19

2.7K 355 7
                                        

(Author p.o.v)

Jimin berjalan laju melintasi koridor dewan belajar. Dah setengah jam dia pusing satu university cari areum. Bukan selalu begini, walaupun badan gadis itu memang kecil tapi dia mesti akan menjumpainya tapi tidak hari ini.

"Takkan marah sebab aku act cringe pagi tadi ?" Jimin meraup wajahnya apabila melihat dewan belajar yang sudah kosong.

Telefon bimbit dikeluarkan lantas nombor areum didail.

Tiada jawapan. Panggilan terus mati.

"Sah dia marah."

Jimin turunkan darjatnya bertanya kepada pelajar yang satu jurusan dengan areum.

"Nampak areum ?"

"Areum mana ?"

Tapi semua jawapan yang dia dapat sama,

Kalau bukan gelengan, "tak tahu."

Ataupun kerlingan gatal dari pelajar-pelajar perempuan. Sabar je la. Ada girlfriend tahu merajuk, marah.

Jimin terus tukar arah ke parking lot. Kereta menjadi tujuan.

"Marah ? Okay aku pujuk kau." Katanya sendiri.

Kereta dipandu laju keluar dari kawasan university.

Memang tak ada tempat lain selain rumah areum yang ada difikirannya. Bila dia tengok kereta gadis itu terparking elok di depan rumah, dia menarik nafas lega. Takut juga dia kalau-kalau areum hadap masalah dan dia tiada di sisi.

Dia biarkan kereta di depan pagar dan dia masuk. Jangan tanya kenapa, dia dah ambil kunci rumah areum dan buat pendua.

Melampau tapi dia kesah apa, gadis itu yang pertama.

Klek.

Pintu dia buka. Terlihat sosok tubuh areum terbaring di sofa. Tergeleng-geleng kepalanya melihat tv yang terbuka.

"Sayang." Dia bersuara lembut, mengambil tempat di sebelah areum. Nasib baik sofa itu luas.

Areum menggeliat kecil, matanya digosok.

"Jimin ?"

Jimin pejam mata rapat. Rasa nak gigit sahaja areum. Penat dia cari gadis itu di university rupanya sedang mengulit mimpi di rumah.

Duduk sahaja areum, wajah gadis itu terus dikepit menggunakan kedua tangannya dan bibir areum jadi sasaran. Dicium berkali-kali gadis itu.

"Eh awak!" Areum tolak paksa. Baru bangun terus dibuat begitu.

"Apa ? Kenapa balik tak bagitahu ?" Jimin cium pipi areum pula. Sumpah geram.

"Balik pun nak bagitahu ke ?"

"Of course! I'm your boyfriend."

"Not husband."

"Soon baby. Soon."

Guardian [ COMPLETED ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang