T/W : Suic**de mention/ thoughts.
Di bumbung sebuah bangunan 10 tingkat, seorang pemuda berambut biru pucat berjalan menghampiri hujung bangunan. Kedua-dua belah tangannya diangkat melepasi bahu, matanya sesekali menjeling ke belakang.
Memandang gadis berambut hitam bertocang dua yang tersenyum sinis. Tangan kiri mengacu pistol ke arahnya.
"Jump or get shot." Satu suara berbisik sinis ke telinganya. Dia hanya mengelengkan kepala, tidak mahu jatuh lebih dalam ke dalam permainan mereka.
"Lebih baik mati melindungi berbanding mati sia-sia. " Dia berbisik perlahan. Membiarkan angin membawa pergi debaran di dadanya. Tak sangka, orang yang dia percaya sanggup mengacu pistol ke arahnya.
Kadang-kadang dia hanya mahu tumbuh sayap dan terbang ke bulan lalu jatuh dalam perjalanan. Dia lebih sanggup hadapi pengkhianatan dari mengambil nyawanya sendiri.
'Betrayal always hurts even if you expected it.'
"...Tak sangka engkau boleh masuk dalam perangkap aku, demon biru." Individu bertopeng musang mula bersuara. Di balik topengnya dia tersenyum sinis. Ternyata... rancangannya berjaya.
"Ini pengakhirannya, Demon biru."
"Engkau sedarkan, dengan bunuh aku, tak akan ubah apa-apa. Mereka berdua akan tetap bangkit tak kira apa-pun. Malah, dengan bunuh aku. Makin cepat proses kebangkitan mereka." Lufti membalas tenang. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Kedua-dua belah tangannya diturunkan lalu diseluk ke dalam saku.
"Ia antara aku atau mereka bukan? Hmm...biar aku bagi tau sesuatu, kunci kristal tu...ada dekat depan kita selama ni," Dia menyambung perlahan. Mata biru kelabuannya menatap kota yang bersinar dengan lampu neon.
'Take a step, you will meet us again.' Suara itu berbisik kembali. Lufti mengulingkan mata sebelum mulutnya menyebut satu mantera dengan perlahan.
"Blue crsytal, choose your heir. The one that been through a lot, stronger than anyone I've known. I...trust whoever you choose." Dia mengeluh perlahan sebelum berpaling memandang enam mata yang memandangnya.
Senyuman terukir di bibirnya, "It's either you accept it and follow his orders or you betray him because of your guilt. Choose only one, Firhan."
Dia bersedia untuk apa sahaja yang akan berlaku.
'Thanks for the memories guys...'
□□□□
Mata merahnya melilau mencari bayang seorang pemuda berambut biru kelabuan. Dia sudah bertanya semua orang namun tiada siapa yang tahu kemana hilangnya pemuda itu.
"Dia ada kat mana?" gumamnya perlahan sambil menuruni tangga. Sebaik kakinya menjejak ruang tamu, dia melihat Daniela, Khairul dan yang lain sudah berada di situ. Dia ada terlepas apa-apa ke?
"Wei, Zakuan. Kau ada nampak Lufti tak? Kali terakhir aku nampak dia, petang tadi." ujar Khairul yang duduk di sebelah Muaz yang memandang lantai. Zakuan hanya mengelengkan kepala, "Last aku tengok dia pun, petang tadi."
"...Dia dalam bahaya," Muaz berkata perlahan membuatkan mereka semua memandangnya. Dia mengangkat muka, menampakkan mata kirinya yang berwarna biru kelabuan.
"...Engkau..."
Muaz hanya diam, menundukkan kembali mukanya. Bersedia untuk mendengar apa yang akan disebut oleh rakannya.
"Macam mana...? Aku ingat spesies 'puppet' dah pupus...?"
"...Ada yang terselamat." Khairul menjawab tanpa memandang mata merah Zakuan dan Daniela. Muaz hanya ketawa kecil di sebelahnya.
