Bab 13 - Fallen Flower in autumn.

157 17 0
                                    

Waktu rehat telah pun tiba. Semua pelajar berpusu-pusu keluar, hanya dua orang sahaja yang masih tinggal di dalam kelas.

"Khairul,"

"Hm?" Khairul hanya mengumam sebagai jawapan. Dia menoleh dan memandang wajah pemuda yang memanggilnya.

"Kau ada rasa benda ganjil tak? Tentang pengkhianat tu?" soal si pemuda berambut biru kehijauan. Dia duduk bersila di atas mejanya sambil memandang Khairul.

"Oh...tentang itu,"

"Pengkhianat tu ada kelebihan untuk membuat ilusi. Dia manipulasi minda dan mencipta ilusi yang nampak nyata. Cuma Naturalizer boleh batalkan kelebihan dia, yang sial tu."

France mengangguk sebelum membuka mulut untuk masuk ke topik yang sebenarnya,

"How is she? "

"Lebih baik dari sebelum ini." Khairul menjawab acuh tak acuh. Rambut putih saljunya beralun perlahan. Mata biru lautnya bertemu dengan mata biru kehijauan seperti Zamrud yang baru digilap.

"Ah...begitu ya. Baiklah, kalau ada apa-apa kau boleh minta pertolongan aku," ujar France sebelum melompat turun dari meja dan berjalan keluar.

Langkahnya terhenti seketika,

"Kau tahu apa yang terjadi sebenarnya dekat Daniela kan? "

"Kau diam!" balas Khairul tegas. France tersenyum sinis sebelum memulakan semula langkahnya. Pintu dibelakangnya ditutup perlahan, tanpa sebarang bunyi.

"Aku..."

"Tch, Kenapa..."

"Kenapa...aku lepaskan tangan dia?" gumam Khairul sebelum menghantukkan kepalanya ke meja. Argh! Dia kusut, kalau dia bakar orang yang kunci memori Daniela boleh? Biar mampus.

"Khairul~! Kau tak nak makan ke?" suara Daniela menyapa telinganya. Dia hanya mengumam sebelum mengangkat kepalanya dari meja.

"Kenapa?"

"Tak lapar." Khairul menjawab perlahan. Daniela mengiringkan kepala ke kanan, tidak mendengar apa yang digumam oleh Khairul.

"Tak lapar." jawab Khairul, kuat sedikit berbanding tadi. Dia bangun dari duduk dan mula berjalan keluar kelas.

Saat dia berselisih dengan Daniela, dia menyebut sesuatu;

"Jumpa aku dekat pohon sakura."

Daniela hanya mengangguk, sebelum memerhati Khairul yang berjalan pergi. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati, melihat pemuda itu melangkah pergi.

Tangan kanannya terangkat, cuba menahan langkah pemuda itu tapi pemuda itu sudah semakin menjauh saat tangan kanannya hampir menahannya, dan sudah berjalan keluar dari kelas.

'Apa perasaan ini? '

Daniela tidak faham, mengapa dadanya sakit ketika pemuda itu berjalan meninggalkannya? Dia tidak faham apa makna perasaan risau.

"Nah, dia akan baik-baik sahaja."

Daniela tidak menghiraukan perasaan tersebut dan kembali kepada tujuan di datang ke kelas, untuk mengambil dompetnya yang tertinggal.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now