.

Senyum creepy.

"Kalau dah tahu kenapa kau buat aku macam ni ? Sengaja nak caras aku ?" Soalan dia betul-betul buat aku terkedu.

Aku tak ada maksud langsung. Aku sendiri tak tahu jimin akan buat begini.

"Naeun, aku—"

"Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Sanggup kan kau ? Backstab aku semata-mata sebab lelaki ?"

"Tak aku tak buat macam tu pun."

Dia jalan meninggalkan aku. Air mata aku jatuh lagi. Kenapa jadi complicated macam ni ? Apa salah aku ?

Jimin..

Jimin betul ke cintakan aku ? Atau dia sekadar nak bermain dengan perasaan aku macam dia buat kat naeun ?

Aku ingat lagi ayat dia,

'ye i tahu. I pun sayangkan you juga tapi jangan macam ni. I tak nak orang tahu.'

Dan sekarang dia confess dekat aku ?

Guardian [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now