"...'Puppet' dan 'Fallen Angel'. Dua spesies yang patut pupus tapi terselamat. Antara spesies yang terkuat."
"Kita kena pergi. Lufti mungkin dalam bahaya sekarang ni." Daniela menyampuk sebelum melangkah pergi. Tangan kirinya mengenggam erat hulu pisau di dalam poket jaketnya. 'Stay strong Luft. We gonna save you.'
'I won't let you die even if it's mean...I take your place.'
Yang lain berpandangan sebelum mengikuti langkah Daniela. Tidak menyedari bahawa seseorang tersenyum sinis apabila menyedari nada suara Daniela.
□□□□
'His aura is fading...' Reo mengangkat wajah memandang siling. Matanya perlahan-perlahan tertutup. Wajah seorang pemuda berambut biru kelabu menyapa pandangan menyebabkan dia membuka mata kembali.
Dia mengangkat tangan kirinya, cuba menangkap siling. Nafas berat terlepas dari bibirnya. Mengapa? Mengapa semua ini berlaku kepada orang yang nampak lepas permainan Allison dan Fahrin? Mengapa ia berlaku kepada mereka semua?
Kadangkala, dia tertanya-tanya, adakah mereka dipandang sebagai remaja atau bidak di atas papan. Bidak yang sudah tersusun kemas mengikut rancangan mereka.
"-eo?"
"-engar ak?"
Tangan kasar di bahunya, membawa dia kembali ke realiti. Dia tersentak, kakinya segera di bawa ke dadanya. Tangan kirinya segera turun, diletakkan di atas lutut. Mata merahnya memandang mata hijau zamrud di hadapannya. Tanpa sedar, dia melepaskan nafas lega. Kakinya diturunkan sedikit.
Dia melihat mulut France bergerak namun dia tidak mendengar apa yang dikatakan. Namun dia berasa selamat. Berapa lama sudah dia tidak berasa seselamat ni? Terpaksa berjaga-jaga sentiasa, tidak mahu rakan-rakannya cedera.
"Reo?" Suara datar France menyapa pendengarannya. Persoalan yang mengalir laju di dalam kepalanya menjadi perlahan untuk dia mendengar suara France. Dia hanya mengiringkan kepala, mata merahnya masih menatap mata hijau di hadapannya.
"Kau ok?" Jika yang lain dapat memdengar kerisauan di balik suara datar France, mereka tidak berkata apa-apa. Masing-masing masih berdebar dan takut dengan aura si demon biru yang perlahan-perlahan menghilang.
"Hm." Reo membalas ringkas. Tiada mood untuk membalas panjang. Dia mendengar France mengeluh sebelum tangan kasarnya naik mengusap lembut rambut hitam Reo yang kusut.
Perlahan-lahan matanya tertutup. Ngantuk menyapa fikirannya. Namun sumpah, dia dengar France berbisik sesuatu.
"They're too late to save him."
••••
"It's starting." Angin dingin menyapanya. Rambut hitam panjangnya beralun mengikut angin. Mata ungunya merenung bebola kaca yang terapung di hadapannya, bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Yeah it is. Chaos is rising, the despair it will bring." Suara garau menyapa dari belakang. Dia berjalan ke arah si gadis, mata mereka bertemu sebelum ketawa mereka dibawa angin malam.
Sorry lama tak update. Hilang motivasi. Harap semua sihat! Jaga diri masa Covid ni.
Assalamualaikum.
YOU ARE READING
Rebirth Of The Wolves
Fantasy[Memories and Two worlds-Book 1] Negara Claude, diasaskan oleh Raja Zafran dan Raja Kamalia. Terdiri daripada enam buah kerajaan iaitu kerajaan malam, kerajaan Bintang, kerajaan Valor, kerajaan Ahmar, kerajaan Ardu dan kerajaan Glace. Perang paling...